Belanja Rumah Cara Aku

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Sikit perkenalan. Aku berumur awal 30-an. Dah berkeluarga. Bekerja dengan gaji 3 kali ganda lebih besar dari gaji suami aku.

Bekerja contract dan aku sendiri boleh tentukan berapa lama aku nak bekerja dekat sini.

Pekerjaan ni memerlukan aku untuk berjauhan dengan keluarga tercinta. Tempat tinggal dan kenderaan ke tempat kerja disediakan.

Kiranya gaji yang aku terima adalah gaji bersih. Keadaan yang memerlukan kami semua berjauhan dari keluarga menyebabkan tak semua decide untuk stay lama walaupun gaji berganda besar.

Long story short, Aku adalah wanita yang tak pernah ada lesen kereta. Ada reason kenapa aku decide begini walaupun kene kecam dengan orang sekeliling atas alasan ‘selalu susahkan suami’.

Lagi setahun, perkahwinan aku mencecah 10 tahun dan sepanjang perkahwinan kami, suami aku tak pernah paksa aku ambil lesen kereta. Alhamdulillah.

Lately aku selalu baca confession berkenaan isteri yang tak sampai hati susahkan suami. Yang mengeluh fikir pasal belanja rumah dan tanggungjawab lain, tetapi suami tak pernah ambil tau pun.

Dan sampai sekarang aku masih tak faham kenapa isteri-isteri takut nak ‘susahkan suami’. walhal semua tu sebenarnya adalah tanggungjawab si SUAMI.

Okay, sekarang aku akan bagitau belanja cara aku. Masa gaji aku lebih kurang suami, biasanya aku yang akan uruskan hutang. Hutang kereta,rumah dan bill-bill kitorang akan bahagi 2.

Aku akan MINTAK certain amount dari suami untuk bank in ke akaun aku dan aku yang akan uruskan semua tu. Certain amount tu maksudnya aku mintak lebih sikit dari amount sebenar.

Lepastu kami akan pergi shopping beli barang keperluan termasuk susu dan pampers anak-anak.

Since aku tak ada lesen kenderaan, so kami akan shopping bersama-sama. Waktu bayar, aku akan stay dekat tempat duduk dekat kawasan menunggu. Suami akan bayar semua tu.

Aku suruh dia bayar sebab aku nak dia aware nilai belanja keluarga kami tu sebesar mana.

Gaji aku pulak, kalau tengah-tengah bulan, aku akan cover kalau stok yang suami beli tu tak cukup. Atau aku akan beli kalau benda yang aku nak masak tu tak ada dalam fridge.

Since gaji suami dah cover sepenuhnya belanja rumah. Gaji aku yang selebihnya aku akan asingkan ke akaun yang lain. Dan duit ni akan cover untuk emergency dan insurance kereta.

Now aku cerita belanja dengan gaji 3 kali ganda lebih besar dari suami. Duit rumah dan kereta aku cover sepenuhnya and now, kami PJJ. Dan atas sebab tu, sekarang suami dan anak-anak stay rumah mak aku.

Setiap bulan aku akan bagi mak duit dan bayar duit baby sitter. Duit mak aku adalah duit mak aku. So, since dia stay rumah mak aku, dia masih lagi continue belikan stok bulan-bulan.

Belanja anak-anak dia akan cover SEPENUHNYA. Termasuk belanja sekolah. Untuk anak-anak, aku cuma cover simpanan diorang.

Sebab aku tak nak jauh dari keluarga lama-lama. So aku aim settlekan hutang kami awal. Again, aku MINTAK dia bank in amount hutang-hutang dia dan aku akan tambah sekali ganda.

Oh ye. Aku yang tolong uruskan hutang dia sekarang.

Tapi since aku da tambah duit aku dekat situ, aku pesan awal-awal dekat dia once hutang dia settle nanti, dia masih lagi perlu teruskan bank in amount yang sama ke akaun aku. Kene la ganti balik. Hahaha..

Ye.. Aku bahagia dengan cara begini. Perkahwinan tu pada aku adalah satu perkongsian. Biarlah susah dan senang tu dikongsi bersama. Bukan segalanya jatuh pada pundak sang isteri semata-mata. Pesanan aku kepada adik-adik yang bakal berkahwin.

Masa baru-baru kahwin nanti, waktu segalanya masih wangi. Sila jangan manjakan suami berlebihan sehingga dia naik lemak. Pastikan suami berfungsi sebagai suami. Jangan sesekali rasa bersalah sebab dah nama pun dia suami kan.

Lagi 1, ajak suami shopping dan biar dia yang bayar supaya tak ada kes bagi RM200 sebulan pastu expect nak makan sedap-sedap.

Akhir kata, SEBAB dia SUAMI, SILA ‘SUSAHKAN’ DENGAN KADAR SEPATUTNYA. DAN LAGI 1, WALAUPUN BERAS MEREKA BELI, TAPI KITA YANG MASAK. ingat tu isteri-isteri, hahaha.. Sekian.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *