Benci Tengok Anjing

Hi. Nama aku Ema (bukan nama sebenar) aku dah kahwin. Suami aku Chinese. Mualaf. Masuk Islam.

Sebelum kahwin aku nampak effort dia nak belajar pasal Islam. Mungkin dari situ lah aku setuju nak terima dia.

Suami aku anak tunggal. Mak ayah dah divorce sejak dia kecil. Memang dari kecil nenek dia yang jaga dia. Sampai lah dia besar pon, dia tinggal dengan nenek dia.

Sebelum kahwin aku dah sedia maklum dengan semua ni. Ok aku boleh terima. Nanti tinggal sekali dengan nenek dia satu rumah.

Nak buat macam mana kan, tak ada orang lain dah nak jaga nenek dia. Ada dia saja.

Tak kan lah disebab kan kahwin dengan aku, dia nak buang nenek dia pulak kan walaupun nenek dia tak masuk Islam. Tak apa. Kami stay sekali.

Dan sebelum kahwin dengan dia pon aku dah tau rumah tu memang tak ada anjing. So, aku ok.

Bermula lah cerita dia kat sini, selepas sebulan kahwin, aku pindah rumah suami aku. Ok alhamdulillah, semua bahagia.

Sampai lah satu hari tu, makcik suami aku datang rumah. Bawak seekor anjing.

Mula² aku ok je. Anjing tu pon cute. Baik je. Diam² je. Time nak balik tu makcik suami aku tinggalkan anjing tu dekat rumah kami.

Aku dah pelik. Apa pasal pulak tinggal. Kata nya anjing tu suami aku punya dulu. Suami aku ambik dia dari kecik dan jaga. Lepas tu suami aku sambung belajar, tak ada sapa jaga, dia bagi makcik dia jaga.

Sampai lah sekarang dah besar, suami aku pon dah kerja, dah ada rumah sendiri semua, makcik aku nak serahkan balik dekat suami aku.

Kata nya anjing tu anjing kesayangan suami aku. Dan suami aku pon nampak sayang sangat dekat anjing tu.

Suami aku tahu serba sedikit yang Islam sensitive atau erti kata lain “tak boleh sangat” dengan anjing.

Aku berkeras cakap, tak boleh ada anjing dalam rumah ni. Aku dah mula rasa lain.

Aku tak pernah tau pon sebelum ni. Kalau aku tau, memang aku tak kan kahwin dengan laki aku sebab kan seekor anjing tu.

Tapi suami aku berdegil, berkeras. Dia tak mau dah berpisah dengan anjing tu. Dia sayang sangat. Dia nak jaga.

Aku dah mula rasa macam macam. Nak marah, nak mengamuk. Tak tau nak kata macam mana. Sebab suami aku degil jugak nak jaga anjing tu.

Setahu aku dalam Islam, boleh ada anjing untuk duduk luar rumah, jaga rumah. Tak boleh buat haiwan peliharaan yang dibela biar berkeliaran dalam rumah.

Dan akhirnya anjing tu ada dalam rumah kami. Ya aku akui, anjing tu comel, baik. Tapi dia selalu kencing berak dalam rumah.

Itu yang buat aku fedup dan benci, jijik terus dengan anjing. Sebab kita sebagai Islam tak boleh kena najis anjing. Nanti kena samak.

Walaupun dah sedia tempat buang najis, dia suka jugak berak kencing merata.

Suami aku macam biasa, buat tak tahu ja. Buat macam biasa. Tak ada apa. Sapu, cuci dengan air biasa, mop then siap.

Kadang aku sedih tengok. Macam mana dengan solat nanti, adakah sah kalau terpijak atau terkena.

Lagi satu dia punya air liur anjing tu. Anjing kan suka macam hidu hidu lantai, jilat lantai. Kadang aku nampak bertompok air liur dia dekat lantai.

Ya, aku boleh samak. Boleh cuci dengan air tanah, tapi larat ke aku hari² nak buat. Kalau sikit² aku ok. Ni tak, satu rumah.

Dia berjalan keliaran dalam rumah. Merata air liur dia aku nampak. Kadang bila aku tengok, aku rasa nak menangis, nak meraung. Aku jadi benci. Aku rasa macam nak bunuh anjing tu..

Dan masa tu juga timbul perasaan benci dekat suami aku sebab dia nak bela jugak anjing tu. Aku cepat cepat istighfar.

Setiap kali family aku nak datang melawat, kami kena settle kan anjing tu dulu. Kena sorok dia, atau hantar pergi hostel anjing.

Sebab anjing tu suka menyalak dengan kuat dan bingit bila orang luar datang. Sakit telinga dengar bila dia menyalak.

Sebab tu kena sorok dia atau hantar dia pergi hostel anjing.

Dan setiap kali tu jugak suami aku moody kalau family aku nak datang sebab jadi banyak kerja nak kena settle anjing tu. Dia kata biar ja lah anjing tu macam tu.

Dia jadi moody macam nak marah marah. Dan setiap kali tu jugak lah akan jadi pertelingkahan antara kami. Aku jadi sedih, kena utamakan anjing tu dulu dari family aku.

Kadang aku tak berapa bagi family aku datang rumah kami sebabkan anjing tu. Macam-macam alasan aku bagi mak ayah aku supaya dorang tak datang. Padahal dalam hati memberontak sangat nak mak ayah datang.

Perasaan benci aku dekat anjing tu semakin mendalam. Pernah sekali tu aku pergi kedai, aku nak beli racun tikus, terfikir nak letak dalam makanan anjing tu, bagi anjing tu mati. Sebab aku benci sangat dengan dia.

Tapi aku waras lagi. Aku hanya mampu bersabar dan bersabar.

Suami aku pernah cakap, dia tak boleh bayang kalau suatu hari nanti anjing tu mati, dia lah orang paling sedih.

See, waktu tu aku dah pandang sinis dekat suami aku. Dalam hati aku sumpah seranah dekat anjing tu. Ya aku akui, suami aku masuk Islam hanya sebab nak kahwin dengan aku.

Masa mula mula dulu pon, effort dia nak belajar setakat tu saja. Sebab nak ambik hati aku.

Lepas pada tu, kami dah kahwin, dia dah tak belajar, tak amalkan apatah lagi ikut dan buat. Dia tak betul² dalami Islam. Kalau dia tau, dia takkan ambik remeh benda benda macam ni. Aku hanya mampu bersabar.

Ok ni settle bab anjing. Seterusnya pulak, nenek suami aku. Ya, dia baik dengan aku. Jaga aku. Sayang aku macam cucu dia.

Nenek suami aku ni aku panggil ah ma (nenek) biasalah orang tua tua yang kuat pegangan agama. Dia buddhism. Hari² sembahyang tokong dia dalam bilik dia.

Suatu hari tu nenek tu nak sembahyang apa tah aku tak tau lah. Untuk nenek moyang diorang yang dah mati.

Kalau korang perasan cina selalu guna macam lidi panjang panjang cucuh api, haa yang tu la.

Dia suruh suami aku buat sempena memperingati nenek moyang yang dah mati dan sebagai tanda hormat. Ambik lidi tu dan sembahyang.

Aku bagi tau secara baik, sopan dan lemah lembut. Aku cakap, maaf, suami aku tak boleh buat semua tu. Sebab dia dah masuk Islam. Terus muka nenek tu lain. Macam nak marah.

Dia kata, “Apa pasal tak boleh, ini nenek moyang dia maa, dia kena hormat”. 

Suami aku pulak aku tak tau laaa nak jaga hati nenek ke atau takut dengan nenek ke aku tak pasti. 

Dia cakap dekat aku, “tak pe sayang, ni bukan sembah tuhan buddha pon, ni sembahyang nenek moyang je. I kena buat”. 

Aku be like, what? Mana boleh. Aku dah rasa lain dah masa tu. Tapi aku tahan dan diam.

Dua lawan satu. Aku kalah. Suami aku pulak berkeras nak buat jugak.

Ikut kan tu nenek suruh aku buat jugak. Tapi aku tak nak. Aku cakap tak boleh.

Dan akhirnya suami aku ikut nenek buat. Duduk lah diorang berdua depan tokong tu pegang lidi sambil berasap tu.

Waktu tu jatuh air mata aku tengok suami aku buat semua tu. Aku tak kuat tengok, aku tak mampu tengok. Aku masuk bilik aku menangis. Aku tau, ini ujian untuk aku.

Aku yang tarik dia masuk Islam, jadi aku kena banyak bersabar. 

Suami aku pernah cakap dekat aku, “come on lah, jadi lah moden sikit. Open minded sikit. Kalau nak ikut semua yang Islam ajar, mampos lah”. 

Aku terkedu. Setiap kali dia macam memperlekehkan atau cakap apa apa pasal yang Islam ajar, setiap kali tu jugak air mata aku jatuh. Hati aku jadi sakit.

Sakit sangat bila orang memperlekehkan Islam. Lagi lagi suami sendiri. Aku pernah ajak dia solat, aku tak memaksa, aku ajak cara baik.

Bercakap lemah lembut, dia boleh jawab, “tunggu dia dah bersedia nanti baru dia buat semua tu”.

Hmm. Macam biasa. Laju air mata aku jatuh.

Aku hanya mampu berdoa pada Allah, kuatkanlah aku. Ni semua ujian untuk aku.

Suami aku tak makan babi, dan tak minum arak. Tapi dia masih lagi makan dekat kedai cina.

Aku dah cakap tak boleh. Walaupun tak order atau makan makanan yang ada babi, tapi periuk belanga, pinggan makan semua tu dah bercampur dengan makanan yang ada babi.

Tapi dia degil. Bagi dia semua tu macam membebankan kalau betul betul nak ikut. Hmm..

Untuk pengetahuan, dari aspek lain suami aku ok. Dia sangat sayang dekat aku. Nafkah zahir batin, semua cukup aku dapat.

Dari segi harta benda ni aku tak payah risau. Semua dapat. Kasih sayang pon aku dapat.

Cuma satu saja, bab agama, suami aku tak buat. Aku cemburu tengok orang lain yang suami nya boleh imamkan dia solat, tapi aku tak dapat.

Aku cemburu tengok orang lain yang suami nya boleh bimbing dia ke jalan Allah. Tapi aku tak dapat semua tu. Aku sedih. Aku jugak terfikir, kalau suatu hari nanti, kami ada anak macam mana.

Macam macam bermain difikiran aku. Aku hanya mampu bersabar, bersujud, berdoa pada Allah semoga pintu hati suami ku dibuka. Dan diberi hidayah oleh Allah.

Seperti yang aku maklum, suami aku masuk Islam hanya sebab nak kahwin dengan aku. Bukan betul betul nak alami Islam. Aku redha dan hanya mampu berdoa.

Yang belum berkahwin, cari lah suami yang baik agama nya supaya dia boleh bimbing kita ke jalan Allah. InsyaAllah. Terima kasih sudi membaca kisah aku.

– Ema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Niat suami kahwin dgn awak tidak betul bukan kerana Allah. Jika awak tidak boleh tarik dia ke jalan Islam lebih baik awak berpisah dengannya. Sampai bila awak nk bergelumang dengan najis dan akidah suami yg trpesong. Jangan ambil mudah sbb suami spt sudah memperlekehkn islam. Jika lebih baik buat afuan pejabat agama dan minta pandangan cerdik pandai agama.

  2. Sebab tu bukan senang nak berkahwin dengan orang yang tak seagama ni. Dia dah masuk agama kita, you lah yang kena bimbing dia sis. Sebab tu kalau nak berkahwin dengan non muslim, kena fikir betul-betul dan fikir masak-masak. Tanggungjawab kita sangat-sangat besar untuk dia. You rujuklah pada yang pakar sis. Pergi minta kaunseling dekat pejabat agama. Then you Istikharahlah minta petunjuk mana yang terbaik untuk you all.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *