Hi. Saya ada 4 orang anak. 2 lahir di Hospital Kerajaan. 2 lagi lahir di Hospital Swasta.
Tujuan saya tulis ni supaya orang luar dan para suami sedar bahawa beranak di Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta TAK SAMA LANGSUNG OKAY!
Dan apa yang akan saya type ni u all takkan dapat baca kat mana-mana.
Orang cakap beranak lah mana2 sakit beranak tu sama je. Choiii tak sama!
Hospital kerajaan.. tunggu lama sebab tunggu katil, jangan cakap lah. Berjam-jam. Tahan sakit sorang diri sebab suami kena tunggu luar.
Hospital swasta? Suami sentiasa ada di sebelah sampai lah baby keluar. Oh btw hospital swasta ni yang jenis besar. Bukan deretan rumah kedai atau small hospital.
Dulu masa beranak hospital kerajaan, saya sampai je PAC, dorg check jalan, dorang suruh balik. Sebab baru 1-2cm. Katanya lama lagi sebab anak first.
Check jalan tu ialah masukkan jari ke dalam alat kemaluan. Sakit tau! Dan berkali-kali dorang check.
Mula dengan doktor pelatih, lepas tu nurse, lepas tu doktor perubatan dan doktor pakar. Lepas tu suruh balik? Hadoi.. dah lah tunggu lama. Suruh balik pula.
Malam tu, air ketuban saya pecah. Datang balik ke PAC. Suami duk luar. Check jalan lagi. Masih 2cm. Tunggu lama lagi sbb tunggu katil.
Dah lah lapar dan dahaga. Masuk ward, tak ada makanan sbb dah malam. Setiap 4 jam misi datang kacau ambil vital sign dan buat CTG (yang bunyi bising nak check contraction dan jantung bayi). Check bukaan jugak setiap 4 jam. Sakit weh.
Bila check jalan dah 4cm baru tolak ke labour room. Dalam labour room, kita minta ubat tahan sakit sebab tak tahan sangat.
Misi kata tahan sikit lah.. kejap lagi baby keluar tak perlu ubat tahan sakit.
Akhirnya baby memang keluar.. tapi lepas bertarung hampir 24 jam TANPA EPIDURAL / UBAT TAHAN SAKIT. Kena jahit tu jgn cakap lah.. sakit gila sebab tak ada ubat tahan sakit.
Bil anak pertama? RM300++
Taubat tak nak anak dah sebab pengalaman teruk ni.. tapi tahu2 lepas 2 tahun mengandung lagi. Kali ni lebih kurang sama je macam pengalaman pertama.
Cuma sebab progress lambat, hampir-hampir nk tolak ke dewan bedah. Tengok CTG baby nak lemas.
Nasib baik masa nak tukar baju bedah tu kepala baby dah terkeluar. Teran lah kat sana sekali pakej terberak masa meneran baby. Misi kata normal je takpe dorang bersihkan. Malu betul!
Busuk tau bau taik. Tapi misi cakap dia pun terberak juga dulu masa bersalin! Anak kedua pun tak dapat ubat tahan sakit sebab doktor bius cakap dah 4cm ke atas tak boleh bagi epidural. Sakit jahit jangan cakap lah. Meraung2 kita.
Bil anak kedua RM500++
Anak ketiga ni suami ada duit lebih sikit. Tahu je mengandung dah start simpan duit. Kalau bersalin swasta sediakan lah dalam RM10ribu.
Mana tahu kena czer ke kan. Kita check kat klinik kesihatan saja.
Agak2 dalam 26 minggu tu pergi ke hospital yang kita nak bersalin. Sekali check up dalam RM200. Tapi puas hati. Sebab tunggu tak lama.
Dan setiap kali check dia scan baby. Kalau kat KK? Jgn haraplah dia scan. Asyik ambil darah je setiap 2 minggu.
Sampai lah ke last check up, doktor check ada contraction. Tapi tak kuat sangat. Doktor suruh masuk ward.
Kita macam biar betol? Terus suruh masuk wad? Tak check bukaan dan takde tanda sakit tapi dia suruh masuk terus wad. Sebab selama ni berjam-jam kita tunggu katil di hospital kerajaan.
Dorang bagi balik rumah dulu, kemas apa yg patut, kemudian ambil covid test dan masuk wad. Wad bersih! Macam hotel. Paling best sbb tak panas. Selama ni saya bersalin hospital kerajaan berpeluh-peluh.
Dah masuk ward, letak barang semua.. misi dtg pakaikan gelang, check vitals dan check bukaan. Baru 1cm. Air ketuban belum pecah.
Misi kata nak jalan2 makan apa2 pergi lah area bawah2 tu (luar hospital). Terkejut saya dengar. Saya berkali-kali tanya betul ke? Dia cakap ye.
Makan puas2, nanti pantang tak boleh makan dah.
Seronok lah saya makan kat restoran, sempat lagi shopping2 kejap. Jam 6 petang masuk balik ward.
Misi bagitahu nanti jam 10 dia datang buat CTG and tengok contraction. Lps tu 6 pagi keesokan hari nya. Nyenyak tidur malam tu. Memang lain betul management swasta!
Jam 6 pagi tu dia kata bukaan dah 3cm, boleh masuk labour room. Sebelum masuk labour room dia bagi ubat keluarkan semua najis. Terus ke toilet membuang semua.
Kenapa lah dulu kat hospital kerajaan tak dapat ubat ni? Dah tak memasal saya terberak masa meneran anak kedua. Huhu.
Masuk labour room pun tenang saja. Dia check lagi jalan.. dah 6cm. Masa tu sakit contraction dah macam tak tahan. Dorang tanya nak epidural ke? Saya terkejut. Boleh ke?
Dah 6cm ni? Doktor bius pun datang. Dia kata apa tak boleh nya. Sambil doktor cucuk belakang tu kita tanya macam2. Berapa lama boleh dapat kesan ubat bius ni?
Doktor cakap 10-15 minit dah ada effect, kalau masih sakit maksudnya dia salah cucuk.
Sempat gurau eh. Saya tanya lagi betul ke kalau ambil epidural ni sakit pinggang sampai ke tua. Doktor bgtahu setakat ni pesakit dia takde yang sakit pinggang sebab dia doktor pakar, dia tak main cucuk sembarangan.
Epidural ni memang membantu. Tak rasa sakit langsung! Saya sampat tertidur lah. Baby lahir pun tenang. Suami sentiasa ada di sisi siap boleh ambil gambar dan video lagi anak fresh from oven.
Lepas dah jahit semua dorang tolak balik masuk ward. Baby? Misi yang jaga kan. Bagi ke saya untuk menyusu saja. Lain semua misi buatkan. Bagi mandi dan tukar diapers. Esok nya boleh discharge.
Masa dischage saya tanya.. takde nk jolok bawah saya ke? Untuk check sebelum balik? Misi kata dah check masa kat labour room sebelum tolak ke ward, kenapa nak check lagi?
Saya sengih.. oh sebab masa di hospital kerajaan sebelum balik dorang masukkan jari lagi sekali.
Total bill? RM4000++ mahal sebab epidural cas sampai 1.5k. Tapi berbaloi lah sebab tak sakit langsung.
Disebabkan pengalaman yang best dan tak rasa sakit di hospital swasta.. kita mengandung lagi anak ke-4. Kali ni pun sama, pengalaman terindah. Siap boleh pilih tarikh lagi nk lahirkan anak bila walaupun normal.
So itulah perbezaan pengalaman saya di hospital swasta dan kerajaan. Kalau bukan sebab covid, memang saya takkan tahu boleh bersalin di hospital swasta ni.
Harap bermanfaat sharing saya ni. Apa-apa pun tepuk dada, tanya diri sendiri. Mampu atau tak bersalin di swasta.
Swasta pun jaga-jaga kena pilih doktor yang tak cas mahal-mahal, ada swasta yang beranak normal pun sampai 7-8k. Ada swasta yang sebab nak duit banyak dia asyik czer kan orang.
Tapi kalau ke hospital kerajaan pun saya dengar suka czer. macam anak kedua saya.. doktor cakap baby nak lemas. Memang lah nak lemas dh kepala dia kat bawah nak keluar. Nasib baik tak jadi czer.
Salam ramadhan dan buatlah pilihan terbaik.
– Sarah Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit