Hi semua. Aku selalu search kat google tentang masalah aku. Setiap kali aku tengah tahan marah atau perasaan benci aku timbul aku akan google, sebab aku nak tahu ada tak penjelasan tentang masalah aku. Pelik kan?
Kenapa nak search google. Hahahaha then aku jumpa iium confession ni. Aku rasa aku berminat nak share kisah aku. Alright aku mulakan. Sebelum tu maaf la kalau cerita aku ni serabut sebab aku tak tahu nak mulakan macamana.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Dari aku kecik yang aku ingat aku asyik kena marah je dengan ayah atau mama. Tapi mama dah meninggal 2008. Ayah still ada. Umur aku sekarang 20 tahun. Aku jobless. Aku tak belajar. Aku kena kurung kat rumah, tak boleh keluar pergi mana mana. AKU KENA KONGKONG.
Seingat aku parents aku garang, kalau aku buat salah selalu kena pukul, kena lempang, kena rotan dengan rotan bulu ayam tu, kena libas dengan getah paip, tali pinggang,kena pukul dengan payung sampai payung tu patah, kena pukul dengan hanger.
Ok ke semua tu? Aku rasa macam apa yang aku lalui masa kecil tu effect dia bila aku dah besar ni. Ayah ni bila aku cakap dengan dia. Dia diam je. Langsung tak nak layan. Langsung tak support apa aku buat. Yang dia tahu, dia melarang, dia bantah, dia asyik cakap tak je.
Dia memang kejam. Aku benci bapak aku. Bukan bapak aku je. Mak ayah dia pun sama. Perangai dorang satu family semua sampah. Mentaliti sampah. Otak sempit. Aku benci. Semua aku buat semua salah, semua kena ikut kehendak dia.
Effect dia aku tak boleh nak mesra dengan ayah dengan adik. Walaupun masih ada dorang berdua, tapi aku tak rasa kami rapat. Aku tak tahu aku rapat dengan siapa dalam keluarga aku. Aku rasa aku sorang sorang. Bila family gathering, mesti ayah taknak join. Mesti ayah jauhkan diri.
Aku pun mula mula ikutkan jelah tapi bila dah besar ni dah boleh fikir, kenapa ayah buat macam tu. Family kan? Sepatutnya kalau family kita kena la eratkan silaturahim. Tapi ayah dia macam tak kisah pun.
Lepastu adik pulak sekarang aku sedar dia suka sorang sorang, aku ni harapkan dia je sebab dia sorang je adik beradik aku. Aku dah takda kawan. Tapi dia pulak tak suka dekat dengan aku. Dia nak sesuatu je baru dia layan aku baik baik.
Kau rasa? Aku ni kan kalau aku mampu dari segi kewangan, aku mampu nak lari dari rumah ni aku mampu nak bawa diri jauh jauh. Dah lama aku tinggalkan dorang ni semua. Aku dah malas nak libatkan diri dalam keluarga ni. Aku tak sanggup dah. Aku dah penat.
Aku ter skip. Ayah dulu penjawat awam, tapi lepas mama takda dia pindah balik kampung ayah dia. Aku pun kena pindah sekolah. Start dari tu la bermula nya kisah perit dan pedih dalam hidup aku. Aku kena tinggal dengan atok nenek.
Aku tak suka. Aku selalu kena buli, selalu kena suruh buat kerja. Aku kena cubit, kena marah. Sampai tahap aku pernah terdetik nak lari rumah. Sebab aku tak suka. Dan aku benci orang orang yang wujud dalam rumah ni. Aku tak happy langsung.
Ayah pernah nak ambil kesempatan, dia pernah nak r0gol aku. Aku tak faham kenapa dia sampai hati buat aku macam tu. Benda ni aku takkan pernah lupa. Sumpah bila aku berjaya suatu hari nanti aku nak tinggalkan dia. Aku taknak ada apa apa hubungan dengan dia. Aku benci dia. Ye memang dia bapak aku. Tapi aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku selama aku hidup ni.
Lepas mama takda, kehidupan kami satu keluarga berubah 100%. Ayah takda kerja tetap. Dia amalkan ilmu yang tak sepatutnya. Aku taktau apa. Tapi dia tu macam menduakan tuhan. Aku tak pasti. Tapi ini apa yang aku nampak depan mata. Kami takda rumah. Ayah ada buat kedai sementara kami kena tinggal kat rumah tok. Dan kedai tu lah kediaman kami.
Kedai tu dekat je dengan rumah kampung ayah. Aku tak selesa tinggal kat situ. Suasana, keadaan kedai tu, bersepah sangat. Aku penat kemas dah. Masih sama. Penuh dengan barang barang ayah yang pelik pelik. Dengan orang berniaga kat sebelah. Memang tak boleh nak buat apa.
Aku tak selesa sangat. Makan pun ikut sukahati. Memang unhealthy lifestyle lah. Sangat tak terurus. Aku tak boleh belajar tak boleh kerja. Nak beli keperluan pun susah. Aku benci la dengan kehidupan aku sekarang. Kenapa aku kena uji sampai macam ni?
Aku tak boleh kerja aku tak boleh belajar. Nak tahu sebab apa? Sebab ayah aku tak bagi. Sampai tahap ayah maki aku, tengking aku. Dia kata air mata aku ni semua palsu. Aku tak faham kenapa. Kenapa dia tak benarkan aku buat benda baik? Dia taknak tengok ke anak dia berjaya.
Aku menyendiri ya selama dua tahun. Aku taknak bercakap dengan orang, aku buang semua contact dalam fon aku. Aku delete semua account social media. Sebab aku tension aku tertekan sangat dengan kehidupan aku.
Sekarang aku mulakan langkah, aku tak nak balik rumah. Aku langsung tak balik. Aku balik bila perlu je. Aku terpaksa stay kat rumah tok. Aku nak tunggu sampai aku belajar. Sampai aku habis belajar. Aku nak habiskan sisa sisa hidup ni dengan benda yang boleh ubah hidup aku. Aku dah banyak buang masa dengan benda yang aku tak suka.
Aku sampai terfikir aku nak kahwin. Dengan harapan suami aku boleh tolong aku ubah kehidupan aku. Aku nak kualiti hidup yang baik. Aku nak keturunan yang baik baik. Aku taknak stay dalam keluarga yang teruk macam ni. Peduli apa aku kau siapa, yang penting diri aku ni.
Kepada ayah : kalau diri sendiri taknak ubah, sampai bila bila takkan berubah yah. Ayah nak teruskan kehidupan ayah yang sengkek macam ni? Ayah nak teruskan ego ayah tu? Terus dibelenggu dengan masalah? Ok fine. Teruskan. Tapi suatu hari, jangan tanya kenapa kalau anak ayah ni buang ayah. Anak ayah tak nak ikut jejak ayah.
Aku memang tak boleh terima dengan kenyataan. Semua orang dalam rumah ni tak faham aku. Aku dah penat, semua orang bercanggah pendapat, tak sama haluan. Tak sekepala. Circle aku negative. Aku tak tahu macamana nak keluar dari semua ni.
Aku harap sesiapa yang baca ni, boleh lah siap sedia. Kalau benda macam ni jadi kat korang. Korang buat lah apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Biar lah orang kata kita selfish ke apa. Kalau kita stay dalam masalah macam ni, yang entah bila nak selesai. Elok mati jelah.
Thanks siapa yang sudi baca. Aku banyak lagi nak cerita. Tapi takpa. Life must go on, past will be stay in past. Tak boleh ubah. Kita kena live in present. Enjoy the moment. Doakan semua orang boleh menikmati kehidupan yang baik dan berkualiti. Yang penting, kena suka dengan apa yang kita buat.
Semoga semua orang dapat hidup dengan bahagia. Percayalah semua ni hanya sementara. Allah akan bagi kita benda yang lebih baik kalau bukan sekarang mungkin nanti. Aku redha je dengan ketentuan tuhan. Dunia ni tak adil.
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit