Benar Setiap Suami Begini?

Assalamualaikum wbt semua. Pertama sekali, terima kasih jika artikel ini disiarkan.

Sedikit pengenalan, saya dan suami baru berkahwin tidak sampai setahun. Alhamdulillah suami saya seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan tidak pernah culas bab nafkah.

Saya perasan sejak awal perkahwinan, suami memang seorang yang suka check telefon saya, terutamanya Whatsapp, Telegram, Messenger dan Instagram.

Bagi saya itu normal sahaja, dan tiada apa yang saya nak sorokkan dari dia sebab saya tiada kawan lelaki.

Tapi saya sebaliknya, saya jenis yang sangat menghormati privasi orang dan walaupun itu suami saya tapi saya percayakan dia dan rasa tidak perlu pun check fon dia.

Namun beberapa bulan kebelakangan ini, naluri saya mengatakan suami saya ada perubahan sedikit dari segi tingkah lakunya.

Dia akan menjauhkan diri sedikit dari saya apabila menghadap telefon dan dia kurang bersembang dengan saya berbanding semasa awal perkahwinan.

Saya hanya berdiam dan bersangka baik pada awalnya.

Namun pada suatu hari, semasa suami saya keluar, telefon dia berbunyi notification game. Saya pun saja nak tengok. Tiba-tiba telefon suami saya dah ada face id dan password untuk unlock, sedangkan sebelum ini tiada.

Hati saya rasa tak sedap sangat, jadi saya cuba taip password yang saya rasa betul dan alhamdulillah, saya berjaya buka.

Saya tengok Whatsapp dia dan Allahu Akbar, dia ada menghantar mesej yang berunsur lucah kepada beberapa wanita pelacur. Minta gambar bukan2.

Jantung saya bagai nak luruh masa tu, tapi saya masih bersabar.

Saya tanyakan pada suami, dia ada 2 nombor ke, dia nafikan. Kemudian dia delete semua apps yang ada pada telefon tersebut.

Oh ya, suami mempunyai 2 telefon bimbit. Saya tanyakan kenapa perlu dua, dia katakan fon lagi satu hanya untuk bermain game. Telefon yang dia gunakan untuk bermain game itulah yang kantoi dengan saya.

Setelah kantoi, dia delete semua apps dalam itu kecuali games dan sim kad yang ada itupun dia keluarkan dan buang (sebab dah expired).

Kejadian kedua, baru-baru ini saya rasa tak sedap hati lagi. Benarlah, naluri isteri ini memang selalu rasa ada yang tak kena dengan suaminya.

Dan ternyata benar, kali ini saya buka Instagram suami dan tiba2 terpapar akaun keduanya, sedangkan yang saya tahu cuma ada satu akaun sahaja.

Saya pun tengok IG feed dia, penuh dengan gambar wanita2 yang seksi dan tidak senonoh.

Saya terus check Chats di IG, berpuluh2 wanita (sekali lagi, pelacur) yang dia pernah dm, siap ada lagi yang dia dah bayar dan tunjuk resit, tapi masih belum dapat gambar/video yang dijanjikan.

Masa ini saya dah menggigil satu badan, rasa marah dan takut dalam masa yang sama.

Sebaik sahaja suami masuk bilik, saya tanya terus sambil pegang telefon dia “Abang, ni apa?” dengan tangan saya masih menggeletar. Nampak pucat seketika wajahnya dan dia terus menafikan lagi.

Dia cakap “Eh siapa pula yang hack ni, abang ada satu akaun sahaja”.

Saya pun terus bangun, solat dan menangis. Suami beria menafikan dan mahu memujuk, tapi saya tolak suami dan menangis semahunya.

Malam tersebut, setelah puas menangis, saya masih mahu berbincang secara baik dengan suami.

Saya tanyakan padanya “Kalau saya buat perkara yang sama, abang maafkan saya tak?”.

Dia jawab “Tak sayang, akaun tadi tu bukan akaun abang. Abang betul2 tak tahu itu siapa”.

Saya luahkan segala apa yang terbuku dalam hati saya, saya katakan saya tahu saya bukanlah sempurna, saya bukan model atau Miss Universe dan banyak kekurangan.

Tapi tidak pernah sekalipun semenjak kahwin, saya tolak ajakannya untuk bermesraan dan berhubungan badan.

Biarpun dalam keadaan demam, migrain dan letih sekalipun, saya tetap akan jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri.

Saya tidak cukup ke untuk dia, sampai dia perlu cari orang lain? Kalau saya buat macam tu dekat lelaki lain, mintak gambar bukan2 atau bahkan bagi gambar kat lelaki lain, apa dia rasa. Kemudian bandingkan dia dengan orang lain.

Kurang apa lagi layanan saya kepadanya. Saya bercakap dengan nada tenang tapi airmata tetap laju mengalir tanpa tertahan. Dia diam dan tertunduk. Keep on denying dan berkali-kali cakap itu akaun orang lain, dan dia dihack.

Kemudian saya tanyakan tentang kejadian tempoh hari (Whatsapp), itu dia atau bukan. Dia cakap itu pun bukan dan dia tak tahu itu siapa.

Saya cakap dengan dia, saya tak bodoh. Takkanlah orang lain boleh guna Whatsapp dia untuk mesej orang lain.

Dia tetap yakinkan saya yang itu bukan dia. Baik, saya pun malas nak memanjangkan pergaduhan jadi saya katakan padanya, ini peluang terakhir dia untuk saya mempercayainya.

Saya katakan saya tidak kisah hidup sendirian tanpanya, sebab sebelum kahwin pun saya dah cukup bahagia. Carilah orang yang mampu membahagiakan awak, mungkin pelacur2 yang awak suka tu.

Dia menangis dan meminta maaf sebab banyak lukakan hati saya, saya pun suruh dia senaraikan antara perkara yang melukai hati saya, (sebenarnya saya nak suruh dia mengaku tentang hal tadi) tapi dia just cakap “banyakkkk”.

So sekarang ni saya nak tanya kaum isteri dan lelaki (kalau ada yang sudi baca confession saya), normalkah suami rasa perlu mencari wanita lain sebagai suka2 begini?

Saya sayangkan suami saya dan saya tahu dia juga sayangkan saya.

Saya sudah cuba sehabis baik memberi layanan kepadanya, berpakaian kemas dan cantik sewaktu menyambut dia pulang dari kerja.

Saya juga selalu bertanya apa lagi yang dia mahu saya lakukan sebagai isteri terutamanya dalam hal kelambu.

Dia cuma cakap “takde apa sayang, sayang dah buat semua yang abang suka”.

Bantu saya untuk komen apakah benar wujud kejadian hack IG sebegini (saya sejenis buta IT sedikit) dan memberikan nasihat terbaik kepada saya ya. Terima kasih semua.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *