Benarkah Curang Itu Pilihan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Terima kasih pada IIUM Confession kerana menyiarkan luahan hati aku yang bernama Cahaya.

Aku memilih untuk meluah di sini kerana ingin memohon doa dan pendapat positif dari pembaca.

Aku Cahaya seorang isteri dan suri rumah tangga sepenuh masa, dan pemegang degree yang mempunyai 3 anak autism yang ada spectrum yang berbeza beza termasuk hyperactive,

Kerana itu aku memilih untuk menjaga anak aku sendiri kerana kos untuk menghantar ke pusat jagaan adalah sangat tinggi.

Aku mempunyai suami bekerjaya dalam bidang oil and gas, sebelum mendapat kerja di situ dia hanyalah pekerja biasa..

Namun setelah aku berhenti kerja kerana sebab tertentu dan ingin menjaga anak yang paling utama, dia berusaha mencari kerja di platform oil dan gas which is offshore.

Hidup kami biasa sahaja, makan dan pakai cukup, namun aku adalah seorang yang sangat menjaga penat lelah suami.. di mana apabila dia balik bercuti aku sebolehnya tidak mengganggu masa rehatnya,

Aku sendiri akan menjaga rumah, dan anak anak yang perlu perhatian, aku juga takut jika anak aku buat dia serabut dengan perangai mereka.

Aku sebolehnya menjaga hati dan perasaannya, aku tidak mengadu masalah anak yang keterkaluan di rumah (bagi mereka yang mempunyai anak autism dan adhd mereka pasti faham).

Aku juga pendam segala rasa dan keinginan aku, dan aku bukanlah seorang yang meminta, aku tidak pernah meminta hatta sehelai baju baru pun apatah lagi emas berlian.

Namun aku masih menjaga penampilan fizikal di hadapan suami.

Kerana aku tahu dia juga banyak komitmen walau orang nampak bergaji besar namun hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu.

Dan akhirnya setelah sebulan memadu kasih bersama bekas kekasih lama, (zaman sekolah) suami aku kantoi berlaku curang. Aku sangat terkejut dan mahukan penjelasan.

Akhirnya dia jujur yang sudah sukakan semula bekas kekasihnya yang mana dia sendiri memilih untuk memulakan hubungan tersebut. Dan wanita itu tahu dia adalah suami orang.

Aku cuba bertenang setelah dia menipu mahu pulang bekerja.. Namun dia sebenarnya pergi menemui kekasih hati hampir seminggu di sana. Kami di utara kekasih di selatan.

Setelah dia pulang aku minta dia jujur dan aku memilih untuk bercakap dengan wanita tersebut memalui telefon. Dia juga jujur berkata perasaan suka sama suka itu sudah wujud semula.

Aku tidak marah, aku hanya mendengar penjelasan wanita tersebut. Dan aku katakan bahawa faktor ‘mampu’ atas kefahaman suamiku hanyalah keinginan untuk berkahwin lain.

Aku tersangat sedih dan kecewa, setia dan pengorbanan yang aku beri di balas begini.

Bermacam alasan suami aku beri antaranya kerana anak, kerana dia sunyi, kerana dia tidak gembira, kerana aku tidak membantu (tidak bekerja).

Terlalu banyak alasan sehingga aku rasa tiada langsung kebaikan yang aku lakukan untuk dia sepanjang 8 tahun perkahwinan ini. Sedangkan satu jam pun aku tidak pernah dapat untuk me time.

Dia juga jujur aku lebih cantik dari bekas kekasihnya, mungkin untuk mnyedapkan hati. Kami tidak ada masalah dari segi keperluan batin.

Alasan utama sebenarnya adalah komunikasi.

Jika dia berasa aku terlalu diam dan dia berasa dia juga bermasalah dan kami punya masalah kenapa curang juga jadi pilihan?

Dia boleh bersemuka dan bercakap tentang masalah yang sedang kami hadapi dan berbincang namun dia tidak memilih itu. Hanya curang pilihan yang dia ada.

Aku akhirnya sedar, selama aku berdepan masalah sebelum ini di mana aku tidak dapat bekerja mencapai cita cita, Allah beri dugaan anak anak aku istimewa,

Aku juga dari keluarga yang broken, namun aku tetap tidak letakkkan kebergantungan dengan Allah 100%, ada masa aku masih leka.

Namun ujian ini benar benar membuka mata aku. Aku kembali mencari Allah kerana dialah yang paling utama.

Aku buntu, serabut dengan hal rumah, diri sendiri dan anak anak sehingga burn out dan depresi.

Namun alasan suami yang rasa tidak gembira dan sunyi sangat aku tidak boleh terima kerana dia masih ada waktu bergembira dan healing keluar berkaraoke, tengok wayang, main game, dan bermacam lagi yang mana aku tidak pernah sekali pun menegah apa yang dia lakukan,

Namun pengorbanan aku tidak sikit pun dipandang. Dia tetap ingin meneruskan hubungan dengan wanita tersebut,

Dan jika wanita tersebut undur diri maka dia juga mahu sendiri dan tidak mahu pedulikan anak anak lagi.. namun aku perlukan dia dan anak anak masih perlukan dia.

Aku akhirnya akur, dan cuba menerima wanita tersebut hadir dalam hidup kami walaupun perjalanan mereka masih jauh namun dia sudah berkata mahu berkahwin satu hari nanti.

Aku terus berdoa untuk Allah bukakan hatinya untuk hanya menyayangi dan menghargai diri aku sebagai isteri dan anak anaknnya.

Aku takut jika selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan padanya kerana itulah dia sentiasa berasa tidak cukup.

Aku memohon doa dari semua agar aku terus tabah dan Allah tunjukkan jalan buat aku. Begitu juga dia semoga Allah bukakan pintu hatinya.

Aku yang tersakiti,

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *