Assalamualaikum & hai semua. Terima kasih admin kalau post saya ni disiarkan.
Seperti tajuk di atas, sejak dua menjak ni, banyak sangat post berkaitan lelaki yang membantu atau tidak di rumah, lelaki ringan tulang vs berat tulang.
Jadi, ini pendapat saya, sebagai anak perempuan, dan sekarang sebagai seorang isteri. Zaman dulu, ketika saya seorang anak perempuan kepada seorang lelaki, dan zaman sekarang, ketika saya seorang isteri kepada seorang lelaki.
Zaman dulu, tahun 90-an dulu, ayah saya seorang petani, penoreh getah, dan buat macam-macam kerja untuk menyara keluarga. Diakui, saya tak pernah tengok ayah saya membantu mak di rumah.
Cuci pinggan, cuci kain, cuci tandas, cuci itu ini, kemas itu ini, jemur kain, lipat kain, mandikan anak, tak pernah, ayah cuma pergi kerja, balik duduk rumah, rehat, tengok tv, petang pergi kedai kopi, main dam.
Itulah rutin harian ayah saya yang saya tengok sepanjang saya membesar. memang sebab ibu saya suri rumah sepenuhnya, duduk di rumah, jaga anak, jaga rumah, buat segalanya.
Masa tu tak penting pun lelaki tlagi isteri dekat dapur, dekat kampung biasanya budaya macam tu, sebab lelaki dah berpenat lelah cari rezeki, isteri tak kerja, jadi pembahagian rutin harian macam tu, normal.
Tapi masalah satu lagi yang dinormalisasikan, kalau bapa tak tolong mak, anak lelaki terdidik dengan lelaki tak perlu lagi perempuan dalam kerja rumah.
Jadi bila dah dewasa dah kahwin jadi la macam tu, berat tulang. Sebab tu kalau ayah tak tunjukkan contoh macam tu, mak la yang ambil peranan, panggil anak lelaki tlagi sama2 buat kerja, biar terbiasa.
Sekarang, selepas 20 tahun lebih, saya seorang isteri sekarang, suami saya seorang yang sangat membantu di rumah, dan hakikatnya saya bukan bekerja di luar pun, saya dikira macam suri rumah tapi saya bisnes sendiri dari rumah.
Jadi kalau di ikutkan saya boleh saja buat dalam 80% kerja rumah sendiri. Yang lagi 20% saya akui saya perlukan bantuan, sebab kadang2 bisnes saya masa laju tu memang sibuk sikit, tak sempat & penat sikit.
Tapi suami saya bantu lebih kurang separuh darip kerja rumah, lagi2 jaga anak, mandikan anak, basuh berak anak, dan menyapu, mengemop, mengemas, dll. Suami saya cuma tak masak, sebab dia memang tak pandai masak langsung.
Suami saya dibesarkan oleh ibu bapa cikgu, mak sentiasa dekat luar, sebab bekerja, mak dia masa kecik memang suka menyuruh itu ini, jadi dia terbiasa,
Mak dia minta tolong menyapu, mengemop, cuci periuk cuci pinggan, dan buat kerja2 dekat rumah, jadi dia membesar menjadi ringan tulang.
Lagipun, saya tengok ayah mertua saya iron pakaian sendiri, sampai sekarang, saya tau satu sebabnya dia ada citarasa sendiri nak pakaian dia diiron macam mana,
Tapi tu menunjukkan tak semua perkara perlu pertolongan isteri, ada perkara yang boleh buat sendiri, jadi anak2 tengok dan membesar dengan memahami.
Tak jatuh pun maruah lelaki kalau buat sesetengah perkara sendiri, lagi meringankan beban isteri, kan tu isteri kita, lagi2 yang bekerja, sama2 bekerja cari rezeki khennn..
Jadi saya nampak lelaki ni berat atau ringan tulang tu disebabkan banyak faktor,
Pertama sebab terbiasa dengan tengok para ayah mereka dulu macam mana,
Kedua sebab para ibu tak pernah minta tolong, tak pernah suruh,
Ketiga mentaliti yang kerja rumah hak mutlak isteri/perempuan,
Keempat tidak memahami, jadi banyak faktor,
Kelima kalau memang sebab malas, taknakla macam tu,
Malas itu pilihan, hihi, rajin itu boleh dibentuk & di didik dalam diri, walaupun mungkin dah agak terlambat, tapi tidak pernah terlambat untuk berubah..
Zaman sekarang lagi2 di bandar, suami isteri sama2 kerja, memang patut kerja rumah sama2 buat.
Kalau dekat kampung, sebab adik perempuan saya masih tinggal di kampung, tidak bekerja, memang suaminya kurang bantu, kadang2 tak ada langsung, sebab memang dia sepenuhnya suri rumah,
Tu okayla, tak bahagi tugas pun tak apa, isteri ada banyak masa & tenaga lagi untuk buat semua kerja.
Tapi kalau isteri yang kerja, tenaga tu dah kurang, tu yang kalau boleh perlukan bantuan. Kalau tak memang adalah yang badmood, masam, muka layu, sendu, kusut, rumahtangga pun jadi panas je.
Rasanya kalau suami labur sikit masa & tenaga tlagi isteri walaupun sikit, seronok isteri tu, hilangla satu garis kedutan di wajahnya, hihik.
Jadi tu la nak kongsi pengalaman saya, yang ada masalah macam ni, slow talk dengan suami tu okay je, bagi saya slow talk saja jalan terbaik,
Nak perli2, marah2, berkias kias, bukan cara yang bagus, buat dua2 pihak sakit hati, kan tak bagus tu untuk rumah tangga, tapi sesuatu yang macam ni maksud saya nak jadi ringan tulang ni, adalah sesuatu yang dah terbiasa buat daripada kecik, dah sebati dalam diri,
Tapi kalau tak terbiasa macam tu, boleh belajar, boleh didik diri untuk membantu, mula dari yang simple2, Inshaallah lama2 terbiasa,
Kan nak hidup berumahtangga ni lama, bukan sehari dua, bukan setahun dua kan, anak2 makin bertambah, anak2 makin membesar, atau kehidupan harian makin mencabar,
Masa ni saja nak sama2 bahagi kerja, nanti anak2 dah besar, dah dewasa, dah ada hidup sendiri, kalau panjang umur, kita dah bersara, duduk berdua saja dekat rumah, tak ada dah banyak kerja nak buat, aku tengok muka engkau, kau tengok muka aku, tiberr..
Fikirkan,
– Moonlight (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit