Untuk part I, (https://iiumc.com/benci-bersulam-cinta/).
Aku dah agak ramai gila takkan percaya dengan cerita aku ni, hahaha. Aku dah agak orang akan cakap drama novel dan sebagainya. Dan mungkin orang akan label aku orang gila tapi ni lah realiti hidup aku.
Aku sambung cerita ni sebab ada la jugak 3-4 orang mintak. Korang nak kecam kecam la aku terima.
Lepas luka tinggalkan aku macam tu ja tanpa duit, tanpa apa apa perbincangan pun pasal hubungan kami.
Aku kemurungan sangat stress. Aku tak pahamm pasal ‘taruhan’ yang dia maksudkan tapi kenapa aku tak tanya?
Sebab aku terlampau terkejut. Sangat terkejut.
Cuba lah bayangkan laki yang sebelum ni ucap cinta sayang dekat kau tiba tiba berubah cakap benda yang bagi kau tak logik tak masuk dek akal dan masa dia berubah tu pulak hari pertama sebagai suami isteri kurang dari 24 jam.
3 hari aku tak makan hanya minum dalam otak aku banyak pikir kalau mak ayah tanya apa apa pasal kami apa aku nak jawab?
Kalau nak balik jumpa mak ayah Luka takda macam mana? Banyak sangat bermain kat otak aku yang paling aku pikir bila Luka nak balik?
Aku tak kesah jadi janda di usia yang boleh dikatakan muda jugak la kan asalkan hidup aku tenang.
Bukan hidup macam ni yang aku impikan ditinggal suami dengan banyak persoalan.
Lepas 7 hari aku keluar cari kerja sebab duit simpanan aku yang tinggal pun dah sikit aku takut sangat aku tak dapat kerja sebab aku tak bersekolah habis.
Tapi keluar ja aku dari flat aku nampak iklan tampal kat dinding kerja kosong sebagai cleaner tandas awam.
Aku tak pikir banyak aku terus ikut arahan tulis kat iklan tu dan alhamdulillah aku dapat gajinya bolehlah ada duit lebih untuk aku shopping.
Hari berganti hari, dah 3 bulan Luka tinggalkan aku.
Aku masih Jiwa yang sama menunggu suami aku pulang walau aku tahu bila dia balik kami akan bercerai tapi aku jugak tahu hati aku masih sayangkan suami aku.
Tapi kalini ada satu perasaan baru yang hadir. Benci. Benci pada suami aku sendiri. 2 perasaan nilah yang menjadikan tajuk cerita aku benci bersulam cinta.
Hari hari aku berdoa supaya Allah lembutkan hati suami aku supaya balik kat aku.
Jika betul jodoh kami tak panjang semoga Allah pisahkan kami dengan cara ya baik cara yang tak sakitkan aku. Doa ni lah yang aku ulang ulang setiap hari.
Sampai lah 2 tahun. Percaya atau tak sepanjang tempoh tu aku ragu ragu adakah status aku masih isteri orang?
Sebab lama Luka tinggalkan aku dan memikirkan tu buat hari hari penuh dengan rasa sedih tertekan serabut macam macam.
Satu haritu aku berjumpa dengan orang yang lebih tau pasal keadaan aku dan suamiku katanya kalau lebih 6 bulan tanpa nafkah zahir dan batin aku bukan lagi isteri orang.
Jadi aku rasa confirm masa tu aku bukan isteri kepada Luka, aku rasa derita sangat hidup aku sebab sangka kan macam ni pengakhiran cinta aku.
2 minggu lepastu aku dapat call dari ayah kata ayah mak sakit dan ayah perlukan duit lebih. Untuk mak dan keperluan harian.
Aku akan usaha bagi duit pada mak ayah sebab aku rasa bersalah tak balik langsung tengok diorang sebab keadaan aku yang tak diorang tahu. Masa raya pun aku tak balik.
Masa tu aku tengok duit aku hanya berbaki cukup untuk makan aku lagi seminggu tapi tak cukup untuk bagi mak ayah.
Masa tu aku baru teringat yang bank aku lagi satu ada berbaki lagi dalam RM300. Baki dua tahun yang lepas.
Bila aku pergi atm aku terkejut tengok baki duit aku ada dalam 3.7k aku tertanya tanya datang mana duit ni.
Dalam beberapa minit aku berpikir baru la aku ingat. Yang suami aku pernah mintak dulu detail bank aku.
Jadi selama 2 tahun ni dia bagi nafkah zahir dekat aku. Cuma aku ja taktahu. Jadi maksudnya aku masih isteri kepada Luka.
Aku tersenyum gembira. Tapi senyuman aku hilang lepas aku teringat yang mungkin seumur hidup aku. Aku akan terima nafkah zahir dengan cara macam ni.
Rasa benci pun timbul. Sampai ada satu hari tu aku balik kerja aku bukak kasut, bukak pintu macam biasa, masuk rumah macam biasa..
Tapi apa yang tak biasa nyaaa aku tengok atas meja makan aku ada donut dan air teh panas.
Dan bila aku tengok pintu bilik. Aku nampak seorang lelaki yang tengah tengok aku.. Ya lelaki tu adalah suami aku Luka yang tinggalkan aku selama 2 tahun lebih.
Tapi kalini Luka muncul depan aku dengan keadaan dia yang kehilangan salah satu anggota badan dia. Kaki kiri dah takdaa.
Aku terkejut. Tapi dalam masa yang sama otak aku cakap dah sampai waktu kami berpisah, hati mohonlah redha.
Luka datang kat aku katanya dia menyesal tinggalkan aku tanpa penjelasan dan dia rasa bodoh sebab dia buat semua ni. Dia rasa bangang sebab dia sahut cabaran yang dia kata taruhan pada aku.
Kawannya cabar untuk kawen dengan aku dan tinggalkan aku dalam 5 tahun. Dan habuannya adalah rasa hormat dan Luka akan dipandang tinggi.
Aku tanya pada Luka tempohnya belum sampai kenapa balik? Sebab dah takda kaki?
Kata Luka dia takda kaki sehari selepas dia tinggalkan aku. Luka sayang pada aku tapi dalam masa yang sama dia nak nampak besar dekat mata kawan kawan dia.
Luka betul betul minta maaf pada aku sampai dia sanggup sujud di kaki aku. Tak aku biarkan lah.
Aku sangka aku akan cepat maafkan dia. Tapi entah kenapa rasa benci jugak yang bertandang waktu tu. Aku betul betul tak faham dengan diri aku masa tu..
Jadi aku bagi syarat padanya yang aku nak stop keja. Dan setiap hari aku nak makan sedap dan suasana yang tenang.
Sebab sepanjang Luka takda makanan aku hanya nasi putih dan telor sebab aku takda selera makan.
Luka setuju dengan syarat yang aku bagi.
Lepas 4 bulan aku baru terbukak hati seluas luasnya untuk memaafkan suami aku.
Dan alhamdulillah sejak itu hingga kini kami dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Aku dan Luka hidup sebagai suami isteri yang ceria.
Dan sebenarnya Luka yang suruh aku ceritakan kat sini sebab dia malas buat katanya, tapi nak orang tahu kisah kami yang bagaikan novel yang orang cakap reka cerita ni, hihihihi.
Apapun, doakan kami terus bahagia ya. Terima kasih sudi baca..
– F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit