Benci Anak Sulung

Aku seorang mak kepada 3 orang anak. Aku umur pertengahan 30 an. Bekerja dan ada suami macam normal orang.

Aku selalu baca tentang pengorbanan anak sulong, sebab anak sulong ni yang banyak mengajar mak ayah menjadi mak ayah.

Jadi anak sulong ni banyak kena tekanan! Kena marah, kena suruh, kena tuduh, kena tanggungjawab, kena redha, kena tempias, kena sabar, kena mengaku salah, kena mangsa untuk kebanyakkan perkara.

Aku mengaku memang itu anak sulong aku hadapi. Tapi anak sulong aku ni menguji betol. Dia dah darjah 5. Perangai tak matang lagi.

Jenuh cakap secara santai, secara berlawak, secara baik, secara serius. Pun nasihat tak jalan. Asyik nak makeup. Asyik henpon. Belajar tak minat.

Ok laa.. kita ambil pendekatan bahawa ini waktu tempoh dia nak dewasa. Jadi ada perangai menguji sikit.

Tapi menguji tu.. dia melawan cakap. Dia menjerit. Tumbuk meja kalau mengamuk. Cakap mati mati (ini aku pun pernah masa kecik dulu) dan dia keras hati memang level menguji betul! Aku kalau time dia buat hal tu, serius aku stress gilaa.

Belum kira kisah dengan adik beradik lagi, asal dekat jee… mesti ada adegan gaduh pukul tumbuk tendang. Dia ni sulong perangai komando sikit, adik2 tak ikut cakap dia, siap laaa..

Aku pikir.. mungkin dia camtu sebab aku pun kasar juga sebenarnya. Tapi aku kasar ni selalu bersebab. Sebab dia menguji! Takdanya aku gila nak marah tak tentu pasal. Buang tenaga je. Btw, aku part kasar. Suami part tenang polite je kalau bercakap.

Ok now.. please help me. Aku kadang rasa macam aku benci anak sulong aku. Sebab most of the time, aku banyak marah dia.Tapi seperti biasa, marah bersebab.

Aku mengaku aku kurang curah kasih sayang dengan dia. Sebab aku pernah try bersayang dengan dia. Tapi dia tak berubah! Jadi aku back to nature to kasar.

Tapi.. aku sedar diri. Aku tak nak benda ni jadi tak elok. Aku tak nak lagi 10 tahun, anak aku post pulak kat IIUM Confession tajuk “benci mak aku” hahaha..

Macam mana aku nak cek satu situasi tu normal berlaku kepada kebanyakkan parent atau kebanyakkan anak sulong.

Aku tak nak anak aku jadi pendendam, trauma, entah2 aku yang takda ilmu ni tak sedar aku besarkan anak secara mental torture. Aku nak cari penyelesaian terbaik. Tolong bagi nasihat please. Thank you so much.

*nota kaki – aku tau doa seorang mak tu makbul, aku selalu dah doakan anak sulong aku ni.

Yang benar,

– Mak Rock (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Slm.. sya minta maaf, jika komen sya ini akn mnyinggung perasaan puan.. pd saya, apa2 pon sya akn berbalik kpd agama.. mngkin ujian puan adalah melalui ank2, atau pon, lbh tepat ank sulong puan.. sesuatu perlu dilakukn, krn kehidupannya masih panjang (insha Allah, jika Allah beri umor yg panjang), apa2 pon, kehidupan kita bkn hanya di dunia ini shj, tp akn membawa ke Akhirat.. xkan nk biarkn dia ‘rosak’ di dunia ini, dan lg parah, jika dpt balasan d akhirat kelak, jika tidak bertaubat.. berbalik kpd masalah puan td, seorang ustazah pernah berkata, “jika ank2 kita menjadi nakal atau tidak spt yg kita ibubapa mahukan, cuba muhasabah blk diri ibubapa tu, mngkin asbab dosa2 kita yg lalu, dgn itu ibu bapa itulah yg perlu bertaubat dahulu..” ..memang kita nmpak spt kesalahan ank, atau pengaruh kwn2, internet, hp dsb., tp di sebalik semua itu, ibu bapa juga jd asbab ank itu jd begitu.. dgn itu, berusaha lah utk bangkit di tgh mlm atau sepertiga akhir mlm yg sunyi, tunaikn solat taubat, memohon ampun dr. Allah swt dan meluahkan segala2nya kpd Dia yg maha Agung, klaw boleh mohon dgn deraian airmata dan diikuti dgn doa yg baik2 utk ank tersebut & juga ank2 yg lain.. doa ibu itu ‘makbul’, tp dlm pd itu, berusaha lah ke arah mngubah diri n anak dgn perkara2 yg baik, serta sabar.. mngkin Allah x beri lg sekarang, tp dgn berkat kesabaran, insha Allah akn ‘makbul’ juga suatu hari nt.. yakin la, bhw itu semua ketentuan dari Allah jua,. Wallahua’lam bissawab..

  2. Hi kak. Saya tak faham apa akak nak sebenarnya. Akak nak anak lembut tapi akak pun kasar dan akak pun mengaku akak kasar. Kenapa dia tak ikut laki akak yang sopan, boleh jadi sebenarnya akak lah role model dia. Kadang-kadang kan budak2 pun ada bias parent mana yang dia suka. Akak sendiri mengaku kurang bagi kasih sayang, akak dah cuba tapi tak berubah and akak back to nature kasar. Akak cuba berapa lama? Seminggu? Sebulan? Cukup ke seminggu sebulan nak betulkan balik previous 10 years yang akak abaikan tanda anak akak rebellious tu? Budak takdenya bangun tidur decide pagi ni nak buli adik. Mesti dia start lama dulu tapi either akak tak perasan the sign atau tutup mata. Anak akak pun nampak yang akak give up dengan tantrum dia lagi lah dia belajar ooo dengan tantrum aku boleh dapat apa aku nak. Takde tips parenting pun sebab akak lebih kenal diri akak dan anak akak. Saya doakan urusan akak dan anak akak dimudahkan.

  3. Maaf puan, saya tahu puan penat layan kerenah dia. Walaupun puan cuba untuk buat baik akhirnya dia berkasar-kasar sebenarnya anak kasar punca drpd ibu bapa sendiri percaya la mungkin caya puan layan dia sebelum ni buat dia jadi mcam dia yang sekarang. Saya mohon puan muhasabah diri dan juga berkenaan bermain fon dan makeup saya rasa puan tak perlu nak marah yang terlampau sebab fasa ni sat sangat betui percaya cakap saya (based on pengalam) DAN tentang anak puan sebut mati mati mati saya nasihat tolong puan tolong consult dengan doctor psychiatrist untuk selajutnya ataupun puan dengar drpd pihak anak puan kenapa dia nak mati ? Sepatutnya puan lebih paham perasaan anak puan memandangkan puan anak sulung ☺️ maaf kalau saya menyinggung hati puan yaa.

  4. aku pun kurang kasih sayang masa kecik2, mau pulak mak aku sayang lebih anak2 jantan dia. kesan yang aku rasa sekarang, aku kasar. ramai benci aku, dari kecik sampai besar, sebab takde siapa tegur dan nasihat perangai aku kecik2 dulu. aku belajar utk ubah sifat aku dari character drama/filem yang aku suka. tapi selalu ja disalah erti orang lain. aku tak paham toleransi, aku tak reti cakap elok2, selalu sinis2 (sebab ikut perangai orang dlm tv).

    aku benci diri aku. dah 30an, tak pernah bercinta seumur hidup. sebab aku tak confident. aku rasa diri tak patut disayangi. aku tak layak hidup berkasih sayang macam orang lain.

    aku harap anak ko tak jadi macam aku. lonely

  5. Puan sedar tak sebenarnye Allah lah yg sedang menguji puan melalui anak sulung puan. Tak kan lah puan nak benci Allah pula, mmg hidup didunia ini kita akan diuji kan. Anak perempuan berumur 10 thn mmg normal lah suka kan makeup, borak dgn kawan2, itu tandanye anak puan tu normal, bersyukurlah puan. Bila puan rasa nak marah dgn dia cuba puan ingat yg ini semua ujian dari Allah, mula2 mmg susah tapi lama2 Inn sha Allah akan jadi biasa. Selalu ingat ada pasangan suami istri yg bertahun tabun kawin tapi tak dapat zuriat. Saya doakan semoga Puan dan anak sulung puan akan jadi sahabat yg akrab satu hari nanti, Amiinn.

  6. Cuba baca surah Toha ayat 1 hingga 5 dan tiupkan ke ubun2 anak masa dia tidur. … niatkan supaya hati dia lembut dan mudah mendengar kata…. insya Allah cubalah selalu dan jangan putus asa sambil selalu berdoa kepada Allah swt.

  7. Assalamualaikum puan, apa yg terbentuknya anak puan sekarang ni adalah didikan dan layanan puan sendiri kepada dirinya dia. puan ingatlah kembali saat dan detik puan mengandung dn melahirkannya dan membesarkan dia sebelum ada adik adiknya.. masih ada masa lagi untuk puan turunkan ego dan muhasabah kembali diri puan sebelum anak puan merasakan dirinya tidak disayangi oleh ibunya sendiri. bercakap heart to heart dgn dia, peluk dia,dating berdua dgn dia dan selalu bagi peluang untuk dia luahkan perasaan dan pandangan dia. jangan sebab kita merasakan kita seorang ibu kita menidakkan apa yg dia rasa dan tercabar dengan pandangan dia… cubalah belajar mengenali anak puan sebab dia adalah anak yg kita kandungkan selama 9 bulan dlam rahim kita jangan biarkan circle toksid meresap dalam hubungan kekeluargaan, inshallah doa usaha tawakal itu penting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *