Assalamualaikum hai. Saya taktau nak kata cerita yang akan saya sampaikan ni, awak boleh ambil sebagai iktibar atau please don’t do this at all. It’s not funny ok. Benda ni jadi sewaktu masih belajar di sebuah asrama di N9. Cerita ni dah lama, tahun 2011 tapi masih fresh dalam ingatan aku. Sebab apa? Ayuh kita lanjutkan pembacaan.
Biasa lah kehidupan pelajar asrama kan. Bangun Pagi Gosok Gigi, Cuci Muka Terus Mandi, Pakai Baju Minum Susu, Salam Ayah Dan Ibu. (Mesti kalian ikut nyanyi sama kan. Itu pun kalau kalian tau rentak. Hihihi) Pergi sekolah – balik asrama – makan – prep – aktiviti petang – mandi – sembahyang berjemaah maghrib kat surau – prep – tidur. Pasal makan tak payah cerita lah 5x sehari. Alkisahnya cerita ni bermula sewaktu balik sembahyang isyak. Macam biasa aku akan melepak dorm lain sebelum tidur. Biasa lah gosip sebelum tidur atau dengar ghost story dari adik junior dan kawan-kawan yang lain. Sebab aku ni memang peminat cerita mistik, horror, thriller lah. Favourite habis. Tiba-tiba riuh kat luar dorm. Semua berpusu ke dorm K (bukan nama sebenar) Saya sebagai senior mestilah rasa bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang berlaku kan. Saya pun jerit “Apahal nak menyibuk kat sini ramai-ramai ni. Dah pergi dorm masing-masing, baca yassin. Sekarang!” Kita kena pandai kawal keadaan. Kalau tak nanti masing-masing lemah semangat kan. Nak kata rasa seram sejuk, aku rasa biasa je. Mungkin sebab aku tak takut sangat kot. Entah lah. Maaf, bukan nak cakap besar, tapi aku rasa biasa.
Keadaan depan dorm K dah lenggang. Aku kena pergi dorm by dorm make sure ahli dorm cukup and baca yassin that night. Dah selesai, aku balik ke dorm K. Aku tengok budak yang kena rasuk tu junior. Dok meracau racau sambil dipegang tangan dan kaki. Aku masuk bagi salam duduk kat katil double decker berhampiran pintu. Budak tu meracau “Jangan kacau aku lah. Pergi lah sana! Diammm!!” Sebab masa tu ada ahli dorm yang baca yassin kat situ. Depa tetap teruskan pembacaan. Fara (bukan nama sebenar) tetap meracau tapi suara takda lah garau ke apa. Cuma nyaring suara asli dia. Aku pun pelik juga “Engkau ni betul ke kena rasuk ke apa kan”. Warden cakap suruh keluar yang lain mana tak berkaitan. Tinggal yang ketua aspuri dan ajk je. Tapi ada je ajk lain pergi kawal bilik yang lain. Entah dari mana aku macam nak test lah kan whether betul ke budak ni kena rasuk ke apa, aku tenung mata Fara ni. Bahu aku kena tepuk dek member aku sambil dia geleng kepala. Aku pun diam je perhatikan orang sekeliling.
Masa tu memang kecoh lah dalam bilik tu, siap ada yang suruh pergi minta bawang putih kat makcik dewan makan. Nak bertarung dengan setan? yang merasuk Fara ni kot. Aku duduk atas katil ontok-ontok je menyaksikan segala aksi yang berlaku. AJK kena tendang lah. Aku tersengih. Boleh tahan juga kudrat Fara ni. Dalam bilik tu bising lah suruh ‘benda’ tu keluar jangan kacau blablablaa dengan bantuan warden aspura pun datang. Ada satu ketika ni paling aku tak boleh lupa. Warden tanya mana ‘benda’ tu sekarang? Fara tunjuk menghala ke aku sambil sengih. Dia punya sengih tu agak creepy. WEHH KAU RASA APA AKU RASA? ZUPP BERDERAU JANTUNG AKU. TERUS MEREMANG SEGALA BULU ROMA. Aku duduk atas katil dengan member aku sorang ni. Member aku terus berganjak duduk kat lantai tinggalkan aku sorang. Tapi aku dok baca ayat kursi dalam hati. Lepas tu aku berganjak sikit punggung dekat dengan besi palang katil depan sambil peluk palang tu. Lepas si Fara dah tunjuk tu depa duk sambung pungpang pungpang kenapa kacau si Fara ni blablablaa. Dia cuma gelak je. Gelak dia creeepy nyaring ok. Tiba-tiba Fara rebah tak bergerak. Mungkin sebab dok kena tonyoh dengan garlic tadi kot. Entah aku main agak je atau dia penat ke kan. Tak lama lepas tu dia bangun duduk sambil kaki melunjur. Masa tu takda siapa pegang kaki dan tangan dia. Dia punya bangun tu steady je macam mayat ‘lolipop’ terjaga dari tidur. Sebab kalau orang biasa nak bangun dari baring mesti ada struggle sikit kan. Ni tak, Fara elok je smooth bangun dia weehh. Macam robot.
Dia nak bangun, cepat cepat ajk pegang dia. Risau juga kot dia lompat ke tingkat bawah nanti. Pastu warden aspuri suggest tampar muka dia whether nak tau dia betul ke kena rasuk kan. Sebab gaya dia macam pura-pura tapi wallahualam. I’m not so sure about it. Dah warden aspuri kabor gitu, sekali ketua aspuri which is kawan aku juga pergi volunteer tampar dia. Bunyi tamparan tu tak payah cakap lah. Kuat wehh. Member aku ni pula tangan dia memang keras. Aku akui sebab pernah kena pelepau belakang badan aku masa dok bergurau. Si Fara ni dah lah kulit cerah, pipi chubby. Bertukar terus merah pipi dia. Merah macam pakai blusher. Aku kesian tengok dia kena tampar 3 kali. By that time dia kena tampar, dia berhenti meracau. Muka dia macam nak nangis. Tapi dia tahan. Kau rasa? Dari situ orang syak dia main-main. Wallahualam. Pastu warden aspura suruh bagi dia minum air yang sudah dibacakan yassin dan ruqyah. Lepas tu dia macam ok. Member aku yang tampar si Fara tu rasa serba salah. Hahaha aku taktau nak cakap apa lah. Dia cuma jalankan arahan je. At the end Fara ok tapi macam tak ok. Selepas dah reda sikit keadaan, warden aspura suruh azankan kat setiap penjuru bilik sambil renjis air setiap sudut dan pintu dorm. Yang lain semua taknak buat. Nak tak nak, aku kena lah buat. Even hati dupdap dupdap. Ahli dorm yang lain masih takut nak dekat dengan dia. So dia tidur dengan kitorang. Which is tidur kat dorm kitaorang. Aku tengok dia baring tapi mata tak pejam. Dok pandang kayu katil atas tak berkelip mata. Katil double decker kan. So katil tu memang bersambung 4 katil. Semua tidur kat situ.
So itu jela story aku kot. Pasal si Fara tu dia kembali ok esoknya. Jalani kehidupan macam biasa. Aspuri ni dekat dengan hutan. Belakang dorm kitaorang je. Kat hutan tu ada rumah warden yang lama ditinggalkan. Memang takda siapa duduk lah sebab dah jadi belukar. Nak naik ke sana pun kena naik bukit. Dari dorm tingkat 3 boleh lah nampak rumah warden yang terbiar tu. Tapi itu lah aku masih terfikir whether betul atau tidak Fara kena rasuk. Jangan lah saja-saja buat kena rasuk, nanti tak pasal kena penerajang ke kan just because nak tengok betul ke tipu je.
– Kak Sepet
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit