Bismillah… Assalamualaikum wbt. Aku kongsikan ayat ini untuk kita bersama. Baca ayat ini sebagai pendinding kita. At Tariq, Ayat 4,
“Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaanya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya)”
Dah lama sebenarnya aku baca confession dekat sini berkaitan sihir. Aku nak kongsi sesuatu berkenaan sihir ini yang terjadi pada diri aku sendiri.
Sesungguhnya aku percaya kewujudan sihir namun sehingga detik ini, aku masih terkejut dan keliru bila mana aku sendiri yang disihirkan.
Benarkah aku disihir? Kerana aku bukanlah seorang yang kurus ramping, jelita.
Aku obes, kulit putih, aku selalu down sebenarnya dengan fizikal aku sebab masa aku kecik aku selalu kena kutuk dengan kawan2 lelaki tapi makin aku meningkat umur ni, orang kata aku sebenarnya comel.
Aku pertengahan 20-an. Cerita aku agak panjang tapi aku cuba ringkaskan…
Selepas habis belajar, aku dapat tawaran kerja sementara berdekatan KL, jauh dari kampung aku tapi sebab keluarga aku ada jugak dekat sana jadi mak ayah aku lepaskan aja, tambahan pulak, demi kerjaya masa depan, walaupun sementara.
Tempat aku kerja ni bangunan ada 4 blok/ bahagian. Bahagian utara, selatan, tengah dan bangunan ke 2. Setiap blok ni ada polis bantuan yang jaga.
Sebelum pru aku di bangunan ke 2, tapi selepas pru aku bertukar ke blok tengah. Bila aku bertukar ke blok tengah, aku memang baik dengan semua orang sebab rugi kalau kita sombong kan?
Dekat blok ni aku berjumpa kawan2 baru termasuklah seorang lelaki ni. Dia dapat nombor aku dari buku log. Dia bukan satu bahagian dengan aku.
Permulaan benda ni jadi sebab salah aku juga layan dia untuk berkawan kerana pada aku, kawan biar beribu, jangan bermusuhan.
Dia pertengahan 30-an dan aku memang tanya status dia sebab kalau laki orang, memang aku tak nak berkawan rapat.
Aku pulak memang dah ada seseorang yang istimewa, yang terima aku seadanya walaupun aku tidak cantik mana, tapi pada dia aku lawa.
Lelaki tu mengaku yang dia bujang. 2 kali aku tanya, dua kali jugak dia kata dia bujang. Aku teruskan je berkawan. Pada aku, aku anggap dia kawan biasa saja.
Tapi aku rasa pelik cuma aku nafikan sebab pada aku, tak mungkinlah dia suka aku sebab aku ni bukanlah cantik mana,
Mujur saja teman istimewa aku tu terus terang suka aku dan jumpa mak ayah aku lepas dia habis belajar, cuma kami belum ke fasa serius sebab masing2 baru habis belajar dan mula bekerja.
Lelaki tu selalu whatsapp aku ajak keluar waktu malam, tetapi aku tolak. Kami masih berkomunikasi macam biasa, the whatsapp, jumpa dekat ofis tegur macam kawan2 lain.
Bila dia and whatsapp cakap benda pelik2 nak makan aku la, nak kiss la memang aku marah tapi takda la aku maki sebab kerja sebumbung, tak nak ada masalah. Dan dia tak putus asa ajak aku keluar malam dan setiap kali jugaklah aku menolak.
Aku jaga batas aku. Lagipun teman istimewa aku bila aku cerita pasal lelaki ni, dia marah aku berkawan, tak suka. Salah aku sebab degil, tak dengar nasihat, aku kawan je macam biasa sebab malas nak sakitkan hati orang.
Ohh ya, makin lama aku selalu sakit, aku check doktor cakap aku migrain je, gastrik je. Tapi aku selalu sangat sakit. Aku tak sedap hati, aku pernah masa solat, rasa macam ada benda tolak dari belakang, bila baca quran rasa sesak nafas, berat sangat rasa.
Ex housemate aku ni dia sakit kena sihir, dia selalu pergi darussyifa, sekali tu, aku temankan, alang2 teman aku saja minta ustaz scan sekali.. scan macam mana?
Ustaz baca ayat ruqyah dan aku memang ada tindak balas, muntah.
Ustaz cakap aku ada gangguan, aku minum air ruqyah lepas balik tu dan aku anggap benda tu selesai. Pada aku, gangguan tu mungkin aku lemah semangat dan benda tu menumpang.
Aku teruskan hidup macam biasa tapi aku selalu mimpi pelik2 sampai terbangun dari tidur dalam keadaan terkejut.
Aku selalu sakit sampai dan rasa normal, pergi klinik, doktor bagi ubat, makan ubat lega kejap sakit balik. Ada aku bagitau mak aku pasal gangguan tapi mak aku cakap jangan hayati sangat.
Lagipun, dunia sekarang tak boleh percaya semua orang sangat walaupun ustaz. Kalau nak berubat ke apa, balik kampung ada mak ayah temankan. Betul jugak.
Jadi aku teruskan hidup macam biasa. Bila sakit, hanya Allah tahu. Aku rasa punca sakit sebab kawasan rumah aku sewa tu. So aku pindah.
Kemuncak aku sakit yang aku pun dah pening kenapa aku sakit ialah masa birthday aku, officemate aku bagi aku surprise belon. Lelaki tu nampak dan sampai sekarang aku masih ingat betapa tajam dan masamnya muka dia masa nampak aku terima surprise tu.
Cemburu? Takkanlah, kami bukan ada apa2 pun. Langsung tak terlintas dalam fikiran aku yang dia ada perasaan dengan aku. Sakit aku pulak macam mana? Aku selalu sakit kepala, selalu sakit2 badan. Makan ubat pun hasilnya kejap je lega, sakit lagi.
Sampai satu tahap, aku rasa susah nak berjalan, macam ada benda sangkut. Aku solat menangis2 minta Allah tunjukkan aku apa yang terjadi sebenarnya.
Sakit macam mana pun, aku solat. Kalau tak larat aku tidur, bangun aku qadha balik solat, sampai aku mengesot dalam bilik sorang2. Housemate baru aku memang jarang ada kat rumah.
Rasanya dah terlalu panjang aku cerita walaupun aku cuba ringkaskan. Kalau aku baca komen nanti dan ada yang nak aku cerita selanjutnya, aku cerita lagi. Terima kasih sudi baca dan maaf ada salah silap.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit