Benci Akan Perceraian

Sejak arwah atuk aku meninggal waktu aku umur 7 tahun, aku tidak menikmati kemeriahan hari raya adilfitri sebab ibu ku yang tidak mahu beraya, walaupun ibu suruh mandi pakai baju kurung tapi pagi raya ibu ku basuh baju dalam bilik air. Ibu bapa ku telah bercerai sewaktu umur aku 5 tahun dan kami tinggal (menumpang) di rumah atuk dan nenek.

Aku adalah anak tunggal, walaupun masih ada nenek dan adik beradik ibu yang lain tapi ibu yang tidak mahu beraya mungkin tekanan emosi dari perceraian yang berlaku, dan ibu suka cari gaduh dengan aku walaupun kesalahan yang kecil hanya aku tersimpan kunci almari, ibu dah maki hamun aku walaupun umur aku 7 tahun. Pergaduhan itu berlaku malam sebelum raya.

Ibu biarkan aku ber seorangan dalam bilik di pagi raya, ibu dengan adik beradik pun macam kucing dengan anjing, ibu aku kuat melawan nenek, dan aku hanya berkurung di dalam bilik di pagi hari raya adilfitri. Walaupun bapa bercerai dengan ibu, bapa masih hidup tapi seumur hidup aku, tiada kenangan raya bersama keluarga ku, gambar? 1 pun tidak ada !

Aku bersendirian di dalam bilik dan hanya mendengar kegembiraan sepupu yang beraya. Aku pernah ingin beraya dengan mereka tapi mereka tak layan aku, mereka layan adik beradik meŕeka sahaja, sejak itu aku mulai murung. Ibu aku lah pencetus utama aku sakit jiwa selain maksu, ibu aku marah sampai tampar muka dan cekik leher aku dengan tapak kaki ibu.

Ibu tahu marah dan hukum anak, kerana tangkal benang 7 warna tercicir ibu terus marah, sebab perceraian ibu, sebab ibu skandal dengan suami orang dan masalah adik beradik ibu, aku lah jadi tempat lepas geram ibu. Aku balik sekolah kebangsaan nak makan, nampak ibu ingat boleh makan sama – sama tapi ibu suka cari pasal dengan menyakitkan hati aku.

Ibu cakap, “aku dah penat jaga kau! Aku kawin pandai – pandai la kau jaga diri” bila sekolah menengah, aku murung atas katil tapi ibu cari pasal dengan aku dengan mengatakan nasib, dapat anak sorang! Kalau dapat anak 10 semua macam kau! Mampos aku! Sebab apa aku taknak beranak banyak sebab puki aku yang koyak! Puki aku yang kene jahit!

Tahu masa kau kecik campak kat sungai klang. Kau mati campak je bagi anjing makan! Ibu menumpang rumah nenek tapi ibu tak bayar bil elektrik, air mahu pun duit dapur… upah nenek jaga aku jauh sekali. Ibu cuma kerja dan tak pandai bahagikan masa dengan keluarga. Tiada kenangan manis antara aku dan ibu.

Umur aku 15 tahun, doktor sahkan aku schizophrenia, 95 % keganasan emosi yang aku lalui bersendirian sehinggalah pencetus lain muncul dari maksu, bekas suami, dan akibat perbuatan sihir dari bekas mertua, aku mendapat oku mental. Dan sekarang aku dan mak tidak pernah memahami antara 1 sama lain banyak pergaduhan yang terjadi antara kami.

– Ellainry Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *