Tergerak hati nak menulis luahan dekat sini juga lepas terbaca kisah ‘Aku pilih dia’ (https://iiumc.com/aku-pilih-dia/), baru-baru ni.
Dan disebabkan emosi aku memang dalam kondisi tak baik, aku harap pembaca semua jangan tinggalkan komen yang terlampau keras untuk aku.
Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang ku gelarkan sebagai ‘A’ sejak aku tingkatan empat. Masa tu aku baru berpindah ke sana. ‘A’ tua setahun daripada aku. Biasalah kena ngorat masa zaman sekolah.
Aku yang sejujurnya seorang perempuan yang tak pernah rasa kena ngorat dengan lelaki mudah saja nak jatuh cinta dekat si ‘A’.
Aku boleh katakan yang si ‘A’ ni seorang lelaki yang baik. Tak merokok, tak nakal macam kawan-kawan sebaya dia dan sangat rajin. Rupa biasa-biasa tapi boleh buat aku jatuh cinta dan sayang sampai sekarang.
Tapi dia mungkin ada satu perangai yang aku tak suka. Iaitu suka chat dengan entah mana-mana perempuan yang dia kenal dekat sosial media.
Jujur aku katakan yang aku jenis perempuan yang kuat cemburu. Lepas setahun lebih kami bercinta dia mula tunjukkan perangai macam tu. Tapi yela bila aku fikir balik, kami ni masih lagi remaja masa tu kan.
Nak dipendekkan cerita, hubungan kami berpanjangan sampai masuk tahun yang keenam kalau ikutkan bulan 5 haritu.
Tapi start pkp tahun lepas semuanya berubah. Aku dengan ‘A’ banyak sangat gaduh. Kadang perkara kecil pun kami gaduh. Mostly sebab aku yang cetuskan sebab aku jenis panas baran dan tak sabar. Tapi dia pun dah tahu aku macam tu masih lagi nak buat benda yang aku tak gemar.
Aku rasa aku start jadi mudah marah dengan dia bila dia buat benda yang aku tak suka. Salah satunya keluar dengan perempuan yang dia baru kenal.
Sejujurnya, siapa saja tak marah bila pakwe sendiri keluar dengan perempuan lain. Aku geram, sakit hati sebab terfikir macam mana dia boleh senang-senang untuk keluar makan dengan perempuan yang baru dia kenal.
Sedangkan aku tak pernah sekalipun buat macam tu. Chat dengan lelaki lain tanpa sebab atau kenal dengan lelaki lain. Even masa aku masuk u pun aku takde nak menggeletis sebab aku bukan jenis perempuan yang macam tu.
‘A’ kata dia kenal perempuan tu di farmasi masa tengah beli barang. Perempuan tu kerja farmasi. ‘A’ kata dia tengok perempuan tu macam ada masalah so dia tegur dan bertukar no. Memang sebelum tu ‘A’ ada bagitau banyak kali dia nak pergi keluar makan dengan ‘budak s’.
Tapi demi Allah aku tak pernah anggap benda tu serius. Aku cuma anggap benda tu satu gurauan semata-mata. Tapi bila banyak kali dia kata macam tu, aku jadi was-was dan nah semuanya betul rupanya.
Sebagai seorang perempuan yang kuat cemburu aku paksa ‘A’ hantar screen record perbualan mereka sebab aku nak tahu sangat apa yang dorang borak. Tapi lepas saja baca isi perbualan tu aku yang jadi tak keruan sebab si perempuan tu seolah-olah ada perasaan pada si ‘A’.
Cara mesej pun nampak macam nakkan perhatian. Sampai benda tak penting pun dia nak update dekat si ‘A’. Lepas pada tu aku beranikan diri chat ‘budak s’ minta dia jangan chat dan jumpa ‘A’. Perempuan tu cuma minta maaf dan kata ‘A’ tak pernah bagitau dia yang dia sudah berpunya.
Kisah ni tidak terberhenti di situ. Sebab lepas kejadian tu aku selalu fikir bukan-bukan. Aku selalu takut ‘A’ tipu aku dan pergi jumpa ‘budak s’ sebab masing-masing duduk dekat. Aku saja jauh dekat kampung. Seingat aku kisah dia dengan ‘budak s’ tu berakhir dalam bulan tujuh tahun lepas.
Dan ini kisah seterusnya yang jadi penghancur kepada hubungan kami yang bermula pertengahan bulan 12/2020. Masa tu memang aku gaduh besar dengan si ‘A’ sampai aku minta putus dengan dia. Tapi sejujurnya aku tak maksudkan langsung perkara tu.
Kami tak contact hampir seminggu. Tapi lepas pada tu aku chat dia semula dan minta maaf. Pujuk dan bagitau nak get back semula. Tapi dia mula layan aku hambar.
Suatu hari tu masa aku tengah scroll facebook, aku ada ternampak sorang perempuan tag dia dekat satu posting berkenaan dengan berkahwin dengan anak bongsu.
Aku jadi tertanya-tanya, kenapa perempuan tu tag si ‘A’ dekat posting yang macam tu. Jadi aku terus Tanya ‘A’, siapa perempuan tu dan kenapa dia tag macam tu. ‘A’ cuma balas yang perempuan tu hanya kawan.
Tapi aku mula jadi tak sedap hati. Aku mula rasa ‘A’ ada sorok sesuatu daripada aku. Dan sangkaan aku tepat bila ‘A’ kata dia ada suka dekat orang lain. Aku paksa dia bagitau siapa perempuan tu tapi dia mengelak.
So 2/1/2021 bila saja ‘A’ bagitau yang dia nak balik kampung aku terus pergi jumpa dia. Itu pun lepas puas pujuk merayu. Aku datang rumah dia hujan-hujan. Sebab ‘A’ balik tak lama. Esoknya dia dah kena balik KL semula.
Masa kami jumpa aku beria minta maaf dan suruh dia cerita perkara yang sebenar. Dia bagitau aku dia kenal perempuan tu di KL dan perempuan tu kerja kedai makan. Dia jatuh cinta dengan perempuan tu dan tak boleh tinggalkan perempuan tu.
Siap sebut banyak kali yang dia tak boleh tinggalkan anak dia dan dah buat denda tak elok. Aku jadi pelik sebab fikir si ‘A’ ni dah buat benda tak senonoh. Rupanya, perempuan tu janda anak satu. Muda lagi ye. Muda setahun daripada aku.
Aku tanya ‘A’, perempuan yang sama ke yang tag dia dekat fb tu. ‘A’ kata bukan dan aku pun percaya. Masa aku jumpa ‘A’, dia janji akan tinggalkan perempuan tu. Tapi entah macam mana dia tipu aku saja sebenarnya.
Perempuan yang tag dia dekat fb rupanya perempuan yang sama dia tengah angau. Aku chat perempuan tu siap oncall dengan dia sebab dia kata dia malas nak berwhatsapp. Boleh dikatakan semua benda ‘A’ bagitau aku tu adalah bohong.
Tentang macam mana dia kenal perempuan yang aku namakan ‘J’ ni. Rupanya dorang berkenalan di michat lepas saja insiden ‘budak s’ tu. Dan baru aku sedar yang ‘A’ sebelum ni dengan beraninya jumpa ‘J’ masa otw nak balik kampung bila aku tahu ‘J’ stay mana. Sakitnya hati masa tu Allah saja tahu.
Time kami masih bercinta pun dia diam-diam jumpa perempuan lain belakang aku. Masa kami gaduh seminggu tak contact tu pun si ‘A’ pergi turun JB semata-mata untuk jumpa ‘J’. ‘J’ beritahu aku yang dorang siap plan nak nikah. ‘A’ dah jumpa mak ayah ‘J’. Sumpah aku kecewa sangat.
Aku tak tahu kenapa ‘A’ tiba-tiba beria nak kahwin sedangkan sebelum pkp dia langsung tak beria pasal kahwin dengan aku. Biasa-biasa saja. Memang kami ada bincang juga perancangan lepas aku habis belajar sebab siapa saja nak bercinta lama-lama.
Lagipun dia sendiri dah janji nak tunggu aku habis study. Ye, aku masih lagi belajar dan ‘A’ dah kerja. Dia quit belajar masa tahun pertama. Jadi aku cakap dekat dia, simpanlah duit slow-slow.
Nanti senang, tapi dia selalu bagi alasan nanti dia simpan. Memang dia zero saving ye. Aku tahu kewangan dia macam mana. Sebab tu aku takde tergopoh-gopoh nak ajak dia kahwin. Tak nak serabutkan dia.
Lagipun dia selalu sebut dia takde duit dan banyak kali pinjam duit aku time tengah sesak (dia dah bayar semula bila dapat gaji).
Tapi, tiba-tiba banyak pula duit dia nak kahwin time pkp ni kan hm. Alasan dia beri pada aku, kahwin dengan aku mahal, kahwin dengan janda takde hantaran.
So bila ‘J’ bagitau aku yang ‘A’ dah ajak dia kahwin aku jadi kecewa sangat. Masa tu memang aku habis slowtalk la dengan ‘J’ supaya tinggalkan ‘A’ dan jangan ganggu hubungan kami lagi.
Lagipun dia sendiri dah pernah kahwin dan bercerai, mesti dia tahu perasaan sakit tu macam mana. So, ‘J’ pun janji akan tinggalkan ‘A’ dan tak akan terima ‘A’ even ‘A’ pujuk macam mana pun. Tapi ‘A’ bagitau ‘J’ yang dia tetap cari ‘J’ walau jauh mana pun ‘J’ pergi.
Sejak dari tu, aku betul-betul usaha pujuk ‘A’ supaya dia lupakan ‘J’ dan anak dia. Aku buat semua benda dia suruh. Aku slow-slow ubah perangai aku. Dia suruh bagitau mak ayah aku tentang hubungan kami. Aku bagitau. Even tersangat lambat.
Aku tahu, semua orang akan salahkan aku sebab dah bercinta 5 tahun tapi baru nak beritahu mak ayah. Susah aku nak explain bagi orang faham. Sebab ‘A’ pun tak faham masalah aku yang ni.
Sejujurnya mak ayah aku tersangatlah strict dan tak open minded bab-bab macam ni. Lagi-lagi aku masih belajar. Tak mudah aku nak bercerita benda macam ni dengan mak ayah aku. Tak macam ‘A’ family dia jenis terbuka.
Tapi tak bermaksud aku tak pernah cuba langsung bagitau mak ayah aku tentang hubungan kami. Aku pernah bagitau ayah dan teruk aku kena marah. Ayah cakap sekarang bukan masa untuk aku fikir benda macam tu sebab aku masih lagi bergelar seorang pelajar.
So lepas pada tu, aku banyak diamkan diri. Tapi bila aku dah bagitau mak ayah aku tentang dia, ‘A’ kata dah terlambat. Semua benda yang aku buat dah terlambat dan sia-sia.
Aku sedih sangat. Menyesal. Aku minta ‘A’ beri aku peluang. Dia kata dia beri. Dalam tempoh tu juga aku minta dia lupakan ‘J’ dan jangan contact langsung ‘J’. Sampai la hari raya haritu, kantoi aku kena tipu lagi. Tapi memang instinct aku sentiasa tak sedap pun.
Memang aku tahu dia masih sorok sesuatu dari aku. Dalam bulan syawal haritu, terungkaplah segala rasa tak sedap hati aku. Aku ingatkan ‘A’ dah tak contact ‘J’ tapi rupanya aku kena kencing hidup-hidup dengan mereka.
Memang aku sendiri pergi serang ‘J’ lagi sekali. Bezanya aku dah tak berlembut. Banyak kata-kata kasar yang terkeluar sebab terlalu sakit hati. Dan ‘J’ sendiri bagitau aku dia terima ‘A’ sebab dia nampak usaha ‘A’ nakkan dia dan dia beritahu aku yang aku tak layak langsung nak marah.
Sebab yang kena rampas tu sekadar pakwe aku bukannya tunang ke suami. ‘J’ jugak tak segan silu tunjuk cincin nikah yang dorang dah beli dan banyak lagi perkara yang menyakitkan.
Sumpah aku tak pernah tahu sampai macam tu sekali perancangan yang dia buat belakang aku. Dan aku turut marahkan ‘J’ sebab sebelum ni terang-terang dia tunjuk dekat aku yang dia dah jumpa pakwe baru siap bersayang-sayang.
Tapi kenapa dia tetap terima ‘A’. Mudah dapat lelaki dan mudah terima lelaki macam tu saja. Aku rasa dikhianati sangat-sangat. Sepanjang tempoh tu ‘A’ beri aku harapan palsu. Depan aku dia kata sayangkan aku tapi belakang aku dia tengah sibuk buat preparation kahwin.
Bila dah jadi macam tu, ‘A’ kata dia sayang dua-dua. Dia tak boleh nak buang dua-dua. Dia nak kahwin dengan ‘J’ dan lepas aku habis belajar dia kahwin pulak dengan aku.
Dia ingat semua perempuan dekat dunia ni nak berkongsi lelaki ke? Aku tahu benda dia cakap tu tipu sebab dia langsung tak pedulikan aku dah sebenarnya. ‘J’ bagitau aku, selama ni ‘A’ layan aku baik sebab tak nak kasi emosi aku terganggu sampai effect pelajaran aku.
Lepas aku chat si ‘J’, ‘A’ terus block aku. Aku punyalah ‘meroyan’, down teruk. Aku try chat ‘A’ semula dekat medium lain and dia berterusan marahkan aku sebab jadi punca dia dengan ‘J’ putus. Sebab ‘J’ nak pulangkan cincin.
Kemudian, ‘A’ siap cakap kalau dia tak dapat kahwin pun takpe, ada banyak lagi pel4cur yang dia boleh cari.
Aku jadi terkejut. Kenapa sampai macam tu sekali dia cakap. ‘A’ bagitau dia dah banyak terpesong. Dah berbelas-belas pel4cur dia langgan sejak hujung tahun lepas. Aku tak percaya. Sikit pun aku tak percaya sebab aku kenal dia macam mana.
Tapi dia berkeras cakap dia dah buat semua tu, siap tunjuk bukti dia check in hotel. Dia tunjuk scan my sejahtera dia pergi hotel. Aku langsung tak percaya tapi aku pelik buat apa dia nak pergi masuk hotel malam-malam.
Apa tujuan dia pergi hotel? Nak jumpa siapa? Kerja dia tak melibatkan kena jumpa orang dekat tempat macam tu ye.
Lagipun takde hotel yang terima tetamu time pkp haritu. Tapi dia cakap terpulang pada aku nak percaya atau tak, tapi dia memang dah buat semua tu. Sebab tula dia nak kahwin. Supaya dia ada tempat nak lepaskan nafsu. Dia sendiri cakap macam tu.
Aku tanya dia semula, dia dah plan nak kahwin dengan ‘J’ kenapa dia tetap buat macam tu jugak.
Dia balas, ‘J’ tu jauh lagipun takde siapa boleh halang nafsu dia dan dia sendiri tak tahu bila dia akan kahwin.
Perasaan aku lepas pada tu, demi Allah aku rasa bersalah sangat. Aku tak habis-habis salahkan diri aku. Menangis siang malam. Memang kacau teruk emosi aku. Aku kata aku yang jadi punca ‘A’ jadi macam tu.
Waktu tu aku hanya mengadu semua benda ni dekat kawan baik aku saja. Tertekan down sangat-sangat. ‘A’ dah langsung tak peduli tentang aku. Dia berterusan tolak aku even aku cakap aku tetap terima dia walau apa pun dah jadi.
Kawan baik aku nasihatkan aku, dia kata ada dua jalan saja. Sama ada aku terus lupakan ‘A’ dan move on sebab ‘A’ bukan lelaki yang baik atau pergi pujuk semula ‘J’ untuk balik semula pada ‘A’.
Dan aku pilih untuk pujuk ‘J’. Malu dan rasa bodoh. Macam jilat ludah sendiri. Tapi aku dah tak peduli semua tu sebab masa tu memang aku nak suruh ‘A’ stop buat benda terkutuk tu dan kembali ke pangkal jalan.
Aku korbankan perasaan aku walaupun hakikat sebenarnya aku tak nak tengok mereka berdua bersama.
Tapi aku langsung takde pilihan sebab aku rasa berdosa musnahkan hidup orang. Rasa tak tenang langsung. Sedangkan hati aku memang berkecai teruk dengan segala tindakan ‘A’.
‘J’ terus salahkan aku jadi punca dorang putus. ‘J’ kata aku dah dua kali malukan dia dekat family dia. Aku tahankan diri dari balas kata-kata dia. Tapi kenapa dia tak sedar yang sebelum ni dia rampas kebahagiaan aku?
Aku cuma cakap dekat ‘J’ yang aku buat semua ni semata-mata sebab aku sayangkan ‘A’ dan aku tetap dengan pendirian aku yang aku tak pernah maafkan perbuatan ‘J’.
Akhirnya mereka pun berbaik. Aku tak pernah sebut benda terkutuk apa ‘A’ buat pada ‘J’. Lepas pada tu, aku masih lagi contact dengan ‘A’.
Cuma makin lama, makin aku sedar aku tak pernah ikhlas buat semua benda tu. Sebab perasaan sayang aku pada ‘A’ tu masih lagi kuat.
Serius sampai harini aku tak boleh nak benci ‘A’ betul-betul even dia banyak kali tipu, curang dan buat aku macam sampah. Aku yang suruh dorang berbaik tapi aku jugak yang meroyan teruk.
Hinggalah aku akhirnya diblock oleh ‘A’. Dia block aku hampir sebulan lebih. Langsung tak cari. Sedih, sebab terfikir masa aku suruh dia block ‘budak s’ dan ‘J’, sekejap saja dia block sebab tak lama macam tu dia cari mereka balik.
Tapi aku, dah sebulan lebih. Dia langsung tak cari. Dan baru-baru ni, aku dapat tahu yang preparation untuk mereka bernikah tu hampir complete. Geram, sakit hati, rasa menyesal sangat.
Menyesal sebab tolong ‘satukan’ mereka. Sakit hati sebab ‘A’ tak pernah minta maaf seikhlasnya dengan aku lepas buat aku macam ni.
Sikit pun tak pernah minta maaf dengan aku. Aku saja yang tak habis-habis minta maaf dengan dia. Geram sebab aku terfikir kemungkinan besar tentang pel4cur tu dia tipu aku. Sebab sebelum kahwin kan ada hiv test.
Tak akan dia boleh lepas test tu? Tapi kalau betul dia tipu, memang tergamak betul ye mengaku buat benda macam tu semata-mata nak suruh aku bencikan dia.
Sampai sekarang aku salahkan diri aku. Aku menyesal. Sebab perangai aku ‘A’ tinggalkan aku. Aku menyesal sebab aku lambat sedar dan berubah. Aku menyesal sebab terlampau cintakan dia sampai jadi bodoh. Bodoh ikut cakap dia tapi dia tak pernah hargai aku. Dia suruh aku kurus aku buat.
Aku berjaya buang 7-8 kilo tapi pada pandangan dia, aku masih perempuan gemuk yang tak menarik. Tapi yang kelakarnya, pilihan dia tu pun berisi. Cuma lagi cantik dan pandai bergaya berbanding aku. Sampai sekarang aku benci dengan diri aku. Penampilan aku. Rasa insecure.
Selalu terfikir, memang padan muka aku. Takde rupa, perangai pun teruk. Sebab tu kena tinggal.
Sampai aku pernah terfikir, mungkin ni kifarah untuk aku. Aku yang jahat dalam cerita ni sebab tu sampai sekarang aku sakit, tak boleh nak moveon. ‘A’ baik, sebab tu dia bahagia. Aku tak layak bahagia sebab tu aku terima balasan macam ni.
Aku banyak kasar dan maki dia dulu bila aku marah. Pedihnya. Memang aku ke yang jahat? Tak pernah dalam sehari pun aku lupakan dia.
Aku sentiasa terfikir memori aku dengan dia. Tapi dia? Dia tak pernah ingat aku sebab dia tengah sibuk cipta memori baru dengan orang baru. Sakitnya ya Allah tengok mereka bahagia.
Memang dia tak akan cari aku untuk minta maaf ke? Cakap menyesal buat aku macam ni. Aku setia dengan dia sampai dia betul-betul buang aku. Kalaulah aku tak terlalu anggap dia tu jodoh terakhir aku. Mesti tak sesakit ni kan.
Salah aku sebab terlalu sematkan dalam hati yang dia tu memang jodoh yang tuhan takdirkan untuk aku. Salah aku sebab pegang pada kepercayaan macam tu. Kesannya aku menderita sampai sekarang. Memang mereka berdua akan bahagia sampai bila-bila ke lepas buat aku macam ni?
Kifarah tu hanya untuk aku saja ke? Untuk pencurang dan perampas tu balasan tuhan takde ke? Apa aku terlalu bodoh masih harapkan dia balik semula pada aku lepas semua ni.
Aku benci diri aku sangat-sangat sebab tak boleh lupa dan berhenti sayangkan manusia yang paling banyak bagi derita dan air mata pada aku. Menyesal jatuh cinta pada orang yang salah.
Iye, tahu setiap perkara yang berlaku tu ada hikmah. Tapi aku rasa tak adil sebab aku saja yang rasa sakitnya sampai sekarang, tapi mereka tengah menjalani hari yang indah bersama-sama.
– Rine (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pun mengalami kisah yang hampir sama. Cumanya kami tak bercinta dan kami kawan. Saya solat istikharah untuk kawan lelaki saya, dan dia senyap2 sudah ada girlfriend tapi cara dia bagitau saya macam dia takde someone dan dia cakap orang tu kawan sahaja. Saya pun ditipu, diberi harapan palsu dan rasa kepercayaan dikhianati. Saya pun selalu rasa apa yang terjadi kat saya ni Kifarah untuk saya sebab dulu kawan lelaki saya tunjuk macam suka saya tapi masa tu saya tiada feeling pada dia tapi saya banyak tolong dia disaat dia memerlukan. Try buat dia happy semua as a friend. Dan pada masa yang sama dia layan ramai kawan perempuan lain, jadi saya tak sure dia betul suka saya atau tidak. Baru sekarang saya jatuh cinta pada dia. Saya cuba amik hati dia semula tapi dia macam dingin. Saya minta maaf kat dia kalau dulu saya cold dengan dia. Saya pun ada terluka banyak sebab perbuatan dia kat saya sejak dulu. Saya pun rasa sakit tengok dia happy dengan orang lain sampai sekarang dan saya diabaikan. Saya pun ada terfikir adakah dia sudah lupa jasa saya pada dia selama ini? Saya fikir adakah hanya dia yang layak bahagia sedangkan saya di sini terluka, disakiti, diabaikan, menangis disebabkan perbuatan dia pada saya. Hanya Allah yang tahu betapa sakit dan pedih perasaan saya bila saya dapat tahu dia memang dah ada someone dan saya ditipu. Sampai sekarang saya masih teringatkan dia walaupun saya sudah block dia kat WhatsApp dan masih susah untuk move on. Saya selalu terfikir adakah dia tipu saya sebab nak jaga hati saya supaya tak terluka atau untuk kepentingan dia sendiri. Saya rasa diperbodohkan dan dipandang rendah oleh kawan sendiri yang saya percayakan. Keep strong sis, berdoa pada Allah supaya orang yang sakitkan kita dapat pengajaran supaya dia insaf dan taubat. Hukuman serah pada Allah yang Maha Adil.