Benci Melampau

Hi semua. Terima kasih kepada admin terlebih dahulu sekiranya confession ini berjaya di siarkan. Aku seorang perempuan berumur 27 dan masih bujang. Selalunya aku hanya sebagai pembaca. Tapi harini aku berkongsi kerana perlukan pendapat dan nasihat.

Secara umumnya, aku seorang yang biasa, sederhana tapi memori ingatan aku tentang masa lampau agak kuat. Aku mampu ingat peristiwa masa lalu dengan suasana dan emosi sekali.

Perkara yang membebankan aku sekarang ni adalah tentang perasaan aku. Aku ada konflik dengan diri sendiri. Aku sukar untuk mentafsirkan perasaan aku. Aku boleh membenci dengan melampau tanpa sebab. Tapi perasaan ini aku hanya pendam. Aku tak luahkan dan tak tunjuk.

Sebelum ni aku dah perasan pasal emosi aku ni. Masa aku sekolah rendah, sekolah menengah dan alam universiti. Bila aku rasa macam ada yang suka kat aku, atau bagi perhatian lebih, perasaan ni akan muncul. Tak kisah la dari lelaki, kawan perempuan atau budak kecil. Akan ada perasaan meluat benci. Tapi aku cuba neutral kan balik. Selalunya perasaan ini akan hilang sendiri. Tak tentu masa.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian. Aku jenis yang mudah simpati dan empati. Susah aku nak buat jahat kat orang. So bila wujud perasaan ni aku akan mengelak dari berjumpa, bertentang mata dan bercakap. Perkara ni boleh berlaku secara tiba-tiba. Jadi aku akan berkonflik dan rasa terbeban dengan diri aku sendiri. Aku cuba untuk menolak perasaan menggunakan logik. Aku bermonolog dan berfikir sampaikan aku penat dan tertekan.

Sekarang aku hadapi masalah dengan rakan sekerja aku, sebelah meja aku. Seorang lelaki yang sudah berkahwin. Sebelum ni aku memang menyembang je kalau dengan dia. Boleh share cerita dan pendapat. Tapi secara tiba-tiba perasaan benci meluat tu datang. Bila tengok dia rasa sampai sejuk belakang badan. Benci! Dalam masa yang sama aku rasa bersalah. Tak elok buat macam tu, tak layan langsung. Dan bila dia mulakan perbualan aku akan jawab seringkasnya. Ataupun hanya ‘ya’. Pandang dia pun tidak. Perkara ni dah tiga minggu. Begitu la aku hari hari.

Sekarang aku buntu. Aku tak tahu samada ni normal atau apa. Sampai sekarang bila aku teringat kat dia, aku jadi benci. Aku ada juga cuba ‘google’ punca bencikan seseorang tanpa sebab. Tapi jawapan yang aku dapat hanya kerana aku cemburu tentang kelebihan seseorang yang aku benci. Jawapan yang diperolehi sangat bertentangan dengan masalah aku. Aku bukan benci sebab kagum or cemburu kan dia. Perasan ni datang sendiri. Sebelum ni perasaan ni akan hilang sendiri. Tapi masalahnya aku kena hadapi hari hari selagi perasaan ni tak hilang umpama satu beban. Bagi aku dan juga orang yang aku benci. Aku terfikir adakah aku kena hadap benda ni selamanya?

Tolong aku.

– Cik Faiz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *