Assalamualaikum readers. Aku seorang gadis berusia 23 tahun ni. Seorang pelajar di sebuah universiti terkenal di Perak.
Kisah ni bermula pada hujung tahun 2020. Aku bekerja sambilan di sebuah kedai. Waktu tu kami semua belajar secara dalam talian.
Jadi masa terluang aku menghabiskan dengan bekerja. Aku seorang yang sangat menjaga hubungan dengan orang sekeliling dan keluarga.
Oleh sebab kerjaya yang bakal aku sandang, aku sedaya upaya menjaga diri daripada memalukan keluarga.
Tapi semuanya berbalik pada diri bila aku selalu cakap aku tak suka “penyondol”. Sebab parents aku pun bergaduh kerana benda tu selama bertahun-tahun.
Melihat mama aku menangis pun dah buat aku cukup benci dengan perempuan yang masuk dalam hidup papa aku. Aku tak tahu dia siapa tapi aku memang benci dia.
Dan apa yang aku boleh katakan, “The Sin That You Mock Today, Will Be The Sin That You Commit Tomorrow” itu lah yang berlaku pada aku.
Aku kenal dengan Mr.Z seorang senior di tempat kerja aku sebagai seorang abang yang berbelas tahun usia kami.
Aku agak cenderung untuk tidak mengambil tahu urusan sesiapa di tempat kerja sebab bagi aku tu semua tak penting.
Kawan-kawan kerja semua jumpa pasangan dekat tempat yang sama, walhal aku? Tak. Aku tak minat nak bercinta macam diorang.
2 bulan berlalu, semuanya elok-elok je di tempat kerja. Satu hari tu, aku ada buat group whatsapp untuk menjual barangan makanan dari rumah sebab aku dah nak berhenti kerja.
Mama tak bagi kerja lagi sebab balik lewat setiap hari. Lepas je buat group whatsapp tu, aku pelik lihat kelakuan Mr.Z yang seakan cuba mendekatkan diri dengan aku dan ada whatsapp aku.
Aku tak tahu menahu status dia. Aku anggap dia sebagai abang. Tapi lama kelamaan, aku makin selesa dengan Mr.Z sebab dia sama dengan aku. Dia pun tak suka bercampur dengan orang sangat. Kalau tak penting, ignore je.
Minggu demi minggu, semakin rapat. Sampai lah hari yang aku nak berhenti kerja. Mr.Z ada menyatakan hasrat untuk belanja semua orang makan sempena aku last kerja. Semua orang setuju.
Aku ikut sahaja sebab itu untuk aku. Itu lah pertama kali aku nampak perwatakan sebenar Mr.Z luar daripada kerja.
Aku ada bertanya dengan kawan-kawan tentang status Mr.Z tapi semua orang tak tahu.
Kalau dia sudah berkahwin, kenapa dia tinggal seorang diri di sini. Dia tak pernah cuti untuk balik kampung atau apa. Dia sentiasa ada di sini dan tinggal di kawasan rumah aku juga.
Oh, aku buat andaian. Mungkin dia duda. Aku kenal dia selama 4 bulan dan tidak pernah sekalipun menunjukkan tanda dia suami orang atau ada anak.
Setelah aku berhenti kerja, aku mula berhubung dengan Mr.Z kerana dia selalu buat aku rasa selesa. Mungkin sebab jarak umur yang jauh buat kami selalu ada topik untuk bersembang.
Hari demi hari, perasaan sayang antara kami muncul. Aku bahagia. Dia selalu teman aku kemana-mana. Dia ada saat aku tertekan dengan pelajaran atau terpaksa menghadap keluargaku yang agak toksik.
Sehinggakan suatu hari tu, waktu aku keseorangan dekat rumah semasa family semua pulang ke kampung, aku buat keputusan untuk datang kerumahnya.
Tujuan aku hanya lah untuk berborak sahaja di luar rumah. Tidak terduga, aku tidur dirumahnya selama dua hari.
Aku malu dengan diri aku. Aku kotor, hina, jijik dengan diri sendiri. Aku dikenali dengan gadis yang lemah lembut, bertudung labuh dan berbaju labuh. Tapi aku merosakkan diri aku.
Beberapa hari aku cuba bertaubat. Tetapi aku tak tahu lah. Benda ni bila dah cuba, aku sepertin meminta lagi dan lagi dan lagi. Aku fikir hanya sekali rupanya berulang kali.
Boleh dikatakan setiap minggu aku kerumahnya. Masuk ikut pintu belakang sebab takut jiran nampak. Aku tahu Mr.Z baik. Bertanggungjawab. Jadi sedikit sebanyak aku lega.
Semuanya berlalu dengan indah. Hubungan kami sememangnya hangat sentiasa. Kemana-mana bersama. Sampai lah mama aku syak sesuatu.
Mama pelik, kenapa aku selalu keluar dan tak mahu ikut pulang ke kampung setiap bulan. Aku bagi bermacam alasan. Tetapi perbuatan aku macam sudah dihidu mama.
Mama tanya, sama ada aku ada kekasih ke. Aku menidakkan benda tu. Aku semakin takut dan cuba jarakkan hari untuk berjumpa Mr.Z.
Mr.Z pula jadi tak keruan bila aku tak berjumpa dia lagi. Tapi mahu tak mahu, aku kena selalu di rumah.
Selepas hampir seminggu tidak berjumpa, tiba-tiba aku dapat mesej. “apa hubungan awak dengan Z?” masa tu bagai nak gugur jantung aku.
Aku cari tahu siapa orang yang mesej aku tu. Rupanya, dia lah isteri Mr.Z dan kebodohan aku masa tu baru aku terfikir kenapa Mr.Z tidak pulang ke kampung. Sebab masa tu tak boleh rentas daerah.
Aku pula tak pernah pun check telefon Mr.Z. aku hanya buat andaian yang dia masih bujang atau duda.
Aku serabut. Aku tahu tentang segalanya selepas aku stalk isterinya di mana-mana. Hubungan mereka baik sahaja. Mereka memang jenis tak selalu contact. Hanya call sekali sekala. Isterinya sejenis tak menganggu dia selalu.
Aku jadi tak keruan. Aku simpan nombor telefon isteri dia dan mula provoke di status whatsapp. Aku bagi hint yang kami pernah bersama.
Tapi isteri dia tak pernah faham dan minta aku untuk tinggalkan suaminya.
Aku pula memikirkan dara yang sudah diragut Mr.Z aku meneruskan hubungan ni dan taknak berpisah apatah lagi bermadu. Aku mahu isterinya yang pergi. Mr.Z ada beritahu aku yang dia dah pilih aku.
Aku kenalkan dia kepada orang tua aku. Rupanya, aku silap. Mama papa tak suka Mr.Z. Firasat mama papa aku mengatakan dia bukan lelaki bujang atau duda walaupun aku tak beritahu tentang tu.
Mereka suruh aku tinggalkan Mr. Z atau mereka saman Mr.Z sebab mengganggu aku. Aku terlalu sayangkan Mr.Z sebab dia lelaki pertama yang sentuh aku.
Isterinya buat keputusan juga untuk saman kami berdua memandangkan bukti bukti yang kami bersama ada di dalam galeri telefon Mr.Z.
Dia ada menyatakan niat untuk viralkan kami. Aku takut. Aku block Mr.Z dan merana setiap hari. Aku nak dia. Aku terlalu sayang dia.
Sampai ke harini aku tak dapat berhubung dengan Mr.Z selepas dia berhenti bekerja di tempat kami. Dia balik kepada isterinya dan menghilangkan diri.
Sekarang aku buntu. Aku cuma mahu dia bertanggungjawab. Aku tahu dia nak bertanggungjawab. Dia cuma takut aku dimalukan di khalayak umum.
Sekarang, aku cuba menenangkan diri denga sorok semua tentang diri aku dari media sosial. Dah setahun berlalu. Perasaan cinta dan sayang masih belum mati.
Kepada Mr.Z moga abang bahagia dengan isteri abang. Ampunkan saya. Doakan saya move on.
– Shiee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit