Assalamualaikum semua. Terima kasih admin IIUMC kerana menyiarkan confession saya ini.
Ini adalah sekadar luahan hati saya yang telah lama disimpan. Saya berkahwin dengan suami saya ketika berumur 22 tahun, pertemuan kami dikenenkan oleh kedua-dua ibu kami, memandangkan kami memang tidak ada pasangan istimewa ketika itu & bila dipertemukan kami just kata okay untuk hubungan ’till Jannah’ ini Inshaallah.. Amin.
Memandangkan suami & ibu mertua ingin mempercepatkan ikatan kami, keluarga belah saya akur dengan keputusan mereka. Saya hanya menurut ketika itu kerana terlalu muda untuk menyatakan keputusan & pendapat untuk hidup sendiri. Almaklum la ‘Anak Mak’ & saya percaya pilihan ibu bapa adalah yang terbaik & sentiasa diredhai oleh Allah SWT.
Saya bukan menantu yang pertama dalam keluarga suami, Abang dan kakak suami sudah berumah tangga & mempunyai anak masing-masing . Disini lah bermula kisah suka & duka hidup saya, bermula dengan perkahwinan yang rupanya kakak & abang/biras belah suami saya yang ‘tidak bersetuju’ dengan perkahwinan kami, kiranya diri saya tidak boleh diterima oleh mereka yang terlibat diatas.
Ini kerana saya tidak berpendidikan tinggi & sangat cetek agama, berbanding keluarga mertua yang beragama + belah keluarga saya yang ketika itu dikategorikan ‘orang miskin’. Abang/biras & kakak suami memandang saya sebelah mata dan selalu memerli, menghina & malah menghasut ahli keluarga yang lain untuk membenci saya. Saya seringkali menangis & mengadu kepada suami setiap kali diperlakukan begitu, tetapi suami saya pilih untuk diam & minta saya bersabar.
Tapi saya beruntung memiliki suami yang sangat memahami, sejak awal perkahwinan saya & suami tinggal berasingan dengan keluarga mertua, Setiap hujung minggu, baru dapat berjumpa dengan keluarga mertua & adik beradik suami .Untuk pengetahuan pembaca, saya & suami berkerja dan tinggal dirumah sewa didaerah tempat kami berkerja. Alhamdulillah, hubungan yang dibina atas redha ibu bapa kami ini memberikan kebahagiaan kepada kami berdua.
Setiap hujung minggu, bila bertemu dengan Abang/isterinya & kakak suami pasti ada drama yang mereka buat untuk sakitkan hati saya, bermulalah drama membandingkan menantu2 mertua, anak-anak & yang paling terbaik! mematahkan hati saya ketika itu membandingkan status pangkat dalam pekerjaan. Mereka yang terlibat diatas ini rata-rata seorang pendidik, tetapi bahasa yang mereka selalu gunakan untuk memerli/menghina saya tidak membayangkan istimewanya pekerjaan mereka. Sangat sedih.
Ada satu masa, Keluarga belah suami termakan hasutan abang/biras dan kakak suami terhadap kami suami isteri dan mereka mula menyokong para penghasut2 ini. Saya percaya satu hari nanti keadaan akan berubah & selalu berdoa yang baik-baik untuk abang/biras dan kakak suami, sekelumit pun dalam hati ini tidak pernah terniat untuk membalas kejahatan yang mereka lakukan dekat saya. Selama ini saya memilih untuk diam & harungi dugaan yang Allah SWT bagi.
Alhamdulillah, Tahun demi tahun kehidupan kami suami isteri semakin baik. Bahagia, memiliki aset sendiri, mampu travel sana & sini, mampu bahagiakan ibu dan bapa kami berdua, mampu berikan ibu bapa saya sebuah rumah yang sangat selesa & kereta. Allah SWT tunjukkan kekuasaannya bilamana abang & kakak ipar saya menerima dan melayan saya & anak-anak dengan baik. Alhamdulillah! Allah SWT makbulkan doa- doa saya. Itu adalah satu kebahagiaan yang saya impikan selama ini, hidup yang harmoni dengan keluarga suami.
Powernya DOA, USAHA & SABAR itu untuk saya dan ia membuahkan hasil. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT.
– FAJAR
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit