Belia Yang Masih Keliru Dengan Pilihan

Asalamualaikum & hai kepada semua warga net pembaca IIUM Confession, seperti tajuk di atas saya masih lagi keliru nak buat keputusan untuk sambung belajar dalam kerjaya yang mana satu & sebelum itu nama saya ialah Ezra.

Okey kita mula, saya adalah lepasan SPM 2017 dan tak macam kebanyakan student yang sama batch dengan saya which is immediately terus sambung belajar sama ada pra-U/ diploma/ sijil.

Sebab masa tu kewangan saya agak rendah walaupun ada loan mcm ptptn atau MARA tapi saya decide untuk cari duit sebab takut tak boleh top up masa belajar nanti plus saving juga dan parent saya pesara kerajaan kalau boleh saya nak kurang bebanan itu.

Long story short, saya sudah lama berminat untuk memasuki bidang kesihatan cuma kerjaya yang mana satu.

Bagi bidang kedoktoran atau pergigian memang out of my league sebab result saya kurang memuaskan tapi saya tengok kawan-kawan dgn senior saya struggle juga nak belajar dalam keadaan norma baharu.

Ada yang nak give up walaupun separuh jalan. Then, saya ada another option which is kursus separa perubatan dalam SPA9. Saya pilih nurse dan MA. Kalau exam online dan temu duga gagal, saya pilih untuk masuk swasta dengan duit simpanan kerja saya.

Kenapa saya tidak sebut universiti awam, UPU akan ambil SPM 20, 19, 18 untuk permohonan 2021 dan kursus MA tak wujud hanya di kolej KKM ja.

Soalannya di sini Nurse atau Medical Assistant/MA walaupun masih buat solat istikharah?, panjang benor muqadimah.

Di sini saya start konfius. Ini apa yang petugas kesihatan cerita kat saya, Nurse banyak ke arah dressing wound and support patient punya penjagaan. Lagi-lagi kalau nurse lelaki selalu akan posting ke orthopedic (tulang) sebab di situ boleh katakan banyak kerja berat.

Kalau nak venture setiap jabatan macam obstetrics (wad hamil), pathologi, ent (kecemasan), etc kuranglah ada pun sekejap. Lepas itu, dari nurse boleh naik jadi sister (ketua jururawat) last sekali jadi matron.

Nurse pula bukan suma benda boleh buat macam tak boleh prescribe ubat atau buat surgery. Kalau nak suntik jarum kat patient mcm vaksin kena ambil lesen khas. Bagi saya menarik juga job nurse.

Medical Assitant atau penolong pegawai perubatan. Bagi orang awam mungkin akan nampak macam attendent hospital ka atau kerja-kerja hospital biasa ja padahal task lebih kurang macam doktor cuma title dia tak glamour sebab orang tak panggil dia doktor.

Untuk bidang MA ini banyak juga doktor yang saya sembang sarankan untuk masuk MA daripada nurse. Sebab MA every jabatan dia boleh pergi, boleh prescribe ubat kat patient, consultation dengan patient, buat surgery, paramedic, macam-macam lagi.

Cuma nasihat doktor kena kuat semangat. Kalau belajar medik 100%, MA 50%. Sekali lagi job yang menarik juga.

Reason saya nak masuk bidang kesihatan adalah minat kepada seorang doktor ini boleh anggap role model.

Doktor ni banyak bagi contribution dalam healthcare di negeri saya walaupun tindakan dia banyak dikecam oleh orang awam sebab menganggu orang lah dan ada sampai cakap kesihatan aku kesihatan aku.

Sampai satu masa diberi anugerah title dato oleh sultan tapi beliau tolak & respond “saya berkhidmat untuk rakyat”.

Pernah jadi medical team dengan United Nation sampai kena deployed di tsunami acheh 2002 dan beberapa lagi buah negara. Dia juga pernah bawa2 saya tour dalam hospital & klinik kesihatan plus explained setiap satu benda kat situ.

Hati saya pernah juga terdetik dengan tubuh badan yang sihat ini saya perlu bagi sumbangan kepada masyarakat negara ini dan masih ada lagi negeri-negeri yang healthcare dan awareness agak kurang,

Sebab saya pernah jejak satu negeri bergelar bumi kenyalang serta bergaul dengan orang tempatan especially yang pendalaman.

Saya memang aware walaupun banyak cerita nurse, MA, doktor, pharmacy kecundang masa belajar atau clinical attachement. “Selagi pihak kolej tak buang kita selagi tu jangan ada niat berhenti belajar” ayat2 parent saya.

Sekian sahaja luahan daripada saya dan minta maaf kalau panjang untuk dibaca.

– Ezra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *