Beli Rumah dan An4k

Mungkin kebanyakkan orang akan label aku sebagai seseorang yang tak percaya rezeki datangnya dari Allah Yang Maha Kaya. Mungkin juga ujian perjalanan aku tak sehebat orang lain.

Aku baru menginjak ke usia 30’s. Belum punya apa-apa aset yang boleh dibanggakan. Alhamdulilah kalau combine gaji aku dan suami, kami tergolong dalam kategori M40. Tapi, bila tinggal di area Lembah Klang ni, faham-faham sahaja la ya. Alhamdulillah cukup semuanya.

Baru-baru ni suami aku berhasrat untuk membeli rumah. Sepatutnya aku seronok lah. Yela, dapat beli rumah kan. Tapi aku bantah hasrat suamiku untuk membeli rumah pada waktu sekarang. Aku minta dia hold dahulu.

Sekarang ni kami menyewa di sebuah studio apartment. Nak kata luas sangat tu, tak lah. Tapi boleh lah hidup. Cuma barang tak boleh nak tambah sangat, takut tertimbus dengan barangan yang ada di apartment aku ni. Hehe.

Lokasi apartment yang aku tinggal sekarang bagi aku sangat strategik dan tenang. Conclusionnya aku suka sangat tinggal di sini.

Kesan daripada bantahan aku tu, suami aku tak berapa ada mood juga la sehari dua. Dia kata dia tak suka dengan pemikiran aku berkaitan hal pembelian rumah tu. Kolot dan terlalu mind block.

Kalau beli kereta atau motor, aku tak kisah sangat. Kalau jadi apa-apa, boleh jual. Low risk.

Aku risau disebabkan ekonomi sekarang tak stabil. Dan aku ada ternampak banyak posting dari ejen hartanah di tiktok, kebanyakkan orang sekarang tengah struggle nak commit bayar installment rumah. Aku tak pasti cerita tu rekaan atau tidak.

Aku pun faham dan tahu yang suami aku risau faktor umur memainkan peranan. Takut loan susah nak approve nanti. Harga rumah makin lama makin meningkat. Aku bukannya tak nak beli rumah langsung.

Cuma buat masa ni, aku tak nak tak tidur malam memikirkan mengenai bayaran bulanan, sampai kena ikat perut dan yang paling teruk, sampai perlu berhutang. Kalau nak keluasan rumah yang lebih selesa, aku ok je untuk mencari unit sewa yang lebih besar.

Rumah yang suami aku berhasrat untuk beli tu pun installment nya dalam RM3,000+. Belum campur comitment yang lain. Kereta, motor, coway, telco.

Maintenance fee pun lebih kurang RM400+. Barang dapur pun paling jimat RM150 seminggu. Tapi aku tak lalu la nak masak setiap hari. Ada hari yang aku nak makan di luar.

Kalau aku upgrade unit sewa kepada 2 atau 3 bilik, dapat jimat RM1,500. Dari RM1,500 tu boleh la menyimpan sikit untuk apa yang patut.

Aku ada minta supaya suami fikir masak-masak. Betul ke nak settle down di Lembah Klang. Kalau aku, aku prefer beli rumah di kampung halaman kami nun di utagha.

Taip pasal isu ni pun aku dah pening kepala. Belum lagi bab anak. Semalam aku saja sembang santai dengan husband berkaitan dengan anak. Saja nak confirmkan sama ada pendirian dia masih sama ataupun tidak.

Sebelum ni, kami nekad untuk berkahwin tanpa anak atau pun kalau nak anak pun, bukan sekarang.

Yang membuatkan aku terkejut, suamiku kata dia teringin pula nak anak dalam masa terdekat. Sunyi katanya. Lagi buat aku pening.

Nak membesarkan anak bukan commit setahun dua je. Sampai dia dewasa kena tanggung financially. Kena didik lagi. Aku ni dah lah cepat melenting. I’m so not ready for this.

Maaf ya warga TTC. Jangan label aku “Dia sesuka hati je tak nak anak, aku dah tunggu 10 tahun kot”

Kalau ada anak, pengasuh dah berapa. Pampers, susu, insurance dan perkara lain lagi. Pening.

To be honest, aku fobia bab hutang yang berjumlah ratusan ribu ni. Memandangkan sekarang ni aku perlu menanggung hutang syarikat milik family aku.

Yang silapnya nama aku dijadikan as pengarah dan masa tu aku takde ilmu bab company ni apa semua. Walaupun bukan aku yang run the company, but my name is already stated as director which means i am RESPONSIBLE for all risk in the company.

Salah aku juga cetek ilmu masa tu. Main bagi je orang pinjam nama walaupun syarikat family sendiri. Nak resign as director pun, dah terlambat. Hutang piutang syarikat still relate dengan nama aku.

Berbalik kepada isu rumah dan anak. Aku just nak peace of mind in my life. Memandangkan aku dah pernah berada dalam situasi tak boleh tidur sepanjang 2 tahun.

Disebabkan PKP, bisnes tak boleh run, fikir how to nego dengan installment hutang, sebab creditor tak boleh bertolak ansur. But now,

Alhamdulillah situasi dah better sedikit walaupun not 100% ok.

Sejujurnya aku pernah beberapa kali rasa nak bunuh diri semasa PKP. Hanya sebab aku tahu bunuh diri tu berdosa besar dan tak boleh masuk syurga, aku try untuk kembalikan kewarasan mental aku dengan sekerap yang boleh.

Aku just tak nak be in that situation again semata-mata umur macam ni dah wajib beli rumah dan ada anak. Sampai perlu bercatu makan minum.

Sengkang mata siang malam to provide the best for our child di saat sebenarnya, WE are not officially ready in terms of knowledge, energy and financial.

Kalau aku buat tak tahu dengan anak sendiri, orang mengata pula. Boleh ke kalau aku makan pil perancang senyap-senyap tanpa pengetahuan suami? Dikira berdosa ke? Ada sesiapa tahu tak apa hukum tak nak anak?

Entah la. I don’t know if anyone can relate and understand my situation. Kalau cerita dengan kawan-kawan pun, mereka takkan faham. Cerita dengan husband pun lagi lah. Parents pun sama.

Adakah aku terlampau kolot sangat ataupun terlalu play safe tak bertempat? Apa aku perlu tahu dan buat kalau nak continue beli rumah? Cara nak hibahkan rumah, mrtt, mltt etc. Aku perlu jumpa siapa dsb.

Anyone can give real life advice? Thanks..

– Unna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *