Belum Putus Harapan

Hai semua. Saya Zizi dan berumur 30 tahun. Dah berkahwin, mempunyai 2 orang anak yang comel umur 3 dan 4 tahun.

Saya nak luah pasal jalan cerita saya yang bagi saya, ini adalah kifarah buat saya. Agak panjang tapi moga menjadi pengajaran.

Dan saya harap saya dapat sedikit kata2 semangat juga nasihat daripada awak semua untuk saya teruskan hidup tanpa menyalahkan diri saya sepanjang masa, dan saya rasa saya terlalu hina depan Allah.

Bila dah susah, baru nak menangis depan DIA. Mohon beri saya kata2 positif juga ikut dari segi agama. Terima kasih.

Saya kenal suami saya semasa kami di sekolah menengah. Kami sebaya dan sekelas. Boleh dikatakan kami ni dalam kategori bijak lah. Dan suami saya tu budak target.

Die tak sehensem mana tapi manis senyumannya dengan giginya yang putih tersusun. Semua exam dia dapat straight A. Kami berkawan dan kemudian bercinta.

Masa kami menganjak usia remaja (masing2 dah masuk U masa tu), langkah kami menjadi panjang. Dan kami telah terlanjur beberapa kali.

Kononnya kami ni akan berkahwin juga akan datang jadi tak mengapa serah diri awal². Kami terlalu sayang dan obses antara satu sama lain.

Cinta membutakan mata dan hati.

Ketelanjuran kami dapat dihidu oleh orang tua. Jadi mereka menyuruh kami kawin.

Pada usia 24 tahun kami kawin. Masa tu kami berdua dah kerja. Suami pun kerja gaji besar dengan sebuah company kapal cina. Gaji 4k sebulan. Saya berhenti kerja semasa pregnant anak pertama.

Semuanya indah sepanjang tempoh 2 tahun perkahwinan kami. Saya dan suami pun dah jaga solat. Takde main2 lagi macam masa bercinta. Suami sangat penyayang dan pemurah. Saya beranak di hosp swasta. Anak manja dengan dia.

Dia layankan je apa saya nak makan, jaga maitenence saya sebagai isteri. Suka beli baju untuk saya dan anak. Rajin bawak pegi jalan2. Tak berkira apa2. Family saya pun suka dengan sikap suami saya yang ramah dan berbudi bahasa.

Mungkin saya terlalu selesa…. tiba2 pada tahun ketiga kawin semasa saya pregnant no 2, saya dapat tahu suami saya terjebak dengan dadah syabu.

Saya tanya dgn tenang, dan die mengaku ada kawan di tempat kerjanya yang baru masuk kerja yang memperkenalkan dia dengan benda tu.

Pengaruh kawan, tapi saya tak boleh terima sebab dia tu cerdik?!! Kenapa nak ambik benda kotor tu?! Saya suruh dia stop tapi korang pun mesti tahu sekali dah ambik, susah nak tinggal kan?

Allah nak uji lagi. Company suami kerja tu bankrup. Suami buat grab area selangor dan KL. Perangai dia mula berubah. Jadi makin baran.

Masa saya tengah sarat mengandung pun dia maki2 saya (semasa tak dapat syabu). Kemudian saya pun selamat beranak no 2, tapi ia tetap tak mengubah apa2.

Duit tak pernah cukup nak bayar semua komitmen yang ada apabila dia kerap beli syabu dan terjebak pula dengan judi online.

Sebelum ni dia banyak bagi duit kat parents dia, tapi lepas tu dia pulak yang asyik mintak duit dari bapanya. Diam2 jugak dia ‘curi’ duit biz online saya.

Tak cukup daripada tu, dia pinjam duit dari pinjaman wang berlesen (read: ahlong). Ahlong tuntut hutang sampai depan rumah sewa kami.

Saya serabut, dan stress sangat. Saya gadaikan barang kemas di ArRahnu untuk bayar sewa rumah, beli keperluan anak2 dan bulanan kereta.

Rezeki saya dapat in laws yang super baik. Lepas saya mengadu pada mereka, mereka pun suruh saya, suami dan anak2 balik ke rumah mereka di Kedah supaya kebajikan saya dan anak2 terjaga, n kegiatan suami dapat dipantau.

Judi online suami dah tak main, tapi syabu masih ambil sebab ada kawan terdekatnya yang menjadi orang tengah.

Lepas setahun kami tinggal sebumbung dengan parent in laws, mereka suruh kami tinggal berasingan sebab mereka sendiri tak tahan dengan sikap biadap dan malas suami.

Tiada lagi suami yang pemurah dan lembut dimata saya. Dia culas nafkah. Saya pun dah ambik perancang, untuk safety dan jaga kesihatan mental saya.

Apabila di rumah sendiri (dekat jugak dengan rumah in laws), suami mula naik tangan dekat saya. Langsung tak boleh ditegur, dia rasa dia sentiasa betul.

Banyak barang2 rumah rosak sebab dia tumbuk, hempuk, tendang.

Dia pernah berhalusinasi kata saya curang dengan dia hingga dia baling handphone saya sampai pecah. Masani dia baru kerja dengan salah sebuah company kurier sebagai rider dan saya kerja kerani di kedai.

Anak 1st taska, anak kedua mak mertua jaga. Kadang2 suami ganggu saya kerja melalui fon dan ugut paksa2 saya balik rumah. Tuduh2 saya pentingkan kerja dan duit lagi daripada suami.

Anak2 menjadi saksi kami bertengkar, saya dipukul, barang rosak. Anak no 2 kami langsung takmau kat ayahnya. Nampak dia trauma dan takut.

Mungkin juga jiran kiri kanan pun dengar tiapkali suami maki hamun bertempik2 tapi takde sape berani tanya saya, sebab suami diluar masih nampak seperti diri dia yang dulu. Ceria dan ramah.

Sebenarnya kalau nak cerita semua, memang macam2 yang terjadi. Sakit jiwa saya dibuatnya. Badan saya susut sampai boleh pakai semula baju zaman bujang dulu. Stress teramat sangat.

Doa tu sungguh tak terkira, tapi saya hanyalah hamba Allah yang banyak dosa. Siapalah saya ni nak Allah terus mabulkan doa saya :’)

Apa yang saya lalui ini, hanya family suami sahaja yang tahu. Family saya masih pandang kami bahagia, dan anggap dia seorang menantu/ipar yang baik. Kalau lah family saya tahu, saya sangat MALU.

Sebab diorang tahu macam mana journey ‘cinta sejati’ kami dulu. Sebab tu juga saya masih bertahan. Lagipun rasa sayang pada suami tu masih ada, sebab saya tahu dia yang dulu bukan lah macam sekarang.

Rasa ralat dan bersalah sebab saya tak bagitau family in laws lebih awal. Kalau tak, mungkin bapa mertua saya ada solution lebih baik untuk banteras ketagihan suami saya pada syabu.

Sehingga lah baru2 ini, bapa mertua saya telah buat aduan ke AADK untuk tahan suami saya. Parent in laws saya suruh saya bersedia sahaja kerana bila2 masa saja suami saya akan ditangkap dan dibawa ke pusat pemulihan.

Saya terus menangis, tapi saya redha kalau ini jalan yang terbaik buat suami dan keluarga kecil kami.

Saya sayang suami saya. Suami saya pun sayangkan saya dan anak2. SYABU memusnahkan akal fikirannya, juga segalanya. Mungkin ini jugak teguran Allah buat saya supaya tak berlebihan dalam mencintai makhlukNya.

Siapa diantara korang atau dlm family korang yang sedang ambil benda terlarang ni, segeralah bertindak. Jangan dibiarkan hanyut lebih lama.

Dan saya nak tanya, masih ada harapan kah untuk yang ketagih syabu ni jadi lebih baik lepas keluar dari pusat pemulihan? TQ.

– Zizi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *