Berapa Lama Korang Move On

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. Saya rasa saya perlu pendapat korang. Saya baru lepas putus cinta dengan seseorang, Alhamdulillah secara baik. Actually benda ni agak lucu, tapi amat bermakna.

Sebenarnya Ex saya ni saya pernah tolak cinta dia masa sekolah bukan kejam tau tapi saya nak fokus belajar. Pada mulanya saya memang tak suka dia sebab saya nak fokus belajar, tapi lama-lama dah kenal, know2 tersuka. HAHAHAHA.

Sebab dia ada ciri-ciri minimun yang aku suka. Lelaki mana tak cair wei kalau kena sayang, kena pikatline. Tapi aku masih tak terima cinta dia dan kami berkawan sahaja.

Layanan tu tak sama la sebab aku tolak cinta dengan alasan aku nak fokus belajar. Alhamdulilah aku dapat keputusan dengan pointer triple 3.

Lepas habis sekolah, she went to U and the only choices that I have is working not studying. Kami masih berhubung tapi cuma sekadar ucap selamat hari raya, masa dia dekat U Alhamdulillah, dia happy adalah dia mention nama lelaki yang aku assume her crush.

Dan aku jealous, HAHAHAHAH, agak lama jugak la aku tak ikut perkembangan dia sebab kalau aku tengok aku jadi stress jadi down. Aku takde IG masa tu, sebab bagi aku IG tak penting. Hehe.

Masa whatsapp dah ada feature boleh update status aku tak tengok jugak hahaha. So aku fokus kerja cari pengalaman dan selalu tukar kerja hingga akhirnya aku jadi frontliners setelah berkali-kali mencuba hehe. Rasanya 7 tahun. And guess what she is still single until now.

Sebenarnya awal tahun 2021 dalam bulan April kut kami jadi rapat balik sebab yes urusan formal. Dan aku set dalam kepala otak aku jika aku lulus interview kali ni aku nak jadikan dia calon isteri aku dan Alhamdullah aku lulus dan she said yes.

Maka bermula fasa serius dalam hubungan kami. Actually aku sedar aku kena cepat halalkan hubungan ni aku sedar couple tu haram. Tapi hubungan aku dengan dia macam couple pula dan memang ada masa moment insaf tu sampai la hehe.

Aku baru tahu aku jenis clingy, perisau dan sweet gitu. Gurau ok. Dan masa dengan dia aku jadi seorang yang baik, dan persediaan aku untuk jadi seorang suami tu sedang disiapkan walaupun ada beberapa perkara perlu dibaiki.

Dan In Sha Allah boleh. Semasa dalam relay tu aku rasa happy dan dalam masa yang sama takut. Aku nak cinta dia dan dalam masa yang sama aku juga nak keredhaan Allah. Kami berdua sedar kami rushing.

Mula-mula aku decide kami nak berhubung seminggu sekali saja. Mula-mula dia tak setuju, aku dah risau dah masa ni sebab aku sedar perempuan ni penuh dengan emosi. Dan guess what dia setuju.

Tapi aku sendiri yang langgar pantang aku chat jugak dia macam biasa. HAHAHAHA. Aku jumpa satu quotes kalau sayang seseorang tu tunjuk la effort.

So insaf moment sampai lagi kali ni, sebulan sekali sahaja berhubung dan guess what dia macam tak setuju tapi akhirnya kalau aku tak salah ingatan dia setuju gak. She dont want to break up. Me too. Dan boom now we are break up.

Untuk pengetahuan korang antara faktor yang menyebabkan kami break up ialah aku assume mungkin silap aku,

Aku sebenarnya sedar dengan small details yang dia bagi, she dont want me to text her every time but i assume she like that because at the first ok saja. Tapi dah break ni baru perasan.

Dia tahu aku baru mula kerja, tapi aku still belanja dia makanan. Yes aku belanja sebab thats my effort tapi rasanya aku baru sedar selepas break up ni dia pernah beritahu effort aku tak setanding dia jadi mungkin itu salah satu sebabnya.

Aku rasa effort aku tu yang menyebabkan dia rasa down dan aku baru perasan lepas break up. Satu lagi its about her mental health. I guess. She ada tell me yang dia selesa bersendirian sebab she is the youngest so umur dia jauh beza dengan siblings.

Dan aku assume she is Emotionally Unavailable atau orang panggil (EUPD). Satu lagi dia rasa aku macam obses dengan dia, tapi ya mungkin sedikit obses tapi setelah fikir balik,

Thats is the way i love someone by texting every morning, text drive safely, lepas aku rasa aku angau la wei, aku tengok kereta yang sama cam kereta dia aku teringat dia,

Aku teringat pantai aku teringat dia pernah la aku send video suasana pantai kat dia sebab of cos la baru bercinta dengan caption aku pun lupa la wei, teringat pantai teringat awak kut hahaha so that thing make her feel scary and afraid of me la kut HAHAHAHA.

Dan aku baru sedar perempuan selepas break up still ada benda yang aku tak faham tentang dia. Lagi satu dia still ada benda yang dia tak open up dengan aku. Dan aku rasa tak berguna.

Dan aku baru sedar sometimes mystery should be a mystery. Guys she tried to catch up that feeling balik tapi, tak boleh. She stress thinking about me. Maybe betul la kami tak sedia lagi.

Guys aku rasa aku dah emotionally attach dengan dia sebab aku pun lonely jugak sebenarnya aku rasa. Aku kesian kan dia sebab aku tahu apa yang dia lalui, aku seperti dapat rasa apa yang dia rasa. Satu lagi guys emotionally attach ni mugkin penyebab aku lambat move on.

Aku dah istikharah tapi dia degil dia belum lagi. Hahaha. Aku ada nasihat dia juga tapi dia aku asssume perlu orang yang sesuai untuk nasihat dia. Guys aku kesian dengan dia. Istikharah punya jawapan tu kan aku rasa kami dijauhkan atas sebab mengelakkan maksiat.

Sebab ada hint juga dimudahkan sebenarnya. Aku punya prinsip sekarang ialah aku tak kawin selagi dia tak kawin.

Tapi kalau ada yang nak bawa berkenalan aku just be friend dulu. Dia ada saja text aku, tapi aku tak text dia takkan la nak text sebab rindu tapi dalam masa yang sama aku risau gak, aku risau pasal dia.

Hahahaha sebab she maybe. Maybe have a mental health. Itu yang aku risau, aku nak tolong dia. Aku tahu masalah dia. Lagi satu kan dia cakap dia hati kering. Hahahaha aku rasa aku tak wei. Aku ada tanya dia. Dia berubah sebab aku ke? Tapi no dia cakap ini problem dia.

Tapi aku still rasa aku yag salah. Sebab faktor tu. Apa aku nak buat ek? Dia misteri aku suka yang misteri sebab ada sesuatu yang special tentang dia. She is worth to wait la walaupun dia degil. Aku nak tolong dia keluar dari masalah yang dia hadap. Aku kesian dengan dia.

Orang cakap cari la yang dua – dua beria. Dia memang ada bad habits tapi aku pun ada bad habits aku optimis semua orang boleh berubah. Kawan aku cakap lama-lama ok la tu? Tapi berapa lama? Hahahahaha.

What should i do guys, betul ke prinsip aku. Tunggu dia kawin baru aku kawin, sebab selagi dia tak kawin aku masih risau dengan dia.

Semoga Allah kurniakan dia kesihatan mental dan fizikal yang baik. I know her story thats why I care. Aku tak nak tunjuk yang aku risau dengan dia sebab aku pun keliru aku masih sayang dia ke tak.

Tapi ya aku still kesian dan nak bantu dia out from her problems. Sorry terpanjang pulak.

– FILA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *