Assalamualaikum warga IIUM, Aku terdetik nak tulis confession ni, barangkali dah ada yang tulis apa yg aku nak tulis ni, but no matter, kalau admin IIUM rasa penulisan ni berbaloi untuk di post, terima kasih byk2,
‘belen suci’, ya ni tajuk aku yang aku nk kongsi dgn korang semua, kenyataan yang pahit yang mana aku tahu wajib ada diantara kawan2 muslimah korang,
Aku just nak cerita pasal Sesetengah perangai kawan aku ni yang aku perhati , aku bersekolah di sekolah menengah agama dari form 1, aku skrg tgh amik degree kt sesebuah islamic IPT,
Dan kawan2 aku majoriti yang berlatar belakangkn agama dan bertudung labuh, mungkin bukan semua muslimah yang bersikap mcm ni, sikap yang mcm mana?
Sikap yang mempermainkan perasaan lelaki, ya, sebab tu aku tulis ‘belen suci’, kasar tetapi tulah hakikatnya,
Straight to the point, aku direct terus tuju kt segilintir, yang bermodalkan mata yang cantik, bertudung labuh dan berpurdah, skrg ni kan zaman ramai perempuan2 sarung purdah, memang sejuk hati memandang kan? Sebab tu ramai lelaki tertarik dgn golongan ni,
Maybe bukan semua, tapi ni kisah pengalaman aku sendiri, ad bbrp org kawan aku yg dalam golongan ni, dah banyak lelaki kena game dengan dorang, ya, lelaki2 yg kena ni bukan yg golongan biasa2, tetapi golongan yg belajar agama jugak, korang ingat lelaki je ke yg selalu guna agama utk pikat perempuan? Perempuan pn sama naik, kesian kat lelaki2 baik mcm ni,
Okay, first kawan aku nama Nur ( bukan nama sebenar) , aku tak tahu ex bf dia ni dah ada byk mana, tapi yg aku tahu dia sering tukar pasangan, tapi cara dorang couple ni x mcm couple lain, kira macam couple islamic la, ana, anti, ukhti akhi bagai tu, nak muntah aku dgr, pakai purdah, tapi tak jaga lgsg pergaulan dgn ajnabi, kt luar mmg nampak senyap, sopan semua, dan mungkin mata dia cantik menyebabkan ramai lelaki cuba utk mendekati dia, yang masalahnya, si nur ni melayan, bayangkan, dalam satu masa boleh berwasap 2-3 org sekaligus, tapi dalam FB bkn main share post islamik, say NO to couple la bagai.. Eii.. Hipokrit gila kot, boleh dicakapkan si nur ni setiap bulan mesti ada je lelaki kasi dia something, dia pandai sebab dia tak bagi harapan kt lelaki2 tu, tetapi lelaki2 tu yang hadap sgt kt dia, sadis sungguh,
Yang kawan aku yg kedua ni pulak, lebih kurang mcm tadi, tapi mungkin high level, yang tadi mungkin just melayan or suka2 mesej dgn lelaki, tapi yang ni, memberi harapan terus, dia ada dua pakwe, serius aku cakap, dia memang pandai berhelah, yang aku kesian yang pakwe dia yang dua2 tu punyalah baik, Beragama, and dua2 dh bgthu parents dorang pasal kawan aku ni, aku tanya, knp kau buat mcm ni? Dia ckp, nnti sampai masa dia akan pilih yg dia rasa boleh jadi suami yg baik utk dia diantara dua orang mamat tu, aku macam.. What the..? Dah kalau kau pilih salah sorang tu nanti, yg sorang lgi kau tak pilih tu mcm mana pulak? Tak ke mcm penaya kt dia, sebab dah bgthu family semua? Dia cakap dia kesian, tetapi nak buat mcm mana, dua2 dia syg, *facepalm*,
Dan thirdly, golongan niqobis yang pakai purdah hanya utk menarik perhatian ajnabi, ya, aku tak nafi bila korang pakai niqob, memang nampak cantik, nak2 bila pakai celak, eyeliner, contact lens dll, dgn jubah yg menjolok mata, aku yakin ramai lelaki bergetar tulang rusuk bila tengok, tapi jgn tertipu, kbykn niqobis ni takdelah secantik yang korang sangkakan, majority la, dlm level biasa2 je, byk yang tak lawa dari yang lawa, pakai purdah pun sbb nk dpt BF, and nak bagi nmpk cantik, pfft…
Dan ada byk la lagi pengalaman aku dgn kawan2 perempuan mcm ni, kalau korang rasa perempuan yg berpurdah ni semua yg suci, anggapan korang salah, ada je member2 aku yg tudung labuh, niqobis yang keluar berdua dgn lelaki, lelaki tu pulak ustaz, ada yg tahfiz lagi, pegang tangan, share gmbar tak elok sesama sendiri pun ada, mesej blue takyah cakap la, dorang ni bila mesej tak main la papa mama ni, dorang main ‘Abi Ummi’, *muntah*
So aku nak nasihat kat perempuan2 muslimah yang rasa dia tergolong dlm golongan yg diatas, stop it, lelaki ni ada perasaan jugak, mentang2 la kaum adam ni cepat cair, memang mudah korang kasi alasan break “awak terlalu baik untuk sy”, ” sy tak nampak awak dalam istikaroh sy” , ” maaf family sy dah ada pilihan utk sy “( padahal sparepart dia, bukannya pilihan family dia pun) dan lain2 ayat cliche breakup lain.. Korang tau tak, jenis2 korang ni la yang membusukkan nama niqobis yang lain, niqobis yang betul2 pakai purdah kerana niat yang baik,
Cukup2 lah mempergunakan agama untuk kepentingan korang sendiri, korang tak rasa malu ke dengan Allah? Ilmu agama yang korang belajar? Tak malu ke dengan diri sendiri? Korang post islamik punyalah lebat kt laman sosial, tapi kau sendiri yg x amalkan apa yg kau share,
Pada lelaki pulak, hati2 lah bila pilih pasangan, jangan sebab dia pakai purdah terus kau sapu, selidik dulu betul2 , takut nanti kau yang merana,
Oh ya, lupa pulak, jangan disebabkan kau belajar agama, kau tudung labuh bagai dll kau rasa kau better dari orang lain, sebab ni yang aku perasan sifat yg ada dlm kawan2 aku, mentang2 lah dorang pakai tudung singkat, baju ketat, freehair buat korang rasa sombong dan berasa bagus dari dorang, senang2 je korang judge,
Tu saja dari saya, hadam2 lah ye wahai kaum Hawa
– Ordinary Muslimah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit