Aku terdetik nak share macam mana mak abah kitorang didik anak-anak dia. Kot boleh jadi pengajaran bersama.
Takdelah nak cakap anak-anak die menjadi sangat, hahaha, tapi point is tentang cara mak abah kitorang buat kat rumah.
Berbicara tentang pendidikan dirumah. Apa yang dididik? Bagaimana? Dan apakah kayu ukurnya? Justeru, izinkan aku berkongsi satu daripada seribu ‘tarbiyyah’ yang aku terima dirumah.. (haa.. pakai istilah tarbiyyah beb, jangan memain.. huhu)
Suatu yang nampak kecil tetapi impaknya berterusan. Gagasan pendidikan berasaskan aktiviti KEMAS RUMAH.
Ceritanya begini, sejak kecik lagi, setiap hujung minggu abah pasti akan memastikan kami adik-beradik bangun awal dan tak kembali menyarung selimut lepas subuh.
Semua akan dipanggil berkumpul di ruang tamu dan bermula lah ‘neraka’ hujung minggu bagi seorang kanak – kanak sekolah rendah.
Disaat kawan – kawan di sekolah rancak bercerita tentang dragon ball yang depa tengok sabtu lepas, aku pula kena kemas rumah weh! Hahaha.. (memang tak masuk la nak sembang.. haihh)
Kata pepatah melayu, alah bisa tegal biasa. Rutin hujung minggu ini akhirnya telah sebati dengan hidup kami adik – beradik.
Setiap pagi hujung minggu memang kerja kami pelbagai. Menyapu, mengemop, berkebun, lap cermin dan perabot, ‘basuh’ bilik air, cuci kereta dan semua lah kerja-kerja pembersihan.
Hingga kini, di setiap minggu yang kami pulang dari kolej ke rumah, pagi ahad jadualnya masih sama. Tiada tidur selepas subuh, bangkit dan bekerja kemas rumah. Biasanya kerja – kerja kami selesai sekitar jam 9.30 ke 10.00 pagi dan kami akhiri dengan sarapan bersama.
Kesannya, hingga kini setiap minggu aku pasti akan mengemas ruang compartment bilik aku di mahallah (Ok poyo japp.. tadelah tiap minggu sangat..ade jugak kekadang tak buat haha)..
Tapi tetap nak diangkat disini adalah rutin ini akhirnya dah terbiasa dan sebati dalam jiwa kami adik-beradik. Kami terbawa-bawa walaupun bukan dirumah..tak percaya meh meh jemput datang bilik, kita tengok kemas tak kemas.. hehehe.
Kebiasaan ini takkan terbiasa jika kita tidak dibiasakan semenjak kecil. Aktiviti dan kelakuan kita dirumah sebenarnya secara tidak langsung telah membentuk diri kita menjadi apa dan siapa kita sekarang.
Percaya atau tidak, suasana dirumah bakal mencorak otak dan watak seseorang. Jika kita dibesarkan dalam suasana yang positif dan penuh kasih sayang insya-Allah peribadi kita juga akan mengikut acuan tersebut.
Hakikatnya, semua kita ini lahir berdasarkan suasana sekeliling kita. Bagaimana baiknya begitulah hasilnya kelak dan sebaliknya juga. Mungkin atas dasar inilah Baginda Rasulullah SAW ada menyebutkan beberapa panduan dalam bersahabat.
Antara yang mahsyur dan sering diungkapkan dalam memilih sahabat adalah tentang penjual minyak wangi dan tukang besi. Perumpamaan yang cantik sekali tentang kesan bersahabat dengan orang yang baik dan sebaliknya.(Ehh.. macam dah melilau jaa.. haihh maap)
Konklusinya, amati dan hargailah setiap masa dan ketika beradanya kita dirumah. “Who we become today is the outcome of the past days we spent at home”
Pendidikan tidak formal yang kita terima dirumah amatlah jauh kesannya berbanding apa yang kita belajar di sekolah mahupun universiti.
Jelas pada kita institusi – institusi pengajian ini memang membantu membentuk otak fikir kita, tetapi jelas terang lagi pendidikan di rumah itu terlebih kehadapan dahulu mencorak watak peribadi kita.
Thanks for reading!
– BrotharCuba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit