Benarkah Ibu Bapa Sebagai Suri Teladan?

Hai, Assalamualaikum warga IIUM Confession. Cukup perkenalan diri saya seorang siswa. Berusia 23 tahun juga merupakan pelajar yang pintar dan beraliran pendidikan yang bagus.

Tujuan penulisan saya adalah berkaitan pernyataan di atas.

Adakah ianya suatu perkara yang normal dan merupakan suatu perkara yang menjadi normalisasi bagi seorang ibu untuk melepaskan amarah kepada anak?

Memaki hamun dan mengatakan suatu perkara yang dapat menggangu emosi seorang anak.

Bukankah seharusnya seorang ibu mempamerkan contoh yang baik kepada keluarga seperti yang sering dijadikan contoh isi dalam karangan “Ibu bapa sebagai suri teladan” .

Namun adakah sebagai seorang ibu, anda benar-benar menyelami kata-kata itu.

Jika ada insan lain yang menjadikan ibu bapa sebagai idola dalam kehidupan, sayangnya ia tidak berlaku kepada saya.

Sebagai seorang anak saya juga mempunyai hati dan perasaan lebih- lebih lagi pada usia yang telah menginjak 23 tahun.

Jika dahulu apabila kata-kata makian dilemparkan kepada saya sewaktu kecil, saya hanya mampu menangis dan mencoretkannya di dalam diari.

Namun apabila saya menginjak dewasa hati mulai memberontak.

Jika rakan- rakan lain berasa teruja untuk pulang ke kediaman masing-masing semasa cuti semester atau cuti penggal.

Saya lebih saya menghabiskan masa di kampus kerana saya merasakan lebih tenang tanpa gangguan.

Kebiasannya waktu yang dihabiskan dirumah hanya dipenuhi dengan air mata dan dendam amarah dek kerana hamburan kata-kata makian daripada seorang ibu ditambah pula dengan suasana keluarga yang “suram”.

Pengalaman OdL juga merupakan suatu perkara yang membebankan dan sungguh menyiksakan saya.

Hamburan makian itu biasanya berlaku kerana perkara kecil yang saya tidak sengaja lakukan seperti terlupa untuk melakukan itu dan ini.

Namun saya sentiasa melengkapi setiap kerja rumah yang perlu saya lakukan setiap hari. Kata- kata makian yang biasa dilemparkan :

“Sebab kau huru hara keluarga ni”

“Bodoh” “babi” “anak haram” “menyusahkan” “pukima*”

Melemparkan barangan

Menghempas barangan

Mengungkit-ungkit ibarat anak sebuah bebanan

Terlalu banyak untuk saya ceritakan. Saya faham dengan jelas tanggungjawab sebagai anak dan saya cuba untuk menjalankan dengan baik namun saya rasakan ibu saya seorang yang panas baran.

Saya cuba untuk menjadikan ibu sebagai seorang rakan dengan berborak dan bersembang dengannya namun apabila marah dia akan mengungkit kembali luahan hati saya kepadanya seolah saya lah yang tidak berguna.

Bukan itu sahaja, adik saya juga sudah mula mengikut karakter ibu dan bersikap panas baran walhal dahulunya dia seorang yang sangat lemah lembut dan penyabar.

Saya mohon kepada ibu dan bapa di luar sana sekiranya anda tidak mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

Tidak perlu “menggelarkan” diri sebagai ibu dan bapa. Bukankah ibu dan bapa yang seharusnya mencorakkan keharmonian dalam institusi kekeluargaan.

Saya faham ibu dan ayah juga manusia biasa tapi perlukah menggunakan kata-kata kesat dalam membesarkan anak-anak?

Cukup sekadar memarahi dan menasihati anak. Kekasaran bukanlah kunci untuk segala solusi.

Adakah anda berasa lega memaki hamun anak- anak yang “memandang tinggi” martabat seorang ibu dan bapa.

Kadangkala bukan anak yang jahat atau kurang baik namun ibu dan bapalah yang gagal menunjukkan contoh yang sewajarnya.

Anak tidak pernah diminta untuk dilahirkan DAN SEKIRANYA DIBERI PILIHAN, anak juga pasti mahu membuat pilihan ibu bapa yang bagaimana yang mereka inginkan.

Anak cuma mahukan kasih sayang daripada ibu dan bapa? Adakah ianya sukar? Adakah ianya merugikan?

Jujur saya tidak pernah meminta wang daripada ibu bapa, kehulur kehilir menaiki public transport, berusaha mendapatkan pendidikan yang baik dan membanggakan ibu dan bapa.

Skor straight As dalam peperiksaan dan pembelajaran saya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Adakah masih tidak berguna saya di mata ibu dan ayah?

Apa pendapat pembaca sekalian.

Sekian,

– Gadis S (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *