Beraninya Aku Dulu

Kebelakangan ni banyak pulak cerita seram. Elok jugaklah dari luahan perasaan dalam rumah tangga.

Cerita ni aku throwback zaman belajar aku dekat IPTS Kuala Selangor. Aku ni intake tahun 2009. Rasanya tak ada beza perubahan keadaan jalan tar berlubang sampai sekarang.

Masa hari pendaftaran hanya abang aku dengan kawan dia saja yang hantar aku. Aku berasal dari utara, so exit yang kami lalu adalah Bukit Tagar.

Memang jin bertendang kawasan berbukit berkelapa sawit sampai ke kawasan IPTS. Tol pun sunyi sepi. Macam mana ye petugas tol tu bertugas shift malam?

Siapa yang pernah menjejak IPTS tu, tahulah kawasan tu macam mana. Lombong sana-sini. Siap kawan abang aku tu suruh beli joran buat pancing ikan time weekends.

Kawan abang aku saja banyak bunyi sebab aku dengan abang aku tak ada bonding. Kalau kawan dia tak ikut, memang sunyi saja kereta.

Aku bertapa dekat IPTS tu 5 tahun dari Diploma hingga Ijazah. Seminggu sebelum habis final paper aku, abang aku whatsapp tanyakan barang aku banyak ke nak bawak balik. Semestinya banyaklah dari zaman diploma bawak ke zaman degree punya khazanah yang terkumpul.

Abang aku kata dia nak ke Genting Highland jemput bini dia so alang-alang tu bolehlah singgah ambik aku dengan khazanah aku.

Masa ni aku tak tinggal dekat hostel tapi tinggal rumah sewa dekat kampung belakang. Aku share bilik dengan classmate aku dan tinggal dengan seniors course lain-lain.

Classmate aku ni final paper dia habis awal seminggu dari aku sebab aku ni re-sit untuk paper yang failed sebelum ni tapi dia nak jugak habiskan masa dia teman aku sebelum ayah dia datang jemput dia.

Fast forward esok hari sepatutnya abang aku datang jemput aku tapi last minit cancelled kata tak jadi datang. Aku pun ok saja lah. Aku bagitahu roommate aku, abang aku tak jadi datang. Esok harinya, ayah dia datang jemput, sepatutnya kami berpisah arah masa ni.

Sebelum dia balik tu, dia bagi ,kunci motorsikal turun-temurun yang digunakan dari zaman kakaknya sampailah ke dia dekat aku supaya aku boleh guna untuk beli makanan atau ke kedai runcit. Walaupun motorsikal tu uzur tapi banyak jasa dekat aku.

Speeding dia cuma boleh pergi setakat 50-60km/j saja sebab kawan aku tak pernah servis walaupun tukar minyak hitam dan refill air bateri sebab tak tahu.

Setakat tinggal dengan aku adalah 3-4x jugak simple servis. Nasib baik tak meletup masa kami naik ulang alik ke kelas dan melencong ke Kuala Selangor, Kampung Suharto, Sungai Buloh dan lain-lain tempat.

Disebabkan abang aku tak dapat datang jemput aku dengan khazanah aku, maka talian hayat aku adalah boyfriend aku. So terpaksa tunggu weekend baru dia boleh datang almaklum kerja makan gaji. Dia tak ada transport sendiri selain dari motorsikal so naik bas express untuk datang.

Seingat aku, hari Jumaat malam dia naik bas dan aku mintak dia bagitahu dekat driver bas untuk turunkan dia dekat RNR Rawang.

Aku ingatkan dia untuk call aku kalau dah nak sampai. Pukul 4am jugaklah dia sampai. Alamak terlebih awal! Aku dah macam lipas kudung, seniors aku semua masih dalam alam mimpi. Dekat luar masih gelap gelita.

Aku call semula boyfriend aku dan bagitahu pukul 5am nanti baru aku keluar jemput dia. Untuk pengetahuan korang, public transport tersangatlah susah untuk keluar-masuk Unisel. Semuanya bergantung dengan grab car, kenderaan sendiri.

Bas? Hanya bas yang illegal saja beroperasi masa tu, itu pun ikut jam driver merangkap tauke bas tu. Jam 4-5am pagi buta mana nak ada semua transport servis ni.

Jam dah tunjuk pukul 5am, susana dekat luar masih lagi gelap. Nak tak nak, aku start jugak motorsikal kawan aku tu. Lampu motor samar-samar saja seiring dengan kelajuan motor.

Sampai dekat roundabout depan Unisel, masa ni aku kena decide nak ikut jalan sebelah kiri atau kanan.

Ikut laluan kiri bermaksud ikut jalan Bukit Tagar yang lebih dekat tapi banyak cerita seram yang aku dengar.

Ikut laluan kanan agak jauh perlu lalu pekan Batang Berjuntai dan ke arah Selangor Fruit Valley, jalan situ pun tak kurang seramnya malah lebih mencabar sebab jalan bengkang-bengkok bergaung dengan berpenghunikan monyet.

Jadi aku ambik keputusan meghala ke Bukit Tagar. Aku kuatkan hati dan pesan dekat diri aku jangan pandang kiri atau kanan.

Jalan pulak hanya 2-3 tiang berlampu. Hanya bunyi burung hantu dan cengkerik saja yang aku dengar sepanjang jalan. Aku sangat mengharapkan adalah lori atau kereta lalu. Tapi tak ada.

Dalam keadaan yang gelap gelita dan berkabus dengan simbahan malap lampu dari motorsikal aku, aku masih berdoa cepat-cepatlah ada kereta lalu.

Aku lupa orang tak kerja hari Sabtu. Lama jugak aku dalam hutan kelapa sawit tu, adalah sebuah motorsikal lalu, bisik hati aku, abang tu pergi kerja kot dekat Kilang Johnson.

Lepas tu dah tak ada kenderaaan lalu. Bergelap semula. Lama tu barulah ada lori lalu. Dekat depan sana, aku dah nampak lampu jalan nak masuk ke highway Bukit Tagar tu.

Mata aku memang pandang ke depan saja dan pandangan aku hanya pada sinaran lampu jalan tu supaya cepat-cepat aku sampai tapi tak jugak sebab kudrat motorsikal tu 50-60km/j saja.

Masa ni aku tak ada nak fikir mengarut. Oh kawasan ni tak ada rumah orang, kiri kanan kelapa sawit. Kalau diingatkan semula, nasib baik motorsikal tu tak mati tengah jalan. Akhirnya sampai jugak dekat simpang highway.

Tapi tiang berlampu hanya beberapa batang saja lepas tu terputus semula maka bergelap balik. Masa ni aku dah melalui jalan turun-naik berbukit. Di situ lah dumping area lori-lori sampah dekat sekitar Selangor buang sampah.

Masa yang aku habiskan atas motorsikal tersangatlah lama bagi aku, turun-naik bukit dekat situ. Akhirnya dari jauh nampaklah sinar lampu dari tol Bukit Tagar, nak sampai pun ambik masa dengan kudrat motorsikal yang banyak berjasa tu.

Fast forward, aku dah exit dan menuju ke RNR Rawang, langit masih lagi gelap tapi kenderaan dah berpusu-pusu menghala ke pusat bandar.

Aku jadi sangat lega. Aku picked up boyfriend aku yang dah lama tunggu. Aku bagi helmet dan mintak dia jadi pembonceng saja sebab dia tak tahu jalan dan tak pernah sampai IPTS aku.

Sebelum aku gerak, aku pesan dekat dia siap-siap. Kalau terdengar atau ternampak benda pelik-pelik, jangan tegur. Masa ni aku ambik keputusan balik guna jalan Selangor Fruit Valley.

Dah masuk ke jalan menghala ke Selangor Fruit Valley tu, kawasan yang berimba dengan kabus tebal dan gelap tak jauh beza dengan jalan Bukit Tagar cuma bezanya jalan lebih challenging berbengkang-bengkok bergaung berlereng.

Aku dengan boyfriend aku pun banyak berdiam dari bercakap. Sesekali aku pandang rear mirror jugak, takut jugak kang aku sorang saja atas motorsikal tu. Sebab jalan ni banyak cerita yang seram-seram.

Dengan kudrat motorsikal ditampung pulak dengan berat penumpang lagilah bertambah kesian dekat motorsikal kawan aku yang terpaksa meredah naik jalan berlereng bukit tu. Boyfriend aku pulak senyap saja dekat belakang. Masa balik tak terasa lama.

Lepas dah lalu Fruit Valley tu maka tak lama lagi perjalanan kami akan sampai ke penghujung. Sampai ke pekan Batang Berjuntai, aku tinggalkan boyfriend aku dekat kedai makan mamak. Biar dia rehat sambil bersarapan.

Dan aku pulak pergi jumpa uncle teksi ambik nombor telefon, kira aku booked uncle ni untuk pick up aku di rumah sewa aku nanti.

Aku balik mandi cepat-cepat, seniors aku rasanya dah ke dewan exam. Bila uncle taxi sampai maka aku jumpa semula boyfriend aku di kedai makan tu dan ambik bas terus ke TBS.

Masa dalam bas, boyfriend aku pulak macam nak nangis. Sudah! Kena sampuk ke? Dia pesan, lain kali jangan buat macam ni lagi. Jalan sunyi, gelap gelita. Nak suruh dia naik motorsikal tu sorang-sorang memang dia kata tak mungkinlah.

Okey lah semua, maaflah kalau tak menarik pengalaman aku dengan penggunaan ayat pasar yang tunggang langgang macam jalan aku lalu tu, tapi itu saja lah antara secebis pengalaman aku.

– Zarra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *