Hi admin dan pembaca. Saya nak luahkan satu cerita. Saya baru kerja di sebuah syarikat. Waktu interview ada L dan bos yang interview saya. Saya diterima bekerja di situ.
Selepas beberapa hari bekerja, saya dapat rasakan L suka saya. Buktinya setiap kali saya pandang L, L akan larikan matanya daripada melihat saya.
Bukan itu sahaja, L selalu usha saya walaupun dari jauh tapi saya tak layan.
Pada tarikh lahir saya, L tidak hadir kerja. Saya pelik dan anggap dia tidak sihat. Selepas beberapa hari, keluar cerita tiba-tiba L bertunang.
Saya terkejut dan tanyakan hal ini dengan seseorang tapi tiada siapa yang tahu siapa gerangan tunang L walaupun L dah kerja lama disitu.
Saya musykil kenapa keluar cerita pasal tunang bila saya mula kerja situ. Adakah L benar-benar tunang atau saja nak mengelak daripada saya?
L memang ada ciri-ciri yang saya suka macam jaga solat, soft-spoken dan jaga ikhtilat (based on cerita orang) walaupun dia mungkin ada red flag iaitu merokok (based on cerita orang).
Saya memang dapat rasa L sukakan saya tapi mungkin dia anggap saya sebagai senior sahaja sebab beza umur kami.
Bukan itu sahaja, sebelum ini L gelarkan saya awak ketika bercakap dengan saya.
Tapi sekarang dia gunakan aku kau ketika bercakap dengan saya. Saya anggap itu satu hint untuk saya move on.
Soalan saya, benarkah L dah tunang? Atau L nak simpan duit untuk melamar saya (mungkin)?
Sebab sampai hari ini saya dapat rasakan L suka saya. Saya pula memang elak untuk bercakap dengan L melainkan hal kerja.
Perlukah saya bertanya terus dengan L pasal tunang atau diamkan hal ini?
Saya ada niat jika L masih single, mungkin kami ada peluang bersama. Sampai saat ini saya masih ragu-ragu dengan cerita tunang L.
Dalam masa yang sama, saya nak move on jika benar L dah tunang. Tapi rasa bercampur masih ada sebab kami sama tempat kerja.
Susah untuk saya lupakan L sebab ada ketika kami kena berurusan atas hal kerja. Patutkah saya cari kerja lain atau stay di tempat kerja sekarang?
Boleh share pendapat wahai pembaca. Saya amat perlukan pandangan awak semua.
Kepada L jika awak baca confession ini, saya harap awak berterus terang jika awak dah bertunang. Mungkin kita ada peluang bersama jika awak masih single.
Saya amat menantikan jawapan awak..
Sekian terima kasih.
– Acu Manis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam sis,
Sis boleh tanya dia straight atau mesej dia, “saya dengar awak dah bertunang, tahniah tau” atau bergurau dengan dia ” Selamat pagi tunang orang” atau cakap “Sejak bertunang nih makin hensem ya, untunglah”. Tuh cara profesional dan dewasa lah, sebab tengah waktu kerja kan.
Kalau cara kanak kanak perempuan umur 7 tahun, pakai beg Little Pony bawa tumbler Hello Kitty, saya tak ada cara tuh.
Tutup salam.
i’ve been in your place dik. percayalah dia tak ada hati pun kat kau dik, laki ni kalau dia betul nak, dia sendiri yg beriya, takat tgk dr jauh, memang dia xnak kat kau pun. and mungkin memang betul pun dia dah bertunang dgn org lain, dik, jadi perempuan ni jangan cepat perasan, u do you, you live your life to the fullest
Delulu. Lelaki kalau suka dia akan cakap suka. Kalau dia cakap suka pun belum tentu dia nak kawin dengan kita. Bila dia dah sampai level nak bertunang dengan kita pun dia boleh berubah hati. Kalau dulu dia kata dia cintakan kita- ajak kawin bagai. Bila dah kawin dia boleh curang sebab jatuh cinta pada orang lain dan ceraikan kita. So kalau takat dia pandang-pandang, jeling jeling, lalu lalang depan kau, bagi kau senyuman, mersa dengan kau, keluar makan depan kau, selagi dia tak declare apa apa, better jangan perasan. Neutralkan perasaan anda. Atau anda yang akan stress tak memasal.
jd ppuan jgn kuat berangan sis.. if dia suke kau,dia sndiri yg hegeh2 kt kau xpyh kau duk layan feeling ssorg gitu pastu kau rsa dia suke kau sb dia pndng2 kau.. dr pkataan aku kau tu pn dh tw dia xde hati pon sbnrnye kt kau. move on jelaa sis
Dik, perasan kau ni….