Benarkah Sihir Itu? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/benarkah-sihir-itu/).

Bismillah. Assalamualaikum semua! Pertama sekali minta maaf sebab confession sebelum ni sekerat jalan. Aku dah cuba ringkaskan tapi tak dapat ringkas sebab klimaks cerita aku ni agak mengejukan (kalau tak terkejut maaf ya).

Kemudian minta maaf kalau aku banyak typo sebab sebelum ni aku type guna fon so memandangkan jari aku besar, tak perasan pula ada typo.

Ni aku type pakai public phone senang sikit. Hehehe lawak je, aku type guna PC lak, Boleh agak la panjang ke pendek tapi aku cuba habiskan kisah aku ni ya. BTW, ada yang cakap ingat ni sinetron atau drama ke?

Demi Allah kisah ini adalah apa yang terjadi pada aku dalam tempoh 2 tahun ni. Percaya atau tidak itu pilihan anda sebab keluarga aku sendiri ada yang tak percaya sangat, yang percaya pun mak ayah dan abang aku sebab mereka saksi apa yang terjadi (akan aku cerita selepas ni).

Memandangkan ada yang keliru “dia” merujuk kepada sapa, aku namakan lelaki yang selalu ajak aku keluar malam dan whatsapp pelik-pelik tu sebagai B.

Aku baca korang kata aku kena jadi mahal? Aku setuju cuma aku bagitau siap-siap yang aku ni extrovert, jenis friendly, kepala masuk air dan even mak cik cleaner pun aku boleh bergurau senda walaupun tak kenal sangat pun.

Itu memang perwatakan aku sebelum ni dan bila orang nak berkawan aku kawan je la, mana tahu ada yang perasan aku suka dia sebab macam awal-awal aku bagitau sebelum ni,

Aku anggap aku ni seorang yang gemuk jadi aku bukanlah gadis yang boleh buat lelaki tertarik. Teman istimewa (bf) aku mungkin special sikit mata dia, boleh suka aku. Kami kenal dari zaman belajar lagi.

Okay, berbalik cerita berkenaan B. Satu hari kami ada office event dan aku satu kumpulan la dengan dia untuk performance event tu. Masa latihan, dia lalu tepi aku dan sondol lengan aku, aku marah la dia, apa dia ingat aku ni adik kandung dia nak sondol2 suka hati?

Tapi aku tidak la tempik ke jerit, aku buat muka dan cakap ish je la sebab lepas sondol tu dia terus jalan sambil sengih-sengih.

Ohh ya, aku dulu suka tolong makcik-makcik ofis aku beli barang online, dapat la side income sikit. Aku pun dah mula tak layan sangat whatsapp si B, cuma bila bertembung tu dia tegur aku jawab macam biasa je la.

Lagipun dia ada la tolong aku juga, memudahkan urusan parkir kereta aku sebab kawasan ofis aku tu susah parking, sebab dia tolong, dapatla aku selalu parking depan ofis je. Aku pernah la belanja dia makan sebagai tanda terima kasih tapi tu je la, bukan ada maksud lain pun.

Ya, dia bukan officemate aku tapi dia satu bangunan dengan aku dan dia akses ke semua tingkat bangunan kami. Tapi satu hari tu, si B whatsapp minta tolong aku beli barang online, tak reti katanya, aku pun tolong la. Masa dia bagi aku duit, duit tu dalam keadaan gulung-gulung.

Masa ni aku anggap pelik, apsal duit bergulung-gulung, contoh jumlah RM50, tapi dia bagi RM20 2 keping, RM10 tapi setiap satu tu bergulung. Masa pegang tu aku rasa pelik sebab dia sengih tapi lantaklah, duit aku, aku ambil saja.

Lepas kejadian tu, aku tak jadi ignore B ni. Setiap hari aku nak sangat jumpa B. Kalau tak nampak B aku tak tentu arah. Bf aku memang dah larang rapat dengan B ni sebab tu aku nak ignore whatsapp B.

BTW aku memang ada bestfriend lelaki, tapi dorang ni bf aku tak kisah pun aku berkawan cuma dengan B ni je bf aku tak berkenan.

Malngnya, aku tak boleh nak ignore B, asyik teringat, mana-mana dekat bangunan tu aku pergi asyik terserempak dengan dia dan dia macam tahu je setiap pergerakan aku. Pernah aku pusing badan ada dia.

Masa ni aku dah berubah perangai dengan bf aku. Sampai tahap maki, bf aku ni syukurlah sabar orangnya. Dia pelik aku yang tak pernah maki-maki tapi boleh pulak maki dia walaupun hal kecil. Aku dah malas mengaji tapi solat aku tak tinggal sebab mak ayah aku didik, jadi apa pun solat!

Aku punya keadaan masa ni, selalu sakit, selalu tak bermaya tapi aku teruskan hidup macam biasa. Sampai satu tahap, housemate aku mula kena ganggu dengan benda halus.

Aku pula asyik rasa keliru, tak tahu apa jadi dalam hidup aku, sentiasa rasa sedih dan serabut, aku pernah rasa nak terjun tasik tapi bila aku sedar, aku istighfar aku lari pergi masjid solat dan tenangkan diri. Dalam masjid aku rasa tenang sangat-sangat.

Keluar je masjid aku mula rasa balik gelisah, blur. Aku dok sorang kat rumah, aku rasa bahang, aku nampak asap, puas aku tenyeh tapi berasap je rumah sewa, aku check setiap ruang, takda apa pun terbakar, tingkap pun tak bukak.

Kemuncak dia bila aku sakit kaki, Seolah-olah sangkut bila aku jalan. Aku bagitau mak aku dan mak aku suruh balik mengurut memandangkan check dekat klinik pun tak da apa.

Sampai je kampung, mak dengan ayah aku bawa aku mengurut dekat bini tok imam ni. Aku namakan dia C.

C ni bini kedua tok imam ni sebab bini pertama dia dah meninggal. Tok imam ni memang keluarga kenal tapi sekarang dia tak macam dulu, dulu nampak tegas sekarang ni nampak macam pak turut.

C urut aku dalam 2,3 minit, pegang je tempat aku sakit terus dia marah. Lepas pada tu, aku pun menjerit dan aku tak sedar.

Menurut cerita mak aku, masa tu ada benda dalam badan aku dan benda tu sebut siapa yang hantar dia kepada aku. Benda tu kata yang hantar tu suka aku sayang aku tapi dia sakit hati sebab aku sombong. Benda tu sebut nama B.

Ya Allah, sungguh susah aku nak percaya sampai detik ni tapi satu persatu Allah tunjuk pada aku. Aku resign dari office. Aku block terus dia. Aku block whatsapp, dia cuba cari kt telegram, aku block lagi dia request pula dekat fb, entah macam mana dia dapat fb aku pun tak tahu la.

Selepas aku resign, kawan baik aku merangkap officemate bagi tau yang si B ni dok kejar kawan aku ni tanya mana aku. Bila kawan baik aku cakap aku dah takda, dah balik kampung baru la dia tak kacau kawan aku ni.

Sampai satu hari, masa bulan puasa kawan aku bagitau yang dia bawa housemate dia buka puasa dan terserempak dengan B.

Housemate dia bagitau yang B tu husband officemate dia. Office wife dia tak jauh dari office kami dan paling sadis, anak dia selama ni dihnantar dekat taska ofis kami. Kejamnya dia mengaku bujang!

Memang aku dan kawan baik aku terkejut beruk, tergamaknya dia pura-pura bujang sedangkan bini dia pangkat lagi tinggi hatta lawa juga.

Klimaks dalam kisah aku ni ialah si C (bini tok imam) yang rawat aku tu rupanya bela jin. Patutlah aku asyik nak pergi jumpa dia sebab bila dia tolong rawat aku mak ayah aku bagi duit, bukan sikit tau.

Oh ya, 2,3 bulan lepas aku resign, aku dapat kerja dekat ofis yang sangat dekat dengan rumah aku kat kampung ni.

Hikmah aku sakit dan berkat doa solat dhuha yang aku mohon untuk kerja dekat mak ayah aku. Berbalik kepada C, mak aku dah mula curiga sebab setiap kali jumpa dia aku makin pelik sampai tahap aku menora dan bersilat.

Menora tu alaaa yang tarian siam tu… sila google kalau nak tau macam mana. Mak aku tanya dekat C kenapa aku macam ni, C cakap dia letak sahabat (jin) untuk jaga aku,

Mak aku marah dan kata ambil balik apa yang dia bagi pada aku. Sebab masa ni aku pun tiba-tiba boleh nampak makhluk halus, hijab aku terbuka.

Lepas kejadian tu, kami dah tak contact dah C sekeluarga. Sungguh tak sangka orang yang kita percaya dan nampak alim sebenarnya bersahabat dengan jin. Mula memang kita sihat tapi lama-lama benda tu makan balik dab lebih teruk boleh jatuh syirik.

Nauzubillah min zalik, moga Allah ampunkan mak ayah dan aku sebab kami tak tahu C guna jin selama ni. Dan apa yang aku sakit, mak ayah dan abang aku saja percaya sebab mereka saksi masa aku tak sedar diri dan benda tu bercakap melalui aku.

Mak ayah aku bawa aku berubat dengan ustaz, kali ni memang yakin mereka perawat islam sebenar. Tips aku dekat sini kalau korang atau kenalan yang nak jumpa perawat islam, perawat islam yang sebenar akan baca ruqyah dan baca ayat-ayat Al-Quran dengan jelas dan kita tahu.

Kalau perawat tu dok bismillah lepas tu dok bisik-bisik kita tak dengar ayat al-quran, hati-hatilah. Sampai sekarang dah 3 ustaz aku jumpa dan ustaz yang terakhir ni alhamdulillah serasi dengan aku.

Maksud serasi ni, dia berjaya la bantu aku pulih, pulih dari sihir B dan dari gangguan jin si C. Cuma aku ni dah jadi lemah sebab dalam badan aku ada lubang benda tu masuk, kalau aku pergi tempat ‘keras’ benda akan mudah masuk dalam badan aku.

Aku ingat dan hampir setahun lebih, si B dah lupakan aku tapi sampai sekarang dia masih hantar gangguan kepada aku, benda tu kata aku mencabar kejantanan dia. Wallahmualam. Ustaz yang rawat aku, selepas rawat aku dia pun akan rasa sakit.

Kuat katanya apa yang dihantar ni. Aku cuba nafi dalam diri, tak mungkin B sanggup buat sampai macam ni tapi masa aku sakit gila perut, tak boleh kentut, tak boleh sendawa, tak boleh muntah, makan dan minum. Aku gagahkan diri untuk solat dalam kesakitan.

Lepas solat, aku terbaring di sejadah sambil menangis, nak putus nyawa dah aku rasa, masa tu aku nampak bayangan gambar aku diasap kemenyan, patung ditulis nama aku dicucuk jarum dan ditanam. Wallahmualam, adakah ini petunjuk? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aku kongsi dekat sini amalan yang diberikan oleh ustaz, sebagai pendiding dan kekuatan. Amalkan ayat 4 dari surah At-Tariq, in kullu nafsin lamma alayha hafizh, ayat nabi yunus, la illaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dzolimin.

Sebelum tidur, Astaghfirullah hal azim, Laillahaillah, Allahuakbar, Selawat ke atas Nabi Muhammad dan Ya Allah Ya Salam, baca 9 kali sebelum tidur selepas tu ayat kursi. Amalkan juga baca al fatihah selalu. Aku masih berlawan dengan kesakitan ini. Hanya Allah yan tahu.

Sakit yang sukar dipercayai, sakit yang tidak terlihat dengan mata kasar atau kajian secara saintifik. Perangai yang baran dan cepat marah,

Terjadinya perangai itu sejak aku sakit, namun kini aku cuba hakis perangai buruk ni. Mak ayah aku pun cakap aku dah makin ceria dan seperti dulu, sebelum aku sakit.

Ramah, suka senyum dan suka bergurau. Syukur aku dikurniakan mak ayah yang sangat sayangkan aku dan memahami sakit aku. Keluarga aku yang tidak percaya aku sakit makin mula faham, mungkin abang akud ah cerita semuanya.

Ohh ya, bf aku tu dah jadi tunang aku sekarang. Alhamdulillah. Doakan urusan pernikahan kami dipermudahkan ya?

Dia sabar sangat dengan aku dan faham kesakitan aku selama ni, family dia juga tahu tentang salit aku dan atuk dia sendiri yang nak sunting aku kerana dia dah anggap aku macam cucu dia sendiri.

Tolong doakan kami ya? Mak aku bagitau, Benda tu ada kata yang kalau dia tak dapat aku, tiada siapa boleh dapat aku, kalau aku kahwin, suami aku tak boleh buat apa pada aku,

Tapi sekarang aku dah berubat, walaupun benda tu masih ganggu aku, benda tu tak boleh masuk dalam badan aku, akibatnya aku sakit kerana bertindak balas dengan benda tu.

Satu pesan aku untuk semua, jagalah solat. Sebab aku yakin dengan solat tu, Allah lindung aku dari sakit lebih teruk. Kalau aku tak solat, mungkin aku dah ikut telunjuk B tu.

Doakan aku dapat nikah tanpa masalah ya semua? Terima kasih sudi baca kisah aku. Minta maaf sangat atas segala salah silap.

Aku doakan kita semua dilindungi dan sentiasa dirahmati. Ini bukan sinetron dan bukan drama. Apabila Allah berkehendakkan sesuatu, kun fayakun, jadi maka jadilah ia.

Kita hidup di dunia yang bukan zahir dimata sahaja makhluk Allah. Benarkah Aku Disihir? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Sekian, Assalamualaikum.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *