Hai, aku pembaca setia IIUM Confession sejak awal-awal page ni wujud. Rasanya kebanyakan follower IIUM Confession ni perempuan jadi aku harap sangat dapat nasihat yang membantu.
Aku dah berkahwin sejak 2018 dan dikurniakan dua orang anak lelaki. Suami berniaga sendiri dan kebanyakan masa dia di kedai dan apabila di rumah banyak dengan handphone melayan customer online.
Apa aku nak ceritakan berkenaan diri aku sendiri. Sebelum kahwin aku seorang suka food hunting dan banyak berjalan ke tempat2 viral.
Sayangnya selepas kahwin, suami taknak PJJ jadi aku terpaksa meletak jawatan dari tempat kerja dan pindah tinggal bersama suami di negeri yang aku langsung tiada saudara mara atau kawan terdekat.
Awal perpindahan aku ada dapat tawaran untuk bekerja di satu company tapi dah masuk satu hari, suami tak benarkan kerja pula dengan alasan tiada transport untuk aku dan tempat kerja kami tak sehaluan.
Aku agak terkilan sebab niat aku nak bekerja salah satunya nak cari kawan di tempat baru. Jadi bermulalah perjalanan aku sebagai surirumah sepenuh masa.
Disebabkan waktu belajar aku tinggal di asrama, aku kurang kemahiran dalam memasak. Tapi bila cuti semester aku akan cuba untuk memasak resepi2 baru yang aku rasa sedap.
Jadi bila dah kahwin, aku dah berazam betul2 nak belajar memasak. Tapi aku baru tahu yang suami sangat cerewet bab makan.
Aku baru kenal suami kurang setahun kemudian berkahwin jadi banyak perkara tentang dia aku baru kenal selepas kahwin.
Aku excited ya nak mencuba resepi baru setiap hari tapi kecewa bila dah penat memasak suami tak habiskan dengan alasan tak suka makan makanan tu.
Bila dah terlalu banyak dia komplen, aku mula malas nak memasak. Bila nak makan beli je dekat kedai. Lagipun hanya kami berdua nak makan kos tak terlalu banyak berbanding masam sendiri dan membazir tak habis.
Gaya hidup ni berlarutan sampai sekarang aku dah beranak dua. Tapi untuk makanan anak, aku masakkan cuma bila makan aku dan suami kami beli sahaja. Kalau ada apa2 yang aku teringin nak makan, aku masakkan untuk aku sahaja.
Takda pun aku pelawa suami untuk makan sekali sebab aku takut dan taknak kecewa dengar komplen dia pasal makanan aku masak.
Baru-baru ni aku ada terbaca WhatsApp antara suami dan mak mertua. Suami cakap rambut dia banyak gugur mungkin akibat selalu makan di kedai yang bahan2 banyak ajinomoto.
Mak mertua ada cakap suruh la aku masak tapi suami cakap aku masak tam sedap. Kecewa sangat2 aku bila baca apa yang dia bagitahu mak dia.
Aku mula nampak selama ni aku jadi perempuan tapi tak pandai apa2 pun. Aku sebagai isteri pun gagal. Tak cantik, gemuk, tak pandai bergaya, suka cari gaduh dengan suami.
Selalu apa yang aku gaduh berkenaan masa suami dengan ex gf dia. Aku tahu cerita dia dan ex gf dia dan bila dia dah putus dengan ex gf dia, sebulan lepas tu dia ajak aku kahwin. Jadi selalu aku terasa aku ni hanya rebound relationship dia.
Ada la beberapa perlakuan dia yang menampakkan dia nk ex gf dia jeles awal perkahwinan kami tapi aku baru betul2 sedar selepas dia kantoi berhubung dengan ex gf dia waktu aku berpantang anak pertama di kampung. 6 bulan ye aku tak tahu diorang masih berhubung.
Sakit hati tu masih tak hilang sampai harini. Tu jadi point aku selalu bergaduh dengan dia. Aku gagal jadi cantik depan dia. Aku gagal masak sedap2 untuk dia. Aku gagal hilangkan kenangan dia dengan ex gf dia.
Aku pun gagal sebagai ibu. Aku gagal didik anak aku baik2. Aku banyak biarkan anak aku main sorang2. Aku marah anak aku bila aku bergaduh dengan suami.
Aku banyak tengking anak aku sebab aku geram dengan suami yang kurang membantu. Banyak perkara yang aku nampak anak aku mula ikut aku antaranya dia dah mula menjerit bila apa dia nak aku tak bagi.
Aku pun gagal sebagai menantu. Kalau ke rumah mertua aku tak pernah tolong mertua masak. Aku ada nak tolong dia memasak sewaktu awal kahwin tapi mertua tak benarkan aku tolong dia. Disuruhnya aku berehat saja.
Sekarang dah ada anak 2 lagi aku tak dapat tolong. Disuruhnya aku jaga anak2 sahaja. Aku nak sangat belajar memasak dengan mertua tapi sampai ke harini tak pernah.
Ini bila nampak WhatsApp suami dan mam mertua aku jadi sangat2 malu dah nak berhadapan dengan mertua. Semua benda tak pandai.
Ni saat aku benci jadi perempuan. Aku tak pandai masak, masak tak sedap, jaga anak pun tak pandai, gemuk, tak pandai bergaya. Semua perkara yang sinonim dengan perempuan semua aku takde.
Oh ya, mertua aku bekerja sampai usia dia pencen. Kerja kerajaan. Anak perempuan dia dan menantu perempuan dia atas aku pun kerja kerajaan.
Ni satu point lagi aku sangat kecewa dengan diri sendiri. Aku tak bekerja selepas kahwin. Mertua ada juga tanya2 bila nak kerja tapi suami aku tak benarkan katanya anak nanti takde yang jaga.
Hermmm aku penat nak mentafsir fikiran orang2 sekeliling aku. Selalu aku fikir diorang merendahkan aku.
Ada juga mertua suruh aku beli emas untuk diri sendiri tapi suami tak nak beli katanya takda faedah beli hanya untuk simpan. Setiap kali aku balik rumah mertua ya dia cakap pasal emas.
Aku tak kisah sebenarnya ada emas ke tak sebab aku tak pakai pun. Tapi aku nampak mertua nak bagi hint yang aku takda harta, miskin tak kerja. Entah la.
Aku sekarang dalam keadaan yang sangat tertekan. Baru bergaduh dengan suami katanya jumpa youtuber. Beria dia cerita pasal youtuber tu aku naik angin suruh dia tackle je youtuber tu.
Biar dia dapat bini cantik, muda, bergaya, famous. Boleh tolong bisnes dia bila gunakan perempuan cantik.
– Fie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit