Assalamualaikum semua. Aku rasa aku tak pernah bahagia dengan family aku. Aku selalu cemburu tengok family orang lain. Aku cemburu tengok mak & ayah kawan-kawan aku peluk diorang setiap kali jumpa, cium pipi semua. Aku jeles tengok kawan-kawan aku yang rajin call mak diorang untuk story macam-macam. Aku jeles tengok family kawan-kawan aku yang selalu buat reunion family dan travel sana-sini. Dan aku jeles tengok bila mana kawan-kawan aku down, mak ayah diorang akan nasihat & motivate diorang macam-macam.
Ya aku sedih. Sedih gila. Sejak dari usia aku 5 tahun lagi, aku selalu persoalkan takdir hidup aku. “Kenapa Allah lahirkan aku sebagai anak kepada kedua ibu bapa aku? Kenapa aku dilahirkan dalam family ni?”. Aku tak nak jadi anak kepada ibu bapa aku yang sekarang. Aku nak ibu bapa lain.
Ibu bapa aku sangat garang – aku boleh katakan PANAS BARAN. Mereka kurang tunjuk kasih sayang dan suka berkasar dengan anak-anak. Masa usia aku 5 tahun, kalau aku ada terbuat salah sedikit, terus aku akan dirotan teruk. Pernah aku terpecahkan pinggan mangkuk ibu aku, terus aku dirotan teruk sampai berbirat. Aku bukannya budak nakal, cuma aku tak sengaja. Ketika itu, aku fikir ibu aku lebih sayangkan pinggan mangkuk dia berbanding aku. Bukan setakat dirotan, malah ibu bapa aku sering memalukan aku di khalayak ramai. Contohnya mereka suka tengking aku dan adik-adik depan orang, marah kami depan orang.
Kesan daripada sering dirotan, tubuh aku memang penuh flaws – parut dan berbirat. Kesan hasil dirotan dengan tali pinggang, hanger, paip getah, batang besi pun pernah, kena sepak terajang sampai senak dengan ayah aku, kena hantuk kepala ke dinding dengan ibu aku, kena gigit dengan ibu aku, kena tarik rambut dengan ibu aku. Mana mungkin aku boleh lupa semua insiden ni. Sampai sekarang memori ni terkesan dekat aku. Bagi ibu bapa aku, itulah cara mereka didik anak. Tapi bagi aku, itu bukanlah mendidik, tapi mendera anak.
Ya, keluarga aku miskin. Mungkin mereka jadi panas baran akibat kemiskinan. Inilah pentingnya “FAMILY PLANNING”, jangan jadi seperti ibu bapa aku. Ibu bapa aku dah la miskin tapi anak ramai, kononnya anak pembawa rezeki. Tapi mereka tak sedar yang mereka dah buat anak-anak menderita. Mereka suka anak ramai, tapi malangnya tak reti nak didik anak. Dah tahu tak mampu tapi acah-acah mampu.
Dari kecil aku bergelumang dengan perasaan benci dan amarah dengan ibu bapa aku. Semua benda serba serbi tak lengkap dalam hidup aku. Aku nak bersekolah kena jalan kaki lebih 5 kilometer untuk ke sekolah. Balik sekolah kena redah panas terik jalan kaki. Ibu bapa aku tiada kenderaan masa itu.
Aku selalu diejek kawan-kawan sebab pakaian sekolah aku lusuh, maklumlah baju sama sahaja setiap tahun. Baju pun sepasang je, stoking sepasang, kasut sepasang, semua tu kena basuh setiap hari. Tak mampu nak beli baru & memang tak mampu nak beli banyak helai. Alat tulis pun selalu tak mencukupi, selalu aku pinjam kawan. Pernah aku minta duit untuk beli alat tulis, tapi ibu bapa aku akan marah aku balik, mereka suruh pinjam kawan punya. Akhirnya aku menangis dalam bilik, aku persoalkan takdir “Baik tak payah sekolah macam ni, semua benda tak lengkap”.
Di sekolah, ustazah aku cakap “IBU BAPA YANG DERHAKA IALAH IBU BAPA YANG GAGAL MEMBERI KELENGKAPAN & PENDIDIKAN SECUKUPNYA UNTUK ANAK-ANAK”. Walaupun masa tu usia aku baru 8 tahun, tapi sampai sekarang aku ingat kata-kata ustazah aku tu.
Aku pernah tanya ustazah “Ustazah kalau mak ayah kita gagal bagi makanan berkhasiat setiap hari, adakah mak ayah kita berdosa?”. Jawab ustazah aku “Ya, mereka berdosa sebab gagal sediakan kelengkapan dan keperluan anak-anak. Sambung ustazah lagi, tanggungjawab ibu bapa ni sangat besar sebenarnya. Bukan setakat pandai buat anak (ni ayat aku hihi), tapi kena mendidik dengan adab & akhlak, kena beri pendidikan yang cukup (duniawi & ukhrawi), sediakan keperluan yang cukup. Jika gagal, mereka adalah ibu bapa yang gagal. Sambung ustazah aku lagi, “Sebab tu hal kahwin tak boleh dibuat main. Jangan rasa nak kahwin ni asal boleh je, kena fikir panjang untuk masa depan anak-anak sekali”.
Aku setuju dengan ustazah. Ibu bapa aku adalah ibu bapa yang gagal. Setiap kali aku minta keperluan sekolah seperti belikan pensel baru sebab yang lama dah habis, tapi ibu bapa aku akan marah aku balik sebab tak pandai berjimat. Lepas tu suruh pinjam kawan. Then setiap kali tu jugak lah aku akan terdetik dalam hati ‘ibu ayah adalah mak ayah derhaka’.
Dipendekkan cerita, aku selalu persoalkan takdir kenapa aku hidup miskin, dapat pulak ibu bapa panas baran. Then aku study hard sebab aku nak ubah nasib aku, aku dah penat hidup miskin. Akhirnya aku berjaya perform dalam semua exam upsr pmr spm sampailah ke universiti. Aku perform semuanya cuma tidaklah begitu excellent . Aku expect ibu ayah aku akan ucap tahniah, tapi aku diperli dan disindir mereka sebab masih gagal dapat straight A’s dan gagal dapat 4.00. Aku kecewa sangat, aku hanya nak dengar ucapan tahniah. Tapi aku tak pernah dengar ucapan itu.
Setiap kali aku kecil hati dengan ibu ayah, setiap kali itulah aku terdetik nak lari dari rumah. Aku dah tak tahan dengan ibu ayah. Emosi aku dipukul dan dihantuk dengan kuat, kadang-kadang aku dah penat menangis. Aku sedih kenapa aku dapat ibu ayah yang tak sayangkan anak-anaknya seperti ibu bapa orang lain. Ibu ayah aku bertuah, setiap kali mereka marah kami adik-beradik, kami tak pernah melawan.
Kesan daripada penderaan mental & fizikal oleh ibu bapa kami, hasilnya aku dan adik-adik semuanya jadi pasif & sensitif. Kami tak banyak bercakap, kami jadi pendiam, kami jadi rendah diri dan takut dengan orang, kami trauma, hati kami sangat lembut.
Kesan daripada kegagalan dari didikan ibu bapa kami, kami adik-beradik semuanya tak rapat. Masing-masing memberontak jiwa dengan cara masing-masing. Bila masing-masing dah besar, masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Masing-masing dah mula develop perangai panas baran. Ada yang langsung tak balik rumah bertahun-tahun atau bahasa mudahnya dah BUANG KELUARGA, ada juga yang bila balik je selalu bergaduh. Kalau kami adik-beradik balik, kami pun tak bercakap sangat dengan ibu ayah. Kami jadi renggang. Kalau bercakap sikit akan bergaduh. Semua tak sebulu.
Disebabkan selalu bergaduh, yang paling stress ialah ibu bapa kami. Sekarang mereka dah tua, mereka akan selalu naik darah melihat anak-anak mereka sering bergaduh. Bergaduh pun bukan biasa-biasa, siap main pisau & sepak terajang lagi. Risau jugak aku, takut adik-beradik aku buat benda yang sama dekat anak-anak diorang.
Family kami tak bahagia macam keluarga orang lain. Aku selalu menangis, aku tak dapat menikmati definisi sebuah keluarga bahagia. Keluarga aku berantakan. Bila aku bergaduh dengan adik beradik aku yang lain, selalunya hal nya remeh sangat. Contoh tak boleh ditegur, tak suka orang sentuh barang, tak suka tukar channel tv, semuanya remeh, tapi bila gaduh boleh jadi kes polis tau.
Apa yang lebih menyedihkan, ibu bapa aku tak pernah nak bantu leraikan pergaduhan kami. Malah ditambah pula api yang sedang marak. Aku pernah bergaduh dengan adik aku hanya kerana dia tak boleh ditegur. Aku tegur dia supaya jangan hisap rokok, jangan hisap vape dan jangan bawak anak dara orang ke hulu ke hilir, tapi ibu aku pergi back up adik aku. Ibu cakap “biarlah dia nak buat apa pun kau janganlah masuk campur hal dia”. Aku pun balas dan aku cakaplah aku sedang cuba nasihat tapi adik aku terus mengamuk.
Last-last ibu cakap “Biarlah dia nak ada awek pun sekurangnya dia ada jugak orang nak. Kau? Muka dah la hodoh tak laku pulak tu”. What’s your reaction when your mom said that to you? Gila tak remuk hati aku. Aku tak pernah rasa worse macam ni. Aku boleh terima kena rotan kena marah depan orang kena perli semua tu, tapi bila mak sendiri hina fizikal dan wajah aku, aku memang terkilan dan sedih sangat.
Aku terus balas “Hodoh sebab aku anak ibu”. Terus ibu aku triggered. Ibu aku terus naik angin. Teruk aku kena smash dengan ibu masa tu. Aku pun apa lagi. Melawan lah. Aku dah tak kisah dah jadi anak derhaka yang penting aku puas dapat lawan ibu. Selama ni asyik ibu je menang, ibu seronok sakitkan hati aku selama ni tapi sekarang biarlah aku remuk-remukkan hati ibu. Baru ibu tahu apa itu maksud sebenar DENDAM.
Aku fikir, daripada aku terus jadi anak derhaka, lebih baik aku pun ikut jejak adik beradik aku yang lain, iaitu BUANG KELUARGA. Aku tekad, aku takkan balik rumah jumpa ibu ayah lagi. Lantaklah apa nak jadi, aku lebih bahagia bawa diri jumpa circle yang jauh lebih positif dan bahagia dari family sendiri. Teruk sangat ke aku? Aku fikir inilah jalan terbaik. Sekarang aku tak tau lah sape lagi yang ada balik kampung tengok ibu ayah.
Oh ya, btw keturunan aku memang keturunan panas baran. Dan aku masih single. Aku tak tahu la nak kahwin ke tak, sebab aku takut pasangan aku trauma dan shock dengan family aku. Tapi memandangkan sekarang aku dah takde family, so mungkin aku tak perlu risau dah penerimaan pasangan aku terhadap family aku. It’ll be just me and my partner.
Konklusi dari kisah hidup aku yang aku boleh sampaikan ialah :
1) Before plan untuk beranak, pastikan dah ada saving yang cukup untuk education dan keperluan anak-anak. Merancanglah, kualiti lebih penting dari kuantiti. Jangan jadi jangan ibu ayah aku, anak ramai tapi ramai yang buang mak ayah di hari tua.
2) Pentingnya duit untuk kebahagiaan keluarga. Duit adalah segala-galanya, bila duit takde emosi terganggu lepas tu mula la nak lepas kat anak. So kumpul la duit banyak-banyak dulu before kahwin. Jangan jadi mak bapak derhaka
3) Keturunan penting. Memang keturunan family aku jenis keturunan berpecah belah, keturunan panas baran dan tak bahagia. Side ibu ayah aku semuanya berantakan, dengan masalah cerai berainya, masalah poligaminya, masalah anak-anak buang ayah pun ada dalam kalangan sedara kami. So keturunan ni memang penting sebab attitude panas baran tu tetap mengalir kat anak cucu
4) Jangan duduk dengan family kalau family kau tak bahagia dan toksik. Better lari dari masalah, face it won’t solve sebab tak semua masalah boleh diselesaikan, contohnya masalah ibu bapa panas baran & masalah family tak bahagia.
Sekarang, aku sedang mencari kebahagiaan aku yang hilang. Doakan aku jumpa bahagia aku tu.
– A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit