Belilah Rumah Waktu Muda atau Banyak Kesan Buruknya Jika Gagal II

Untuk part I, (https://iiumc.com/belilah-rumah-waktu-muda-atau-banyak-kesan-buruknya-jika-gagal/).

Assalamualaikum. Allahu, saya berterima kasih pada warga net yang macam macam nasihat & pandangan diberikan.

Ada nasihat & panduan yang baik boleh saya ambil. Ada juga yang komen membabi buta. Ya saya tak salahkan. Orang tidak ada dalam sepatu kita lain lain jangkaan. Apapun saya terima semuanya.

Sebenarnya saya menulis hal ini lebih kepada memberi nasihat & peringatan kepada mana mana yang mungkin belum terfikir/dalam perancangan ataupun mungkin tengah enjoy perlunya ambil serius untuk cari rumah kediaman waktu kita masih muda (ada kudrat berkerja).

Jangan salah tafsir, jika pandangan saya ini seperti memperlekehkan/beri tamparan golongan yang kurang mampu dan memang berkehendak tapi belum diberi rezeki untuk memiliki rumah. Saya percaya setiap orang ingin ada kediaman sendiri. Cuma awal atau lambat.

Cuma dalam perancangan memiliki rumah sudah tentu pengurusan kewangan kita waktu muda sangat penting. Kerana rumah ini adalah tanggungan jangka panjang, silap haribulan hingga tamat umur pun hutang belum habis kan.

Ini terkecuali bagi kes yang mungkin mak ayah dah banyak harta boleh hibahkan pada anak anak tak pun memang kalian anak CEO Megah Holdings. Gurau jer ..

Perkongsian pengalaman hidup saya hanyalah sebagai teladan menjelaskan pendapat saya yang saya sebut pentingnya memiliki/membeli rumah waktu muda. Muda disini maksudnya kita masih ada kudrat untuk kerja.

Ambillah teladan, jika tidak mahu ambil, tidak menjadi masalah. Ia hanya perkongsian teladan sahaja.

Bukanlah bermaksud saya merungut nasib badan, Fahami maksud tajuk artikel ini, banyak kesan buruknya, maka dengan berkongsi kisah saya lalui, diharap semua jelas maksud baik buruknya.

Saya sudah memiliki rumah lain yang saya usahakan titik peluh sendiri dengan suami.

Keazaman saya untuk memiliki rumah lain sebelum waktu sudah tidak larat berkerja nanti sangat tinggi selepas pengalaman pahit rumah atas nama suami sebelum ini dan rasa kecewa berkali kali ketika proses mendapatkan rumah lain,

Saya yang merasa pahit maka saya tidak mahu peristiwa sama berulang pada anak dan bakal menantu saya.

Itu yang mampu saya buat sebagai ibu untuk membahagiakan anak anak dengan memberi peluang mereka hidup dengan keluarga nanti tanpa ada beban dari pihak saya dan suami.

Rumah kami sekarang juga, kami sudah fikirkan untuk hibah pada anak anak supaya tiadanya kami, tidaklah adik beradik ipar duai bergaduh berebut. Mana lah tahu kan.

Biarlah kita masuk kubur pun dengan anak anak semua tenang dan damai. Jangan kerana harta bermasam muka dan bergaduh sama sendiri.

Berkenaan rumah pertama nama suami, ramai warganet minta saya jualkan dan marah pada suami. Tapi saya mempunyai alasan sendiri yang mungkin sukar difahami oleh orang luar.

Memang makan hati, tapi seperti saya sebut sebelum ini mungkin pengorbanan saya ini Allah Taala rewardkan saya mampu membeli tanah & rumah banglo yang saya tak jangka ditahap umur kami sekarang.

Terima kasih juga yang cuba defend saya, saya hargai.

Yang berpandangan, nak juga membeli rumah sedangkan tak mampu, kita bercakap secara umum, kemampuan yang boleh diukur dengan lulus atau tak loan rumah dsbgnya.

Jika kita dah usaha masih tak lulus, tak ada kemampuan itu cerita lain. Mungkin dengan adanya perkongsian pengalaman ini bawa mesej sampingan lain;

1. Mak Ayah & Adik beradik jangan campur tangan hal hidup anak/adik beradik, apatah lagi minta jaminan nama itu ini. Cara ini ‘membunuh’ hidup anak/saudara sendiri.

Jangan marah selepas ini jika ada saudara mara kita tidak mampu menjadi penjamin dsbgnya. Perkara ini amat berisiko. Bila dijamin atau dipinjam nama. Maksudnya apa, anda tak layak berhutang. Maka kemampuan nak tanggung bayar hutang juga tak kuat.

2. Ketika kita ada kudrat usahakan janganlah berjoli. Mertua saya mempunyai perkerjaan baik ada kemampuan beli rumah tapi silap percaturan masa muda, bahana ditanggung isteri dan anak cucu hingga dia meninggal. Urusan ini masih belum selesai.

3. Mertua jangan hanya pentingkan anak beranak sendiri sahaja tanpa fikirkan hati perasan anak orang, mak ayah orang membebani masalah kita untuk diselesaikan oleh orang lain.

Semestinya perlu berdoa sentiasa agar Allah Taala membuka jalan untuk mudah mendapatkan rumah. Itu yang saya amalkan sekian lama sebelum diberikan rumah sekarang. Saya doakan semoga semua warganet dapat memiliki rumah.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *