Berat Ke Jodoh?

Hye semua assalamualaikum, nama saya Ha berusia 26 tahun. Tujuan Ha tulis ni adalah minta pendapat kakak2 n abg yang pernah lalui situasi Ha.

Ha mempunyai sebuah kereta comel, ada sebuah rumah flat disewakan kepada orang sebagai aset. Diploma pandai menjahit, ambil tempahan alteration baju di rumah. Kerja hakiki sales, pendapatan 2k-8k sebulan Ha pernah dapat. Tak tetap tapi gaji 2k keatas.

Ha baru konvo tahun lepas part time study Bachelor Executive Business Mangement with Honors. Lompat kerja sekarang sejak tahun lepas.

Actually Ha dah start kerja since umur 20 tahun, lepas diploma. Then Ha part time study start umur 22-25. So dah ad pengalaman kerja dalam 5 tahun. Tu memang salah satu target Ha. Habis belajar degree with skills. So Ha tak awkward as a fresh graduate.

Tapi Ha bukan bekerja dalam bidang fesyen, lompat ke bidang yang lebih mencabar dan dikelilingi ramai pekerja lelaki.

Duduk menumpang di rumah kakak. Mak ayah di kampung dan ada sumber pendapatan tetap. Nampak macam smooth kan hidup Ha, lagi2 bila orang tahu ha anak bongsu.

Ha pernah putus cinta di usia 22tahun setelah 5 tahun bercinta since belajar. Ex bf bagi alasan nak fokus kerja n tkde planning nak kawen sehingga umur 30. Atas alasan mak ayah tak bagi. Ha macam kesian la kan, tapi after 2 weeks ada member Ha report dia keluar dengan perempuan lain.

Then long short story umur 24 lepast dua tahun kami putus, dia kawen dengan perempuan tu yang berusia 29 tahun. Rupanya dia mencari perempuan yang sudah ada karier. Berbanding Ha yang kerja biasa2 sambil belajar masa tu. Gaji cukup2 makan je masatu ada sebuah skuter kakak bagi ulang alik kerja. Hee.

Rasa begitu kejam nya dunia ni. Rupanya ada lelaki yang memandang harta dan pangkat. Padahal Ha la dulu yang print borang sambung belajar untuk dia dapat kerja sekarang. Ha pon pernah buatkan assignment masa belajar. Bila dah habis, dia rasa dah berjaya dia tinggalkan begitu je.

Disebabkan pengalaman silam yang pedih dan ada attachment issue, ha ambil masa untuk betul2 kenal orang baru. Umur 24 Ha dikenalkan dengan seorang lelaki ni, kita bagi nama K la ya. Masatu Ha tengah final year degree, K ni pertama kali jumpa terus datang rumah minta izin berkawan.

Mama suka dengan tingkah laku nya. Biar pon orang kampung, tapi budi bahasa tinggi. K ada diploma pertanian dan ada business tanaman. Ha pulak orang kampung yang berhijrah ke bandar since form 4 sebab masuk asrama dan sambung belajar.

K ajak kahwin setelah 6 bulan perkenalan. Tapi Ha tak bersedia sebab bagi Ha biar Ha habis kan degree dan beli kereta. Baru fikir seterusnya. Tujuan K masatu ajak kawen sebab ayah K offer nak kahwin kan sekali dengan adik nya.

Tapi Ha tetap dengan pendirian, belum bersedia untuk kahwin. Ha pon cakap dengan K kalau awak rasa awak nak kahwin, awak cari la orang lain. Sebab saya belum bersedia, kalau tak awak kena tunggu saya.

Sehingga la ke tahun ni. Usia perkenalan kami dah nak masuk tahun ke 2. K masih lagi setia tanpa ada sebarang masalah dari orang ke 3. Kami sibuk dengan kerjaya masing2.

Ha inform K yang saya dah bersedia untuk kahwin. Sebelum ni pon Ha pernah cakap Ha taknak kawan lama2, kalau lebih 2 tahun takde progress Ha nak beredar, dah taknak menunggu. Sebab perempuan ni perlukan kepastian, Ha taknak pisang berbuah 2 kali. Tunggu akhirnya jodoh orang lain.

So mama pon suruh Ha pergi jumpa family K. Jumpa mak ayah kenal2, ok tak. Family K First time jumpa sangat welcoming.

Ha balik lepas jumpa tu rasa terharu. Drive sambil mata berkaca, sebab dulu dapat layanan dengan mak ayah ex tak macam ni. Ya la bercinta masa muda mungkin. Belasan tahun hingga awal 20an kan dulu. Semua nya berjalan lancar.

Satu hari mama Ha minta untuk Family K datang merisik. Kenal2 makan2 sambil bawa sebentuk cincin. Pertemuan ni planning mama untuk eratkan antara dua keluarga sebab mak ayah masing2 tak pernah jumpa. K pon sebenarnya dah beli cincin sejak awal perkenalan kami. So should be ok.

Tapi tiba2 K inform yang mak ayah dia tak setuju. Dia kata melecehkan. Family K nak datang tunang je. Lepastu kahwin. Ha dah cuba minta izin umi, tapi umi Ha pon tak setuju. Ha sebagai anak bongsu dari 5, 6 adik beradik yang tradisi ni dah dibuat. Bukan senang2 nak pujuk.

Bagi umi penting untuk ada sesi bertemu dalam keadaan privasi dan tak ramai. Kalau tunang biasa keluarga besar akan ikut. Kami pon ada perselisihan pendapat dari segi hantaran.

Ha minta 12 ribu walaupun degree biasa 15 ribu keatas sebab ha taknak bebankan. Ikutkan bila Ha kira2, bajet majlis kawen 20 ribu. Tapi tu ok tkpe. Ha dan family boleh tambah.

K pula minta 11 ribu hantaran alasan kakak pertama 12 ribu, hantaran adik 10 ribu jadi K sebagai anak kedua lelaki perlu 11 ribu. Kelakar sangat alasan tu bagi Ha, tak logic bagi Ha. Ha dah downgrade hantaran Ha minta lagi rendah. Masih lagi minta discount 1 ribu.

Sedangkan Ha pandai masak, Ha pandai jahit, Ha pandai cari duit tambahan, ha rajin kerja. Kadang2 Ha sentiasa naik kan value Ha dengan pergi kelas menjahit, kelas belajar komputer, kelas sale, join kelas tajwid bulan ramadan. Jadi Ha tak bersetuju dengan permintaan K.

K ada cakap nampak yang kita tak sekufu, dia suruh solat istikharah minta mimpi. Istikharah ni kadang2 bukan dari mimpi je. Mungkin dari segi persefahaman juga yang tak dapat dibuat.

So last Ha cakap pada K, cukup sampai disini. Buat apa lama2 kalau akhirnya kita tak bersama. K sebenarnya buntu, nak Ha tapi mak ayah K tak nak datang merisik..

Ha pon kesian sebab dia dah tunggu sehingga Ha habis belajar. Ha letak syarat kalau tak datang merisik kenal2 family jangan chat atau contact Ha. Sebab Ha masih trauma pernah kena tinggal. Sehingga sekarang K berdiam diri.

Ha ada juga tanye kawan2, bagi pendapat dieorg susah melibatkan family ni. Takut kalau Ha paksa2, mak ayah K datang.

Tapi bila berkahwin perasaan tu dah tak syok dengan masalah sebelum ni. Ada juga yang cakap permintaan ni tak pelik. Sebab dia pon buat. Merisik datang, tunang datang. Tak semestinya keluarga awak tak buat, keluarga lain pon tak buat.

Lelaki kalau nak, dia lah yang perlu datang kerumah. Ikut permintaan perempuan juga. Jadi sehingga sekarang hubungan kami tergantung tak bertali. K disana berdiam diri. Tanpa kata putus. Tu bermaksud dia tak berjaya pujuk family nya untuk datang.

Nak tahu kenapa Ha berkobar2 bersedia untuk kahwin? Sebenarnya, tempat kerja baru Ha ni penuh dengan lelaki. Suami orang dan bujang beberapa. Ha rasa tak selesa pegang tittle sorang bujang perempuan dalam department kami.

Suami orang suka bagi ayat2 gatal. Memang takde pegang fizikal, tapi Ha rasa tak best. Ha rasa perlukan seorang lelaki yang melindungi Ha, yang sekufu pemikirannya, yang tak rasa hantaran Ha minta terlalu tinggi, yang tak rasa Ha demand. Seorang lelaki provider, tak kaya tapi mampu menjaga Ha.

Tapi dalam masa yang sama Ha pon risau kalau kahwin, nanti bertahun2 adakah suami Ha akan jadi macam laki2 gatal tempat kerja Ha ni? Ha tak layan gatal diaorang, Ha tak pakai baju menjolok mata. Ha pakai tudung tutup dada.

Sesunguhnya Ha sangat memerlukan lelaki yang provider. At least status kahwin, tak dilayan dan di ngurat macam single ni. Mungkin ada perempuan suka kena ngurat, tapi Ha tak selesa. Rasa tak selamat. So apa cadangan?

– Ha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

3 Comments

  1. Nak share pendapat saya, Ha, betulkan niat balik nak nikah kerana apa. Utk yg suka kacau2 ha, ha dh buat yg terbaik dah tu, jgn layan, kalau boleh be strict, cakap depan2 kat org yg berani bagi ayat2 gatal tu yg ha tak nak dipermainkan mcm tu. Kalau diaorg berani ckp mcm tu, ha pun kena berani. Kalau makin teruk, boleh cuba risik2 tempat kerja lain, insya allah, Allah tahu Ha nak jaga diri, mesti Allah akan bagi tempat kerja yg lebih baik. Saya doakan Ha dpt tempat kerja yg baik dan selamat utk Ha, menjlnkan syariat agama. Utk jodoh, lambat atau cepat, akan tetap sampai jugak di waktu yg dh ditentukan. Cuma dlm penantian tu, bnyakkan bersabar, & jgn risau akan perkara yg kita tak tahu. wallahu a’lam

  2. Kalau expectation tinggi sgt mmg susah nak dpt.

    Kalau dpt pun mungkin 2/10 drp ciri2 yg kita nak.

    Pertama cari yg ada tiang ugama baru tiang lain kukuh.Kalau solat pun tak..ermm sendiri mau igt

    Yg pntg jgn kaki pukul kaki betina..culas nafkah dan baran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *