Belanja Paksa Rela

Salam sejahtera semua. Hari ini aku nak cakap pasal belanja paksa rela. Benda ni aku alami sendiri dan berdasarkan pengalaman saudara atau kawan-kawan aku. Harap boleh diambil iktibar.

Aku rasa ramai gak yang kena paw secara paksa tapi tak tahu macam mana nak tolak walaupun tak rela. Mungkin nak jaga air muka orang yang menge’paw’, takpon rasa kesian, takpon tak mahu dicop kedekut, takpon ada alasan lain. Cerita dia macam ni. Ada banyak jenis paw paksa rela ni. Contoh ayat:
1. Wehh, aku dengar kau dapat bonus. Masyukkk, belanja la ikan bakar.
2. Alip, kau baru naik pangkat kan, belanja laa nandos.
3. Perghh, ada kereta baru, bawak la aku jalan-jalan sebelah negeri.
4. Lama tak jumpa, jom lepak. Masa nak bayar makanan, “kau belanja ye kali ni, gaji aku kecik. Kau kaya, gaji besar, belanja ye. Bukan kita selalu jumpa.”
5. *kawan beli sesuatu*. masa nak bayar “alamak, aku lupa nak cucuk duit la. Pinjam duit kau dulu”. Dan tiba-tiba dia lupa hutang dia begitu sahaja.
6. Makan sama-sama. Masa nak bayar “aku takde duit kecik la. Kau bayarkan dulu. Nanti kira ye”. Dan tiba-tiba ‘bayar dulu’ tu bermaksud belanja terus.
7. Ajak keluar lunch, order mahal-mahal. Masa nak bayar “kau belanja la kali ni. Lain kali aku belanja. Jangan kedekut, tak baik”.
8. Ajak jalan-jalan, beli macam-macam, tapi bila nak bayar, “kau bayarkan ye, gaji ko paling besar antara kita semua”.
9. “Esok farewell si polan, order makanan farewell, bil nanti kita suruh boss bayar. Dia kan boss”. Lalu plan itu diteruskan tanpa berbincang dengan boss.
10. Dapat rezeki sikit, kita berniat nak ajak beberapa orang untuk meraikan kejayaan. Kita dah ada bajet untuk dibelanjakan. Tapi tiba-tiba ada orang cakap “aku teringin nak makan situ. *pointing tempat mahal*, jom. Alang-alang dah Berjaya tu, belanja sini la. Kesian kat aku tak pernah makan tempat macam ni”. So kita pon pergi walaupun tempat tu over budget.
11. “hari ini hari jadi si polan. Jom celebrate. Tapi kau bayar ye sebab kau paling kaya. Aku nak kek *insert brand kek mahal here*”
12. “cantiknya baju tu. Belikan!”
13. *kau beli kebab dan belanja kawan-kawan kau sempena kejayaan kau dapat satu projek kecil*. Respon kawan “kebab je? Belanja la mahal sikit”. Serius kecil hati derr.
14. Kau pergi jepun bulan depan ye. Nak pesan kimono please. Nanti aku bayar. *tak bayar sampai sudah. Baju dah pakai sampai kelabu*
15. Kau jual doorgift kan. Sponsor 200 doorgift untuk majlis aku nanti.
16. Aku nak buat kenduri birthday anak aku. Si polan dah sponsor pizza. Si polan sponsor satay. Kau sponsor kambing golek k. thank you.
17. Birthday anak aku bulan depan. Kau sediakan hadiah best-best tau. Yang mahal-mahal sikit ye. Beli kat toy r us tau.

Ada banyak ayat lain lagi sebenarnya. Ayat-ayat ni menakutkan untuk orang yang terkena. Macam mana golongan yang terkena ni nak rasa bahagia jumpa korang bila korang berperangai macam ni? Nak jumpa pon takut. Kadang-kadang kami terpaksa elak untuk berjumpa, bukan tak rindu, bukan sombong tapi kadang-kadang kami perlu fikir poket kami jugak. Walaupun korang Nampak gaji kami banyak, tapi korang lupa kami ada banyak tanggungan, yang mungkin korang tak tahu (atau buat-buat tak tahu). Duit kami sebenarnya dah ada bahagian-bahagian dia. jadi tolong jangan tambah bahagian gaji kami sesuka hati. Kesian kat kami.

Kadang-kadang orang yang suka meminta ni sebenarnya bukan miskin. Kadang-kadang lagi kaya dari kami. Buktinya? Telefon latest model. Baju branded. Potong rambut tak main la kedai mamak biasa-biasa. Semua nak salon. Pergi facial. Kereta mahal. Nak sewa rumah kat tempat yang high end yang Nampak ala-ala kaya. Spek mata pon nak beli yang branded. Suka modified kereta. Makan tempat mahal-mahal. Berlainan dengan orang yang di’paw’. Beli baju paling murah. Kadang-kadang baju dah koyak pon pakai lagi sebab nak jimat. Kereta pon cuci sendiri. Selagi kereta tak rosak, tak di modified kereta tu tanpa sebab. Makan meggi. Pakai telefon lama walaupun dah Nampak usang.

Kasihanilah kami. Kita sama-sama kerja, sama-sama tahu perlukan duit. Maka janganlah paw kami sesuka hati. Kami ada perasaan, kami ada tanggungan. Kami kerja kuat untuk simpanan di masa hadapan.
Kadang-kadang korang tak sedar, korang ingat korang je yang perlukan duit.
Korang ingat korang je yang paw kami. Tapi korang tak tahu, ramai lagi yang paw kami.
Di sini aku nak Tanya kau
larat ke kalau kena paw kiri kanan depan belakang?
Larat ke kena paw bila jumpa kawan skolah?
Larat ke kena paw bila jumpa kawan kolej?
Larat ke kena paw dengan keluarga?
Larat ke kena paw dengan kawan kerja?
Larat ke kena paw sana sini?
Larat ke tengok akaun simpanan tak bertambah walau kerja kuat dan kononnya kaya.
Larat ke tengok anak-anak sendiri tak dimewahkan tapi anak-anak si penge’paw’ bermewah-mewahan?

Duhai kaki-kaki penge’paw’, tolonglah faham perasaan kami.
Tolonglah jangan paw kami lagi. Kami akan belanja bila kami mampu. Jangan mintak-mintak selalu.
Kami bukan kedekut tapi kami sendiri kadang-kadang terpaksa ikat perut.
Wahai penge’paw’, fahamilah kami. Kami sudah berkeluarga, mahu bina hidup sendiri. Ada keperluan baru. Ada mulut baru yang perlu diisi. Kami mungkin tidak mampu memberi sebanyak dulu lagi.
Maafkan jika aku tersalah kata tapi mewakili rakan-rakan yang selalu kena paw, aku minta korang-korang yang selalu paw ni, berhentilah. Kasihanilah mereka. Kita semua ada tanggungjawab, stop aktiviti menge’paw’. Jangan sampai menyusahkan mereka dan keluarga mereka.

Akhir kata, raya dah dekat. Aku ada beberapa pesanan untuk korang.
Buat golongan yang kena paw, be strong. Say no if you must. Tabah dan sabar selagi mampu. Dan aku doakan korang dimurahkan rezeki yang halal.
Buat si kaki paw, berubahlah. Mintak maaf dengan orang-orang yang kau aniyai selama ni. Jangan ulangi lagi.
Buat sesiapa yang berhutang, langsaikanlah hutang anda secepat mungkin. Jangan berlaku zalim.
Buat ibubapa yang ada anak, ajar anak jangan meminta duit raya dari sesiapa. Dan tolong ajar anak untuk tidak buka sampul duit raya di rumah orang dan mempersoalkan jumlah duit raya yang diberi. Kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan. Kita sendiri pon tak perlulah ‘hint’ tuan rumah pasal duit raya. Kerana kita tidak tahu masalah tuan rumah dan kedudukan kewangan mereka. Stop asking and stop judging.

Duit orang, bukan duit kita. Jangan meminta. Tak elok.

Sekian. Maaf andai ada salah silap. mohon dapat iktibar.

– yang tak larat di paw

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit