Assalamualaikum… Terima kasih admin sebab luluskan.
Akhir-akhir ni, semua cerita pasal mak ayah benci korang la, tak sayang la… suka maki la…
Tapi pernah tak korang fikir jasa diorang? Yang korang tahu, rumah aku bukan home… balik pun orang tak kisah.
Ibu…
9 bulan penat bawa korang dalam kandungan. Sampai kaki bengkak-bengkak. Nak tidur malam pun susah, 5 minit sekali terjaga. Kadang-kadang makan pun terkeluar balik.
Tapi sebab nak tengok korang sihat dan membesar dengan baik, terpaksa telan juga walaupun badan tak mampu terima.
Nak lahirkan anak ni bukan senang, adik-adik. Kena bertarung nyawa tau. Tambah-tambah kepala korang tu bukan kecil, padat dengan kecerdikan… Masya-Allah.
Tapi bila tengok kita keluar dalam keadaan sihat, semua sakit yang dirasa hilang. Gembira ni tak terkata… cuma Allah yang tahu indahnya.
Ayah…
Mungkin masa ibu kau mengandung tak nampak lagi jasanya. Tapi ketahuilah, kalau ibu tak boleh tidur, ayah pun tak boleh tidur fikirkan keadaan ibu. Yang urut kaki ibu, ayah kau juga. Tengah-tengah malam urut dan ada sampai terlena dekat kaki.
Bila ibu tak larat nak masak, ayah juga yang masak. Kalau beli kedai pun tengah-tengah malam pergi cari.
Duit tak nak cerita la. Fikirkan baju kau lepas lahir… pampers kau… susu kau… ubat kembung kau… katil kau… stroller kau… semua ayah yang cari. Nak kau dapat apa yang dia tak dapat waktu kecil.
Bila kau dah jumpa dunia ni… ibu ayah cium korang tak pernah cukup… kejap-kejap cium, kejap-kejap dukung. Betapa sayangnya ibu ayah ni.
Nak tidur malam pula memang susah… 2 jam sekali terjaga… lapar la… pampers dah penuh la… semua diorang terima dengan penuh gembira tanpa seribu alasan. Macam menatang minyak yang penuh.
Bila dah besar sikit, belikan korang mainan… ajar membaca, menulis, mengaji… tak pernah kurang sikit pun. Bila korang nangis, diorang gelak. Bila korang senyum, diorang bahagia. Bila korang jatuh luka… separuh mati diorang rasa.
Hargailah ibu ayah kita. Apalah sedikit cacian dan makian yang kita terima. Cuba call setiap hari tanya khabar. Makwe boleh WhatsApp call 24 jam… ibu ayah sehari pun takkan tak boleh.
Eratkan hubungan. Bila duduk jauh ni kita kena banyak lagi berhubung. Balik kampung tu sekali-sekala tanya apa yang boleh ditolong. Ini tak, balik rumah tengah hari baru bangun. Mahu orang tua tak bising.
Jadilah penawar hati ibu ayah… sekian.
“Celakalah seorang anak itu jika dia mendapati kedua ibu bapanya yang masih hidup atau salah satu dari keduanya ketika tua tapi tidak mendapat syurga.”
– KitapunAnak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit