Benci Bersulam Cinta

Assalamualaikum hi kepada semua yang tengah membaca. 

Dalam cerita ni aku namakan aku Jiwa dan lelaki itu Luka.

Ni kisah benar yang terjadi dalam hidup aku bukan delulu ataupun dongeng. Sekarang ni umur aku pun dah 47 tahun. 

Masa aku kecil dulu aku selalu main kahwin kahwin dengan Luka sampaikan family kami berkenan untuk satukan kami bila besar.

Luka selalu cakap pada aku yang aku cantik dan satu hari nanti kami akan berkahwin macam mak ayah kami.

Masa tu aku dan Luka berumur 5 tahun. Ya kecil lagi, tapi tulah yang Luka cakap pada aku. 

Luka sangat sukakan aku katanya sebab aku ada rambut yang cantik.

Satu hari aku dan Luka pegi keluar bermain masak masak bawah pokok dan tiba tiba Luka cakap dia dah tak suka aku sebab aku dah gemuk. Kemudian dia tinggalkan aku dan mainan kami.

Aku pun baliklah dengan hati yang tak berapa sedih pun sebab aku budak lagi kan mana la aku tau patah hati sangat.

Oh ya aku lupa bagitau yang masa ni aku dijaga oleh tok dan tokwan aku di kg sebab mak ayah aku sibuk bekerja di bandar. 

Sampai ja rumah aku tengok mak ayah aku balik.

Aku masuk rumah aku nampak pulak mak aku sedang kemas baju baju aku. Katanya mulai sekarang aku kena duduk dengan mak ayah balik aku sedih tapi aku ikutkan ja. 

Dalam kepala aku pikirkan Luka sebab aku tau lepas ni mesti jarang balik kampung

Tapi aku silap sebenarnya lepas tu bukan jarang balik tapi tak balik langsung.

Selepas 15 tahun baru aku balik sebab ada konflik keluarga yang besar. 

Masa balik kampung buat pertama kali selepas 15 tahun, aku masih gemuk malah makin gemuk.

Pastinya masa tu jugak malam tu dekat kampung ada buat kenduri. 

Aku ikut tok aku pegi kenduri malam tu.

Tengah tengah aku duduk nak makan aku ternampak seorang lelaki yang macam pernah aku nampak sebelum ni. Ya lelaki tu Luka. Luka yang dulu suka kan aku..

Aku lari dari tempat aku makan tu sebab aku malu aku gemuk.

Aku takut dia nampak aku sebab Luka hensem gila masa tu, jauh beza dengan aku yang gemuk. Aku pasti Luka tak nampak aku.

Jadi aku balik rumah sendiri, sampai je rumah fuhh lega aku.

Esok lusa dan seterusnya aku tak keluar pergi mana mana pun sepanjang aku kat kampung.

Sampai lah satu hari Luka datang rumah aku. Dia jumpa mak ayah aku. Dengan niat ingin berkahwin dengan aku.

Aku terkejut aku tanya pada Luka kenapa? Kenapa aku? Aku kan gemuk?

Luka hanya tersenyum dan cakap, “Sorry Jiwa”

Aku tanya, “Kenapa?”

Luka cakap, “Dulu bukan sebab kau gemuk aku tinggalkan kau tapi sebab Ain dan Farah (kawan kecik kami) cakap dekat aku yang kau main kahwin kahwin dengan Hisyam,

Jadi bagi aku dulu tu maksudnya kau dah tak sayangkan aku, jadi aku tinggalkan kau. Bukan sebab kau gemuk. Kau gemuk pun kau tetap cantik”. 

Aku pendekkan cerita lah… Aku dengan Luka pun kahwin selepas 2 tahun kami berjumpa balik, masa tu kami berumur 23 tahun. 

Masa malam pertama aku dan Luka, aku pun sebagai isteri siapkan diri.

Tapi aku pelik kenapa Luka tak masuk masuk rumah dari tadi. Boleh dikatakan dia tak mandi tak makan langsung masa hari nikah kami. 

Masa Luka masuk dalam bilik kami. Dia datang pada aku, dia gelak dia cakap yang dia dah menang.

Aku tak faham aku tanya pada dia menang apa?

Luka cakap menang taruhan kahwin dengan kau.

Aku terkejut sangat sampai tak terkeluar satu patah perkataan dari mulut aku. 

Luka cakap, “Esok kita pindah ke kuala lumpur kau ikut aku kita hidup di sana”

Terus Luka pegi mandi dan tidur asing. 

Aku menangis di sepanjang malam aku takut apa lah yang akan jadi ke depan hari. 

Sesampai kami di rumah flat kami, Luka angkat barang dia saja, Barang aku, dia tak angkat pun.

Oh ya masa tu baru aku bercakap semuka dengan dia. Setelah sehari tak bercakap. 

Masuk ja dalam rumah. Aku tengok Luka macam nak keluar. Aku pun tanya pada Luka nak kemana?

Dia cakap pada aku, “satu hari nanti bila aku balik ke sini tu maksudnya hari kita berpisah sebagai suami isteri “

Aku terus menangis aku cakap, “ceraikan aku Luka jangan gantung aku tak bertali aku rela dicerai sekarang”. 

Namun kata kata aku tak diendahkan Luka terus pergi meninggalkan aku yang sedang menangis disitu…

– Jiwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *