Benci Keluarga Sendiri

Hi semua. Tak pasti luahan perasaan ini akan disiarkan atau tidak, tapi sekurang2 nya rasa hilang lah kot sikit beban dalam hati yang aku pendam selama ni.

Aku sentiasa cemburu bila tengok keluarga orang lain, Aku tak pernah merasa dipeluk mak atau abah sejak yang aku boleh ingat. Keluarga aku sangat2 tak mesra berkeluarga, kami adik beradik pun tak rapat, kadang bila balik kampung semua buat hal sendiri, sebab bila bersuara pasti salah faham.

Aku berasal dari family yang berpecah belah, mak abah bercerai berai, masing2 kaki bomoh. Dari atok nenek memang masing2 gila main bomoh2 semua nie. Mak abah bercerai sewaktu kami adik beradik masih kecik, waktu nie kemuncak diorang membomohkan satu sama lain. Aku taknak cerita lebih2 pasal benda bomoh nie. Yang pasti mak aku sampai sekarang dah sebati dengan bomoh, silap haribulan kami adik beradik pun dah kena mandrem dengan mak sendiri.

Abah aku tak garang dan tak pernah pukul anak2 dia atau marah tapi sejak cerai adalah waktu awal2 cerai je abah jumpa kami adik beradik lepastu hilang bertahun2 lamanya, hampir sedekad aku tak pernah jumpa atau dapat call dari abah aku sampai lah hari aku nak masuk kolej, aku masuk kolej sebab dipaksa oleh mak aku, aku tak minat belajar langsung.

Abah tak pernah bagi kami adik beradik duit atau belanja apa2, semua mak yang tanggung sejak cerai maka aku dijadikan kambing hitam untuk mak aku mintak duit pada abah. Setiap hari mak akan call tanya dah mintak duit ke belum sampaikan aku fobia kalau nampak nama mak aku yang telefon. Sekarang abah dah kahwin lain, sibuk berfoya2 dengan bini baru dan langsung lupa pada anak kandung dia, aku harap moga dapat balasan di akhirat nanti pada abah yang abaikan anak2 di dunia.

Mak aku pula sejenis panas baran, aku adik beradik pernah dipukul sampai luka2 badan walaupun benda tu kitorang tak buat, kalau dia dengar orang mengadu atau apa kitorang pasti kena. Aku berdendam dengan mak aku sampai sekarang sejak dia pukul aku waktu aku masih sekolah menengah dan buang aku bila dia dengar fitnah dari mulut orang lain yang cakap aku melepak dengan lelaki di bus stop sekolah, sedangkan aku ada di dalam sekolah tengah study group dengan cikgu.

Tapi aku balik sekolah terus kena belasah sampai separuh nyawa aku cakap aku tak buat tetap dia tak endahkan. Esok nya baru cikgu telefon bagitahu perkara sebenar bila cikgu nampak aku datang sekolah dengan demam panas, muka pucat lesi dan lebam merata badan.

Bila aku start kena fitnah dan mak aku tak percaya anak sendiri, aku jadi pendendam dan memberontak, aku buat apa yang orang tu fitnah, aku ponteng sekolah, aku melepak dengan lelaki sana sini, aku jadi sangat2 sensitive, kalau cakap pasal family aku akan menangis, banyak kali dipanggil kaunseling tapi aku lari, aku tak stay rumah mak aku dah masa nie, aku tumpang rumah kawan. Aku penat jadi baik dan orang masih tak percaya.

Akhirnya mak aku ajak balik selepas 3 bulan aku tumpang rumah kawan mungkin sebab tak ada orang nak tolong kemas rumah dan gosok baju. Kalau nak tahu aku nie lah kuli batak kat rumah, dari celik biji mata sampai nak tidur, aku sorang sahaja yang buat kerja rumah tu pun tetap mak aku kata tak kemas dan sentiasa marah aku.

Sekarang aku dah keluar dari rumah puaka tu, sekali sekala aje aku balik. Tetap bila balik aku lah yang kena kemas rumah, harapkan adik beradik yang lain, memang tak boleh diharap. Ini pun aku masih tak puas hati, kenapa waktu aku dulu, salah sidai baju atau lipat baju pun kena marah tapi adik2 aku sikit pun tak kena marah kalau tak buat kerja rumah. Aku nie anak kutip ke? Soalan tu kerap bermain dalam kepala aku masa dulu2.

Aku tengah dalam proses nak berkahwin. Dah berbincang segala2 nya, mak aku setuju aku nak buat kecik2 pada awal perbincangan, tiba2 bertukar nak jadi grand wedding. dari tetamu 500 orang jadi 2000 orang 98% adalah kawan mak aku.

Aku bakal pengantin tapi sikit pun aku tak dapat sumbangkan apa idea yang aku nak atau pakej mana aku nak, termasuk doorgit tapi duit aku dan pasangan kena hulur. Aku cakap dengan mak nak itu ini, dia cakap okay suka hati lah tapi lepastu dia akan cakap dia taknak, dia nak benda nie itu yang lagi mahal. Senang cakap 1000% semua apa mak aku nak, aku cuma hulur duit yang melebih2 dari bajet aku.

Aku jadi sangat2 stress dan malu dengan family pasangan. Mak aku sejenis biar papa kedana asalkan megah dimata orang lain. Aku rasa nak undur diri dari pekahwinan nie dan lari jauh2 dari family yang penuh huru hara nie. Aku tak pernah mintak dilahirkan dalam keluarga nie.

Aku dah banyak kali buat cubaan bunuh diri tapi nyawa masih panjang. Aku terlalu penat, terlalu penat jaga hati orang lain sampai hati sendiri terluka. Andai kata aku tak jadi kahwin gara2 mak aku, sampai mati aku akan berdendam dan aku akan pastikan aku berambus terus dari keluarga aku.

Orang selalu cakap SABAR LAH, ORANG LAIN DUGAAN LAGI HEBAT. Ye cakap memang mudah, mari lah merasa. Setiap dugaan memang lain2, tapi mental kita semua tak sama ye. Setiap orang ada masalah. Mine is my mother.

Kepada para ibu bapa di luar sana, MUDAHKAN LAH URUSAN ANAK2 NAK KAHWIN, JANGAN SUKARKAN. Buat sekadar termampu, jangan sibuk nak bermegah. Yang sakit lepas kahwin anak2. Takkan nak tengok anak2 merempat makan tikus lepas kahwin?

Siapa tak nak kahwin grand2, semua orang nak tapi bukan semua orang mampu. Ini hari kami, bagi kami uruskan. Tolong lah hapuskan budaya adat yang menyusahkan. Hapuskan lah “BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT”.

– N

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *