Aku seorang isteri dan ibu kepada sepasang anak anak comel yang berumur 12 tahun dan 9 tahun.
Aku seorang isteri taat yang sentiasa mendahulukan keluarga melebihi diri aku sendiri.
Kisah ini berlaku beberapa tahun lepas. Ketika aku sedang bekerja, membantu meringankan beban suami dalam mencari nafkah.
Aku mendapat panggilan dari seorang kenalan, memaklumkan bahawa terlihat suamiku check in bersama seorang wanita di sebuah hotel.
Pada mulanya aku tidak percaya, tetapi dengan beberapa keping gambar yang dihantar melalui whatsapp, terbukti suami ku yang ku hormat dan sanjung, curang di belakang ku.
Long story short setelah aku confront suami untuk mengaku, dia pun mengaku telah menjalin hubungan dengan wanita tersebut selama 2 tahun.
Hati aku benar benar hancur. Dunia aku gelap. Aku tidak sanggup untuk diduakan dan meminta suami melepaskan aku.
Tapi suami merayu untuk memaafkan kesalahannya dan berjanji untuk meninggalkan wanita tersebut.
Macam macam yang dia lakukan untuk meraih kemaafan aku.
Dia mula mengambil berat tentang aku dan anak anak. Solat berjemaah bersama.
Selalu luang masa bersama tiap hujung minggu. Kadang-kadang dia akan book date kami untuk pergi kuliah agama bersama.
Aku cuba untuk memaafkan dia. Tapi setiap kali melihat wajah suami, aku tidak boleh lupa pengkhianatan dia.
Aku berpura-pura senyum gembira, tapi sebenarnya hati ini sangat sakit.
Setiap laku kebaikan yang dia lakukan pada aku, mesti mengingatkan tentang kebaikan yang dia lakukan pada bekas teman wanita dia walaupun pengkhianatan dia itu sudah bertahun-tahun berlalu.
Berdosakah aku berpura pura bahagia tapi sebenarnya sangat menderita?
– Hanis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit