Beratnya Menjadi Si Dara Sekarang

Cerita bermula di waktu malam nak menginjak ke pagi. Aku dan seorang kawan perempuan aku S bercerita itu ini sampailah masuk ke bab jodoh.

S memang bernasib baik sebab dia nak tamatkan zaman bujang tahun depan.

Aku memang tak nampak bayang lagi, aku syak jodoh aku tak pandai pakai waze, asyik tersesat je. Atau dia sibuk ketuk hati orang yang salah. Tak tahu nak cakap macam mana.

Umur aku 26 tahun nak cakap risau tu tak risau sangat pun. Aku usaha juga sebenarnya, cuma takkan lah semua usaha nak cerita.

Tetapi kenapa perempuan selalu dipersalahkan bab urusan jodoh ni?

Aku pernah kawan aku kenalkan aku dengan seorang lelaki A. Dia ini memang pakej rumah, kereta, agama ok, semua dah ada. Waktu itu PKP, jadi kami contact guna whatsapp je.

Aku selalu kalau tak reti aku akan terus-terang. Aku cakap, aku tak pernah taaruf dengan sesiapa sebelum ni, hatta nak mesej dengan lelaki tak pernah jumpa ni memang tak pernah.

Aku cakap, aku berharap yang dia akan bawa conversation ni sebab dia lebih tua dari aku. Aku cakap straight to the point sebab cara komunikasi dengan lelaki memang macam tu.

Pada masa yang sama aku tak nak terlampau dominan atau pandai sangat. Tetapi dia banyak senyap, jawab sepatah-sepatah. Lastly, si A cakap tak nak teruskan.

Waktu ni kawan aku salahkan aku sebab aku tak mulakan dulu. Kawan aku suruh aku turun ke Pahang, aku tak nak. Ingat Putrajaya-Pahang tu dekat?

Dan kenapa aku sebagai perempuan perlu turun sampai ke Pahang semata-mata untuk berkenalan dengan lelaki tu?

Sudahlah aku kena mulakan setiap komunikasi, aku juga kena pergi jumpa dia. Aku minta video call tapi dengan kehadiran orang tengah pun tak nak.

Dekat sini aku memang ego sedikit la.

Sebab aku masih berpegang pada tradisi kowt. Lelaki kena mulakan dan lebih banyak usaha.

Perkenalan dengan si B pula daripada kawan yang lain. Si B dia kerja di Singapura beza umur 10 tahun.

Si B dia banyak bercakap dan cerita tentang diri dia, latarbelakang dan lain-lain sampai aku tak tahu nak cakap apa. B ada sakit psoriasis.

Tapi aku tiada masalah untuk itu. Tapi rupanya, dia adalah ex-boyfriend kawan yang kenalkan tu.

Dari mana aku tahu? Perempuan kan ada sixth sense. Tapi lama-lama aku tanya juga, betulke dia exboyfriend kawan aku tu.

Dia pun mengaku. Dari lenggok cakap dia masih sayangkan ex walaupun ex dia tu dah kahwin siap ada anak.

Aku sabar lagi. Tapi tipulah tak rasa apa-apa. Aku cuba realistik. Sebab sesi perkenalan yang gagal sebelum ni, orang salahkan aku.

Tapi end-up dia putuskan sebab tak boleh terima adat keluarga aku. Aku pun ok lah.

Selepas beberapa proses taaruf dan perkenalan gagal, aku memang refleksi diri aku.

Aku pun kadang-kadang rasa “Salah aku ke?” Aku siap baca lagi buku ‘Unbreakable’ Aiman Azlan dan buku ‘Men from Mars and Women from venus’ untuk tahu cara lelaki dan perempuan fikir dan komunikasi.

Ok berbalik perbualan aku dengan S pada 1 pagi tu. S ni kawan aku waktu dari sekolah menengah cuma dia mula rapat dengan aku waktu STPM.

Dia cakap aku ni terlampau keras dengan lelaki. Kena lemah-lembut sedikit.

Aku cakap, dekat pejabat aku, rakan sekerja semua cakap aku lemah-lembut, melawan pun cara lemah-lembut. Aku pun macam eh peliknya.

Dia cakap jiwa aku kasar. Tapi gaya dia cakap tu macam provok aku lah. Sampaikan aku tak cukup tidur la esok tu. Aku rasa kenapalah kita buka topik macam ni jam 1pagi esok tu nak kerja.

Aku tak faham kenapa perlu salahkan wanita dalam hal mencari jodoh ni?

Bagi menuju ke gerbang perkahwinan masing-masing perlu usaha.

Dan usaha lelaki perlu lebih sebab dia akan jadi ketua keluarga. Tidak datang menemui aku apatah lagi keluarga aku menandakan dia sering lari/takut hadapi masalah.

Padahal waktu kahwin lagi banyak masalah perlu hadap. Lelaki perlu jadi Pembuat keputusan yang baik.

Kalau perempuan yang mulakan,

Perempuan yang datang ke tempat lelaki,

Perempuan juga yang fikirkan haluan komunikasi nak hala ke mana.

Jadi peranan lelaki sebagai bakal mengemudi kapal apa?

Bila lelaki reject perempuan, perempuan tetap dipersalahkan dan perlu berubah mengikut acuan lelaki contoh perlu cantik, perlu ada kerjaya, perlu pandai kemas rumah, pandai masak. Perwatakan kena lemah lembut.

Cuba tanya apa yang lelaki perlu buat?

Lelaki perlu ada kerjaya yang stabil, perempuan pun kena.

Kenapa saya rasa semua ini macam tak betul ye? Kenapa zaman sekarang lelaki ni sangat-sangat low self-esteem sampai semua nak harapkan perempuan?

Ke masing-masing ada pendapat masing-masing

– Lady (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *