Beranak Seorang Bersebab

Assalamualaikum dan Hai semua pembaca setia IIUM Confession ni. Aku tertarik dengan luahan Papa John dengan tajuk, Salah ke anak seorang? (https://iiumc.com/salah-ke-anak-seorang/)

Aku juga merupakan emak kepada seorang anak. Baru je berusia 4 tahun. Bila dah anak umur macam tu memang la banyak sangat tekanan dari orang sekeliling.

Sampaikan hal aku nak turunkan berat badan sebab kesihatan, ada sorang kawan menyindir. “Orang lain tambah anak, kau sibuk diet”, ya toksik sangat orang sekitar aku.

Berbalik cerita Papa John, cerita aku tak sama dengan dia sebab aku yang jaga anak dan uruskan anak. Kebanyakkan masa seorang, pergi klinik ke, carikan anak sekolah ke. Aku sorang.

Tapi suami aku bukan macam wife Papa John yang kena kerja outstation busy memanjang. Dia ada je cuma tak peduli. Buat-buat busy dan selalu balik lewat sebab kerja.

Hal tak nak tambah anak ini tercetus sendiri atas sebab berikut :

1) Kerja yang outstation

– Bila aku tak yakin dengan diri aku yang boleh uruskan anak ramai dan kadang-kadang kena outstation juga. Sapa nak jaga anak aku bila aku outstation?

Nak harapkan suami aku dia akan sub pada mak dia. Pernah juga dia cakap yang dia lagi suka aku jaga dari mak dia. Aku ni bertukar tempat kerja sebab nak kurangkan peristiwa nak kena outstation.

2) Terlampau penat

– Jaga anak seorang memang penat. I mean ko sorang dengan anak sepanjang masa, dan kau buat semua kerja rumah sorang-sorang. Lepas tu kau kena kerja juga. Tanggung belanja isi rumah.

Itu belum complain rumah tak kemas la. Sebab anak sepahkan barang pun salah kau. Kalau anak ramai lagi kau bayangkan nak handle semua dari pagi sampai malam dorang nak tidur.

3) Persepsi orang sekeliling

– Aku tak bertuah macam orang lain ada ipar yang sangat supportive. Aku ada ipar yang bertalam dua muka dah macam kuih talam. Depan kau baik, belakang kutuk banyak.

Pernah juga ipar terlepas cakap, aku tak layak nak beranak ramai sebab kes aku kuar outstation, suami aku sub jaga anak dekat mak dia. Jadi nak tambah anak lagi? Memang taklah dengan family in law macam ni.

4) Culas tanggungjawab

– Ini hal suami aku sendiri. Dia ni dulu berpendapatan tetap, time tu dia bagi nafkah okay cuma bab anak dia serah bulat-bulat dekat aku.

Korang pernah jumpa bapak yang tak tau sekolah anak dia dekat mana? Ye dalam kes ini, dialah suami aku, sekolah anak pun tak pernah nak ambil tau.

5) Masalah Kewangan

– Bila dah tak kerja tetap dan tiada pendapatan nak dihulur, aku harap suami aku ambil la sikit tanggungjawab tolong jaga anak. Tapi hampa.

Sekarang memang aku yang menanggung keperluan isi rumah. Kalau nak tambah baby aku rasa memang menjerut leher sebab masalah kewangan ini. Sekarang aku tengah buat kerja sampingan dengan harapan dapatlah aku simpan duit untuk masa tua.

6) Skandal / Orang ketiga

-Ini perangai dia semasa aku tengah mengandung dengan masa pantang. Aku tak tau la orang lelaki ni. Ke laki aku je perangai macam ni.

Masa aku ngandung pernah kantoi mesej bermesraan dengan beberapa perempuan termasuk janda tempat kerja dia. Time tu aku memang orang kata bunting pelamin.

Pernah gak dia cakap kenapa aku ngandung cepat sangat? Dia tak sedia jadi bapak ke apa entah la. Pastu lepas aku beranak perangai mengenyam tak surut lagi.

Sampai pantang pun dia nak cederakan aku pasal perempuan lain. Itu yang aku trauma bila cerita bab ngandung ni. Walaupun dia dah kurang sikit benda-benda ni sekarang sebab dah tak kerja kan, mana skandal nak sangkut tapi aku berjaga-jaga juga lah.

Kesimpulannya, tak semua orang ada cerita menyenangkan dan berharap anak ramai. Ada je orang ada anak sikit ni sebab dia ada banyak masalah lain yang orang luar tak tau pun.

Bagi orang luar tu pun korang jangan pukul rata, korang ada anak ramai itu rezeki korang, tapi pasti ke anak-anak tu akan jaga korang?

(Semalam aku tengok dekat berita tentang rumah orang tua, nenek ni dibuang keluarga, anak nya 9 orang tapi sorang pun taknak jaga dia.. see jangan mendabik dada sangat ada anak ramai).

Dan tolonglah bilangan anak ni bukan pertandingan. Cukup pantang betul aku, belum lagi pasal jantina anak. Itu biarlah orang lain bagi confession.

Sekian dulu dari aku. Sekiranya cerita aku kongsi ni kurang menyenangkan ke takdak faedah aku minta maaf.

Salam Ramadan semua. Maaf zahir batin.

– Madame aR (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *