Beragama Tapi Tak Bahagia

Assalamualaikum semua. Sebenarnya aku tak yakin sangat nak cerita pasal ni dekat IIUM confession ni sebab aku ni cepat koyak kalau orang komen2 yang tidak murni.

Tapi aku cuba kentalkan dan beranikan diri untuk ceritakan semuanya dekat sini dengan harapan aku dapat luahkan segala isi hati aku yang terbuku selama ni, juga aku nak tau apa cadangan korang dalam kes aku ni.

Seperti tajuk di atas, aku datang dari keluarga yang sangat menjaga agama. Aku ada 2 orang abang dan seorang adik perempuan. Mak & Ayah aku ni adalah Ustaz & Ustazah. Nak cakap terkenal tu tak de lah, tapi memang sentiasa busy hujung minggu bagi ceramah sana sini.

Jadi dari kecik Mak & Ayah aku ajar tentang Islam yang bagi aku tanpa terkurang sedikit pun. Dulu masa aku sekolah rendah, rumah aku memang dijadikan kelas mengaji. Setiap malam anak2 jiran akan datang rumah aku untuk belajar mengaji.

Mak aku ajar free je siapa2 nak datang belajar, boleh hantar anak ke rumah, sama2 belajar mengaji. Adik beradik aku semua pandai mengaji Quran dengan lancar sebab itu yang diajar oleh Mak & Ayah aku.

Seingat aku memang kami adik beradik dibesarkan dengan kisah2 Nabi, nasyid2 Islami dan penuh dengan suasana yang solehah. Lagu2 lagha yang tak Islamic jauh sekali lah, memang tak pernah dengar.

Kemudian, masa sekolah menengah kami berempat semua dihantar disekolah tahfiz yang yurannya boleh tahan mahal jugaklah.

Bukan aku nak berlagak ke apa, yang aku nak highlight kan dekat sini walaupun Mak Ayah aku bukan bergaji besar sangat, tapi diorang sanggup hantar kami semua ke sekolah yang bagus walaupun mahal yurannya.

Alhamdulillah berkat daripada didikan diorang, kami semua adik beradik berjaya menghafal Quran bezanya cuma cepat dan lambat je.

Abang2 aku semua setahun sahaja dah khatam hafaz. Aku dan adik aku ambil masa 2 tahun. Aku bersyukur sangat dibesarkan dengan keluarga macam ni. Aku ingatkan keluarga aku dah bahagia. Ye lah, orang kata harta tu tak penting, asalkan agama kene ada dalam diri baru hidup bahagiakan.

Jadi lepas masing2 dah khatam hafaz Quran, kami semua masuk sekolah biasa untuk ambil SPM. Segala-galanya berubah sejak dari itu.

Tak tahu lah culture shock ke apa, tapi bila dah masuk sekolah menengah biasa aku perhati abang2 aku sudah mulai berubah. Masing2 dah pandai bercouple, malah lebih teruk lagi abang aku yang pertama dah pandai merokok. Allah, dimana silapnya.

Kemudian disebabkan kes tu, abang aku ditukarkan ke sekolah agama dengan harapan dia berubah. Walaupun Mak Ayah aku ingat dia dah ok sebab tak ada kes pun, tapi sebenarnya aku tau dia masih merokok & upgrade pula hisap vape.

Abang aku yang second ni tak merokok tapi bab2 lain semua dia nak ikut si abang dia tu. Bercouple sana sini, mencarut, main game tak henti2.

Sebenarnya diia selalu tunjuk dekat social media dia, tp Mak Ayah aku ni mana main socmed2 ni, memang tak tahu lah. Aku yang tahu ni memang diam je, aku tak sanggup nak bagitau lagi2 Mak aku. Memang tiap malam lah aku akan dengar Mak aku menangis2 masa qiamulail.

Mak Ayah aku tak henti2 beri nasihat dekat abang2 aku. Tapi bila ditegur, ditengkingnya Mak Ayah aku semula. Luluh hati aku ni. Kadang2 bila aku sembang dengan abang2 aku, aku selalu jugak cakap kenapa buat macam tu.

Kesian dekat Mak & Ayah. Tapi, abang2 aku buat tak tahu je. Kenapa ye jadi macam ni? Adakah sebab diorang rasa nak kebebasan mcm kawan2 diorang yang lain sebab tu diorang suka memberontak?

Begitulah kehidupan keluarga aku yang mulai berubah sehingga beberapa tahun, aku dah masuk university. Sama jugak dengan adik aku masuk uni yang sama.

Adik aku ni baik, cuma dia ni pendiam. Aku selalu jugak kongsi2 dengan dia cara2 macam mana kita nak buat supaya keluarga kita bahagia semula. Hahah kelakar pula bila teringat. Sampai sekarang perbincangan kami masih tiada pengsudahannya.

Mcmmana pula dengan abang2 aku? Abang aku yang pertama dah kahwin dengan perempuan idaman dia. Sampai sekarang dah berapa bulan tak balik jenguk2 Mak Ayah aku. Huhu.

Aku nak nasihat sikitlah dekat para2 isteri dekat luar sana walaupun aku belum kahwin. Aku tahulah sekarang ni isteri takut suami melebihkan mak daripada isteri. Tapi kalau dah nampak suami tu dah lama tak jenguk Mak dia dekat rumah, pujuk2 lah suruh balik.

Mak aku tu setiap malam menangis rindukan abang aku tu.

Kadang2 dengan aku2 sekali sedih, bukan sebab rindukan abang aku tu, tapi sebab sedih tengok si ibu menanti2 kepulangan si anak. Aku pernah cakap dekat Mak aku,

“Mak, tak payah dah lah call abang tu tanya bila nak balik. Nanti dia marah2 semula Mak. Mak block je la dia kalau dia tengking2 Mak lagi”. Tahu tak Mak aku ckp apa? Mak aku cakap,

“Seorang Mak ni tak sampai hati nak buat anak macamtu. Teruk mcmmana pun anak, mana ada Mak sanggup buat macam tu. Nnti bila kakak dah besar, dah ada anak, kakak faham lah”. Terkedu beb.

Abang aku yang second pulak selalu memerap je dalam bilik main game. Sekarang waktu PKP ni lagilah, lepas Sahur terus tidur sampai Maghrib. Setiap kali waktu solat kalau parent aku tak larat nak kejut, aku pula yang akan kejutkan.

Bukan level biasa2 tidur dia ni, kalau kejut Zuhur tu, 2 minit nak Asar baru bgn. Pastu dia tidur balik. Nak kejut Asar pulak, 2 minit sebelum Maghrib baru bangun.

Kadang2 kalau aku tak kejut, tak solat lah. Terawih? Jauh sekali. Nanti dalam pukul 12 malam dia akan bangun untuk main game sampailah esok, sahur terus. Senang tak payah kejut. Keluarga aku ni memang dididik solat jemaah setiap waktu, jadi aku, adik aku dan Mak Ayah aku akan solat jemaah sama2.

Sedih sangat bila tengok Ayah aku yang dah tua tu jadi imam terawih dimana sepatutnya yang jadi imam tu abang aku yang dah hafaz Quran tu. Tapi tak jadi pula mcm tu. Hmm… Macammana ya manusia boleh berubah jadi mcm tu?

Sekarang aku dah pandai drive, jadinya kalau aku balik rumah, aku yang akan drive kemana2. Parent aku pun dah tak berapa larat nak drive jauh. Disebabkan diorang pun selalu ceramah jauh2, jadi aku akan drive bawa diorang kesana kemari.

Kadang2 hari ni pergi Johor Bharu, esok pulak balik KL, lusanya ke Kedah pula. Boleh dikatakan setiap minggu aku akan mengelilingi Malaysia. Huhu. Tapi aku memang suka drive, kalau balik kampung raya pun, KL-Kedah jem2 pun no hal lah.

Cumanya kalau masa drive tu parent aku selalu mempersoalkan tentang abang2 aku. “Kat mana silapnya ya kakak? Dari kecik dididik dengan agama. Quran dah ada dalam dada. Apa lagi yang tak ada? Dimana silapnya? ” Sebak wei bila parent kau mengadu dengan kau kat mana kesilapan diorang.

Kadang2 diorang menangis teresak2 dekat seat copilot sebelah aku tu, aku yang tengah drive ni menahan je air mata ni. Kang menangis sekali lain pula jadinya. Selalunya kalau diorang mengadu sedih dekat aku, aku dengar & diam je. Aku pun tak tahu nak cakap apa.

Sekarang aku rasa aku dah jadi anak lelaki dalam keluarga. Kerja2 berat dekat rumah aku yang buat, yang sepatutnya lelaki punya kerja pun aku yang buat. Ayah aku dah tak larat, nak suruh abang2 aku memang seinchi pun tak gerak.

Jadinya nak tolong alih2kan almari ke angkat tong gas ke, aku yang akan tolong Ayah aku. Bukan Ayah aku tak kesian dekat aku, tapi nak buat macam mana?

Kadang sampai tahap yang Ayah aku sakit pinggang, aku yang angkat benda2 berat tu sorang2. Btw adik aku ada sakit tulang belakang tak lurus, jadi dia tak boleh nak tolong aku bab2 ni.

Haa mcm2 dah aku cerita pasal abang aku, mesti ada yang tertanya confessor ni baik sangat ke asyik cerita buruk abang dia je. Haa aku mengaku aku tak bagus pun, aku banyak salah silap.

Ada jugak benda yang aku buat Mak aku tak suka. Contohnya aku ni memang hantu kdrama, jadi kalau kat rumah tu tak ada apa nak buat, aku memang menghadap drama je.

Kadang2 Mak aku marah ntah apa2 cerita yang kau tengok tu kakak? Hahahah, kalau cerita tu bagus aku akan cerita kan semula dekat Mak aku. So kurang la marah Mak aku tu. Kalau aku tengok drama waktu dah masuk time solat, aku stop. Ajak Mak Ayah aku siap2 solat.

Bagi aku kau buat lah apa pun yang kau suka, main game ke apa ke, tapi control. Kalau dah masuk waktu solat, stop. Dah settle apa kerja semua, baru sambung.

Sekarang ni aku dah masuk pertengahan 20-an jadi aku mcm tak de la sampai fobia tapi takut. Aku takut aku dapat suami mcm abang2 aku. Hahaha. Tapi benda tu jauh lagi bagi aku.

Sekarang ni aku nak berbakti dulu dekat Mak Ayah aku, sebab aku selalu pesan dekat diri aku, “Bila Mak Ayah aku dah pergi nnti, aku tak nak ada penyesalan pun”.

So apa yang aku boleh buat setakat ni, aku buat. Untuk kembalikan keluarga aku seperti dulu, tak tahu lah. Aku berharap sgt Allah akan kuatkan hati Mak Ayah aku.

Pelikkan? Mcmmana anak yang dididik dengan agama bagai menatang minyak yang penuh boleh berubah macam tu.

Aku fikir, tugas ibubapa untuk mendidik ni ada limit dia, once anak2 dah ada kawan2 sendiri, dia kan pilih hala tuju dia sendiri. Ibubapa dah tak ada kuasa nak kawal. Korang rasa macam mana?

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *