Aku Mawar, aku bekerja di ibu kota. Kisah ini terjadi beberapa bulan lepas iaitu pada bulan puasa. Aku tak tahu ia betul-betul berlaku atau khayalan aku semata-mata.
Aku menyewa disalah sebuah rumah disini. Bilik yang aku sewa ada 3 buah katil single beserta bilik air. Katil aku dihujung bersebelahan bilik air. Disebelah setiap katil tuan rumah sediakan rak. Bilik aku ada sebuah tingkap, view tasik.
Kisahnya bermula pada suatu malam aku tak dapat nak lelapkan mata, mata ni rasa mengantuk sangat, badan pun penat sebab haritu aku banyak kerja dekat office. Aku cuba pusing kiri, pusing kanan mata tetap tak mahu lelap. Last-last aku terlelap lebih kurang pukul 3.
Tapi tak lama lepas tu aku rasa macam ada orang kejut aku, pada mulanya aku ingat roommate aku yang kejut. Roommate aku ni duduk di katil hujung dekat dengan pintu, so katil tengah je takde penghuni. Aku namakan dia, Ros.
Aku bukakan mata dalam keadaan terkejut, aku tengok Ros sedang tidur atas katilnya. Bilik aku ni ada langsir dekat tingkap, tapi langsir yang senteng, walaupun lampu tutup cahaya luar tetap masuk dan akan pantul pada cermin yang ada di dinding bilik aku.
Sedang aku tengok si Ros tidur, dengan secara tiba-tiba muncul susuk tubuh di cermin bilik aku, seolah-olah bayang seorang perempuan sedang menari. Aku nampak dari paras pinggang hingga kepala sahaja, seorang perempuan berpakaian traditional.
Kalau korang pernah tengok pakaian penari Ulek Mayang, ye macam tu lah yang aku nampak. Dia menari lebih kurang seminit,
Lepas pada tu tiba-tiba muncul bayang merupai susuk tubuk seorang lelaki, aku nampak sama jugak dari paras pinggang hingga kepala sahaja. Dia botak dan kalau tengok macam baya aku. Aku nampak bayang lelaki itu lebih kurang 1 meter berdiri depan perempuan tu.
Dan lelaki itu cakap, “jangan ganggu dia, dia aku yang punya”. Perempuan itu respon dengan muka yang marah. Dan tiba-tiba lelaki itu beralih berdiri tepat depan katil aku.
Badan aku keras mengiring ke kiri, aku cuba pusing ke kanan tapi tak boleh. Aku cuba jugak baca ayat al quran tapi mulut tak boleh bergerak, terkunci. Aku cuba baca dalam hati dan pejamkan mata.
Masa tu bilik aku bising sangat dengar lelaki dan perempuan itu bergaduh. Aku rasa sangat takut.
Selang 5 minit badan aku boleh mengiring ke kanan. Aku pejam mata dalam ketakutan. Aku rasa ada susuk tubuh yang cuba mendekati aku, aku teruskan baca ayat kursi beberapa kali hingga tertidur.
Bila aku tersedar badan aku dah pun mengiring ke kiri semula dan aku tengok Ros berdiri tepi katilnya, Ros tengok aku dengan pelik dan bertanya “kau okay ke Mawar”,
Aku hanya mengangguk dan tengok jam hampir pukul 6, kemudian aku sambung tidur tanpa sebarang gangguan.
Sampai ke harini apa yang berlaku itu menjadi tanda tanya pada aku. Kalau korang baca kisah ni boleh terjemahkan apa yang berlaku, mohon kongsikan. Terima kasih.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kenapa x tnya Ros tu, knps dia tnya mcm tu, adakah awk mngigau atau ‘meracau’ semasa tidur.. kdg2 mimpi pon rse mcm ‘real’ sgt.. sya pernah mimpi spt ‘jatuh’ dari bangunan yg tinggi.. semasa mimpi tu saya sempat terfikir, “matilah aku kli ni..”, dan sempat lg ‘berdoa’ dlm mimpi tu, agar Tuhan psnjangkn umor aq, sbb masih belom bersedia..! Mse terbangun dari mimpi, aku ingatkn dah jatuh di tanah, rupanya masih atas katil.. syukurnya tak tau nk habaq mcmne.., alhamdulillah Tuhan msih panjangkn umur aq.. apa2 pon klaw bole, sbelom tido tu berwudhu’ dlu n solat taubat utk diampuni Allah dan dijauhi dari mimpi2 yg buruk.. wallahu a’lam