Beli Rumah: Mimpi Ngeri Yang Belum Berakhir

Assalamualaikum wbt. Aku W. Tujuan confession ni, sekadar ingin berkongsi pengalaman & mungkin menjadi ‘ibrah’ kepada yang lain dalam pembelian rumah? x expert pun dlm bidang ni tp sekadar bercakap melalui pengalaman cetek yg Allah pinjamkan. Yg terlibat dlm bidang ni dialu-alukan utk memberi panduan yg lebih baik. (oh ye, x short form kpd tidak/tak, nanti panjang sgt nak taip klu sebut penuh)

Lagi, nk cakap, xsemestinya yg beli rumah beratus2 ribu tu bertuah utk dapat rumah yang baik. Hati menangis sebab rumah teruk, siapa yang tahu? Sebab semuanya berbalik pada konsep rezeki. Ada kawan, buat personal loan je, share dgn wife utk buat rumah sendiri & upah tukang biasa2 kat kampung tp boleh dapat rumah yg luas & selesa dgn kualiti yg baik. Bayar bulan-bulan pun tak banyak. Rezeki dia..

Ada jugak yg kerja biasa2, tp boleh buat rumah sendiri dgn kos yg ok & berpuas hati dgn kualiti rumah.

Ada jgk yang xbeli rumah, tp sewa je sebab kos sewa murah.Beli rumah masih xsesuai dgn komitmen bulanan diorang. Yang tu pun rezeki, can live within their means.

As for me, i’m still trying hard to grasp ‘hikmah di sebalik ujian Allah ini’.Bukanlah tidak bersyukur sebab struktur rumah ok, tapi rasa xpuas hati tu masih mendalam. & jika korg nak bash, remember that we cannot predict future. Mungkin today is my day, but who knows maybe one fine day, anda diuji dengan ujian yang lebih teruk dari ni? Because no matter what we plan, segalanya terletak pada perancangan Allah untuk kita. Human can only propose, but god dispose..

Lagi, confession ni bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi merendahkan yang lain di zaman banyak lagi isu global yg lebih penting seperti GST,minyak naik(kos sara hidup meningkat), Trump jadi presiden Amerika(masalah global kot utk masyarakat islam sebab dia tak iktiraf Palestin & anti islam).

So, sebagai introduction, aku hamba Allah yang terpengaruh dgn trend beli rumah pada usia muda. Beli rumah dengan company yang boleh dikatakan glamour jugak di sebuah negeri yang bersempadan dgn negara jiran.

Sebab beli
1) gerun dgn harga rumah yang semakin naik & 2) mungkin rumah boleh jadi raudhah/taman ilmu dgn jemput ustaz & rakan terdekat bila keadaan kewangan ok sikit sb xlogik jugak jemput ustaz tp xbayar ape2 & x menjamu tetamu langsung).

Tapi, the first moment i got my key, terkedu sebab keadaan rumah agak teruk. Construction workers stay kat situ berbulan2 tapi xjaga kebersihan. Sinki berkarat & penuh dgn kesan rokok, toilet kesan najis x basuh sebab awal2 rumah xde air, sampah penuh rumah(dalam & luar rumah), kualiti pembinaan pun tak bagus sb diorang guna pasir kasar(nk jimat kos sebab pasir kasar murah tapi tak berkualiti – dont know the exact term tp orang kampung panggil pasir kasar), jadi banyak jugak laa retak/rekah sana sini, dinding berlubang sana sini(kalau sikit xde sape kisah, tapi ni hampir semua ruang jadi macam tu), frame tingkap & pintu kemek, pintu tu dr dlm rumah ade gap sampai boleh mengintai sape ade kat luar rumah tu, longkang pecah, lantai garaj kat depan rumah tu ade petak2(lupe exact term utk nama defect tu) & ada yang merekah, hampir setiap penjuru rumah xcantik (berlubang-lubang, ada yg simen terlebih, ade yg xcukup sampai nampak tanah & macam2 lagi tapi kesimpulannya, memang nampak teruk la)..

i know as human, we cant expect perfection & mana2 rumah yg dibeli dgn pemaju biasanya akan ada defect, tapi this is beyond my imagination.

Generally, terpulang pada owner & check defect betul2 dan complain kpd pemaju atau diamkan saja jika dirasakan tak penting. & bergantung kepada pemaju samada dia jenis mementingkan kualiti & kepuasan pelanggan(pembeli) atau tidak sebab syarikat2 dgn reputasi tinggi akan baiki sehingga customer puas hati tetapi syarikat acah-acah besar / mmg kecik x mahu baiki.

oh ye, antara yg dicheck:
1) pintu& tingkap – kayu/cermin ok ke x, boleh dibuka dgn baik atau x, ada berkarat atau x, kunci ok ke x.. tepi pintu klu besi, boleh ketuk nk tau hollow/ x sb klu xckp simen, mmg akan bunyi lain macam
2) siling – bocor ke x
3) tiles/ jubin – hollow atau x (ketuk2 bunyi mcm kosong atau x, kalau kosong maknanye xcukup simen), ade pecah/ retak ke x, grouting ok ke x dll
4) dinding – retak ke x, ade lubang/ape2 yang nampak xcantik atau x
5) penjuru rumah – berlubang ke x, finishing ok ke x(finishing ok akan jdkan dinding nmpk smooth & sedap mata memandang
6) toilet – boleh flush & berfungsi dgn baik atau x
7)paip – xde rongga antara dinding & paip, berfungsi dengan baik atau x,ada bocor atau x
8) cat – rata ke x, smooth ke x
9)longkang – ada retak/tanah mendap/pecah atau x

Prosedur jika dapat rumah macam ni,
1) buat complain samada hantar borang notis pembaikian kecacatan rumah yg pemaju bagi/tulis surat rasmi sendiri, bagi tempoh 30 hari utk pemaju baiki.
2)Sekiranya xpuas hati/ xdibaiki lagi, tulis surat kali kedua untuk baiki dalam masa 14 hari lagi.

Tapi S& P (Sales & Purchase/perjanjian Jual Beli) kata boleh hntr quotation drp kontraktor sendiri utk baiki rumah tapi sbnrnye yg ni terpulang pada pemaju samada dia bersetuju atau tidak dengan harga yang dinyatakan.

Biasanya, lawyer jadi pemegang pertaruhan, simpan 5% & release duit tu kpd pemaju bila tempoh DLP(Defect Liability Period/waranti cth 2 tahun) berakhir. 2.5% dalam masa 6 bulan klu xsilap(maybe yg study law/engineer/berkaitan hartanah boleh tlg bagi panduan?) & 2.5% lagi lepas tempoh waranti tu berakhir.

Tapi, dalam kes aku, silap besar sebab ambik lawyer dgn pemaju & lawyer tu macam xbertanggungjawab (dah nama lawyer pemaju). I trust the company blindly & bila jadi mcm ni, agak sukar sb lawyer diam je. 1st time pegi pejabat diorg utk sign document pun xdilayan, mcm bkn customer diorg. Maybe lawyer tu ingat yg setuju ambik lawyer dgn pemaju(sb kos peguam termasuk dlm kos beli rumah) ni yg miskin sgt & xmampu bayar peguam sendiri kot.

So, back to the main story, aku hantar surat mohon pembaikian tapi sehingga sekarang( tempoh 30 hari + 14 hari nak habis), tiada satu pun pembaikian yg memuaskan hati. diorang mcm tutup kecacatan je
1)complain tile pecah, ganti dgn yg lain kt tmpt pecah tu tp guna tile tu kt tmpt lain yg aku tanda hollow. sikit je yg ganti. yg lain xganti sampai sudah
2) complain frame pintu & tingkap kemek(material besi), diorang guna bahan ape ntah utk tutp tmpt kemek tp still nampak teruk jgk laa
3) complain dinding berlubang, sesetengah tempat diorang cat je tp x tmbh plaster pun dkt tmpt berlubang tu. klu diorg tmbh plaster, diorg calit sukati je tp still nmpk teruk. cat skali dgn masking tape yg aku tanda pun ade..
4)ade jgk diorg plaster skali sgn sarang labah-labah. dkt paip/soket, plaster dgn kertas
5) yg lain, x baiki langsung

& lagi, sebagai manusia biasa, aku panas hati bila kontraktor bertanggungjawab kata tiada kecacatan pun pada rumah tu. Mungkin dia pandang rendah sebab aku perempuan, yg buat semuanya sendiri. Typical kontraktor yang mementingkan keuntungan & mahu lepas tangan. Pemaju pun sama, banyak kali aku hantar complain, datang tengok tp sampai ke sudah hasil kerja di takuk tu je. Pergi ofis, jawapan staff senang: rumah xde air. lepas tu cakap, kna buat appointment dgn bos tp bos xde buat masa skrg. Complain byk kali pun buat xreti, maybe sebab duit dah masuk dlm poket diorg. Buatkan aku terfikir, sebagai muslim,hidup diorang mmg nampak duit saja ke tanpa peduli sumber tu dari sumber yang batil? Menganiayai pembeli dgn bagi rumah yang lebih teruk dari rumah second hand pada harga tinggi (dan agak melampau) dan tidak amanah sebab bagi rumah dengan bahan binaan yang tidak berkualiti tetapi sangat murah? dan menidakkan hak customer untuk dpt rumah yang sepadan dgn harga?

Aku terfikir begini sebab kontraktor yang sangat baik, yang aku mntk renovate ofis aku dulu passed away shortly after finishing his project. Aku terkilan sebab baru tahu lepas rumah aku jadi camni tapi aku berharap, bahagian yg dia buat kat ofis aku dulu tu manjadi amal jariah untuk dia. Sebab bangunan yang aku mntk renovate dulu mempunyai fungsi yang agak penting & semestinya, membantu orang ramai secara tak langsung. Kematian dia buat aku sedar, ape gunanya harta dunia jika miskin amalan untuk dibawa ke alam yang kekal abadi

kembali kpd story aku, i dont know what future hold sebab skrg aku berjuang sendirian, sebab aku anak kampung yang dikelilingi oleh mereka yang kurang awareness tentang hak pembeli & pemaju jelas tidak bertanggungjawab. i plan to bring this case to the next level.I’m not sure how it will end up. Sebab, logically pemaju pandai putar belit. Typical pemaju yang pentingkan duit, diorang akan berusaha menjimatkan kos dan tak nak repair sebab diorg ade byk lg rumah utk dijual & that means, more money.So, mungkin akan ade perkara yang aku tak jangka akan timbul..

Jika ada yg bersimpati, tolong doakan agar urusan aku memperjuangkan kes ni seorang diri dipermudahkan. & moga ada manfaat di sebalik penulisan ini.

Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu, dari aku sendiri.

– hamba allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit