Benci Ayah Tiri

Assalamualaikum..

Tujuan aku ceritakan semua ini adalah kerana, aku dah terlalu sedih, sakit hati dan untuk meluah apa yg terbuku dalam hati ini.

Aku berumur 26. Aku anak tunggal. Ayah aku meninggal masa aku darjah 1. Selepas itu, mak aku bekerja siang malam utk membesarkan aku. Dan mak aku dimurahkan rezeki utk buat rumah sendiri di atas tanah arwah nenek aku. Pakcik aku sendiri yg tolong buatkan rumah.

Lama jugak mak aku menjanda. Sampai lah aku dapat tahu, mak aku dan pakcik aku iaitu adik tiri kpd arwah ayah aku, ada hubungan. Masa itu, aku hanyalah seorang budak2 yg tak tahu apa2. Hubungan aku dgn pakcik aku ketika itu amat baik dan sangat rapat.

Sehingga lah pada hari di mana mak aku buat keputusan utk berkahwin dgn pakcik aku. Pada mula nya, ramai adik beradik mak aku yg menentang sebab mereka tak berapa suka dgn pakcik aku itu, kerana dia kerja tak tetap, rumah tak ada, harta pun tak ada. Sikap dia jauh berbeza sekali dgn arwah ayah aku dimana semua adik beradik mak aku sayangkan arwah ayah aku.

Usaha makcik pakcik aku utk memujuk mak aku supaya tidak berkahwin dgn pakcik aku tidak berjaya sebab mak aku tetap berkeras utk berkahwin juga dgn lelaki itu. Aku pernah memujuk mak aku supaya tidak meneruskan perkahwinan itu sebab hati aku rasa macam ada sesuatu yg tak kena dan aku dapat rasa yg hidup aku dan mak aku akan berubah. Tiba lah majlis nikah mak aku dan pakcik aku. Semua makcik pakcik aku rasa sangat sedih dan aku boleh lihat dari wajah mereka yg hiba. Apatah lagi aku. Masa mak aku nikah kat masjid, aku tak pergi pun, aku menangis dalam bilik. Aku tak tengok langsung pun masa mak aku bersanding, makcik aku ada yg menangis sebab kata mereka, mereka teringat waktu mak aku dgn arwah aku kahwin dulu.

Selepas itu, satu2 dugaan yg Tuhan uji. Pada mula nya pakcik aku a.k.a ayah tiri aku menunjukkan sikap yg baik. Tetapi tidak lama selepas itu, satu2 sikap dan belang dia mula keluar. Dia buat macam2 pd mak aku, dia ambil kesempatan atas kesenangan mak aku. Walhal masa dia berkahwin dgn mak aku, dia takda apa2, masuk rumah mak aku sehelai sepinggan! Segalanya mak aku yg sediakan dan tanggung hidup dia. Padahal dia suami, dia ketua keluarga dan patut bertanggungjawab!

Selain itu, dia pernah menampar, memarahi dan menengking aku dgn menggunakan kata2 hinaan. Sedangkan arwah ayah aku tak pernah angkat tangan walaupun cubit pd aku

Dia tak pernah hargai segala pengorbanan mak aku pd dia. Bila dia tak kerja, dia takde duit, tahu pula dia minta duit kat mak aku. Bila tak bagi, di maki nya, di marah nya, di pukul nya mak aku! Harta benda mak aku, dia buat macam harta dia, dia buat sesuka hati dia! Tak sedar diri menumpang atas harta mak aku, ambil kesempatan saja. Dasar ayah tiri iblis! Selalu aku dengar mereka bertengkar tapi Aku tak berani melawan sebab aku perempuan, aku tak nak dia buat yg teruk-teruk pd mak aku. Tapi sampai bila aku harus bertahan, dari dulu aku perhati je sikap dia, tapi aku tak mampu nak melawan. Ada satu tahap, aku suruh mak aku bercerai dgn dia sebab aku dah terlalu benci dgn org tua itu. Mak aku pernah luah pada aku, yg dia menyesal kawin dgn pakcik aku tu. Tapi dah terlambat! Oh ya, sepanjang dia jadi ayah tiri aku, aku tak pernah sekalipun panggil dia AYAH sebab bagi aku dia tak layak jadi ayah aku.

Kadang2 aku pernah terfikir utk lari dari rumah. Tapi aku sedar, aku anak tunggal. Mak aku hanya ada aku, aku lah harapan dia seorang. Tapi aku dah cukup menyampah dgn ayah tiri aku. Aku takkan pernah ikhlas, takkan pernah redha dan takkan pernah terima dgn hati yg terbuka dgn apa dia buat! Aku takkan pernah halalkan segala duit aku yg dia makan, aku takkan pernah maafkan dia. Ya aku sangat bencikan dia!

Kadang2 aku fikir, kenapa Tuhan ambil arwah ayah aku cepat sangat. Aku hanya sempat utk merasa kasih sayang dia sampai umur aku 7 tahun. Tapi waktu itu, aku rasa bahagia sangat. Aku nampak ayah aku seorang yg rajin bekerja, bertanggungjawab. Walaupun masa tu ayah aku hanya ada motor, hanya mampu menyewa rumah sewa buruk, hidup pun tak mewah, tapi aku rasa dah cukup sangat di tambah pulak dgn kasih sayang ayah aku yg tak berbelah bahagi. Semua org senang dgn sikap dia, pakcik makcik aku semua sayangkan dia sebab dia juga seorang yg baik hati, suka buat org terhibur dan peramah. Kenapa Mesti Tuhan uji aku dan mak aku macam ini. Sekian ini saja luahan hati aku.

– Nurul Umairah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *