(Pengakuan dari Klien kes Keldai Akaun)
Saya telah dilantik untuk mewakili Tertuduh yang dituduh di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955,
Di mana jika sabit kesalahan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Okay cerita dia begini.
Tertuduh, Kamila (bukan nama sebenar), ada akaun bank CIMB dan juga Kad ATM.
Tujuan asal Kamila buka akaun adalah untuk urusan gaji dan simpanan wang untuk kegunaan peribadi.
Kamila serahkan kad ATM ini kepada Lisa (bukan nama sebenar) beserta dengan PIN Nombor sekali dan sebagai ganjaran Lisa akan bayar Kamila RM250 komisyen setiap bulan.
Kamila percaya kepada Lisa.
Kamila cuma terima komisyen RM250 sekali sahaja. Lepas itu Lisa ini ghaib dah. Call/Whatsapp semua tak angkat berjawab.
Kamila tak pernah pun buat Laporan Polis atau batalkan Kad ATM tersebut sebab bagi dia tak ada duit dalam itu.
Lagipun dia ada kat ATM lain, Maybank. Akaun ini aktif dan dia pakai selalu untuk urusan gaji, dan peribadi.
Beberapa minggu lepas itu, ada 2 transaksi kemasukan wang berjumlah RM3,000 melalui CDM (Cash Deposit Machine) dan juga onlien banking sebanyak RM2,800 pada hari yang sama.
Kamila kena tahan dengan Polis sebab ada 2 repot yang dibuat atas nama dia selaku pemilik akaun. Mujur ada 2 report saja.
Cer bayangkan kalau banyak? Road tour la 1 Malaysia.
Pendeposit telah ditipu/scam.
Pihak Polis tanya samada Kamila guna no tel sekian sekian? Kamila kata tidak.
Sewaktu dalam tahanan remand, Kamila kena soal samada dia kenal Mangsa (Pengadu) yang masukkan duit berjumlah RM3,000 dan juga RM2,800?
Kamila tak tahu apa yang Lisa buat dengan akaun bank dia. Dan dia pun tak tahu jika ada duit keluar masuk dalam akaun itu.
Dia kata tak pernah berhubung. Tak kenal. Tak tahu.
Kesannya :
1) Kamila kena tahan remand 7 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, iaitu Penipuan.
2) Kamila kena turun naik Mahkamah kerana dituduh di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
3) Kamila hanya dapat RM250 sahaja. Tetapi kena tahan remand 7 hari kemudian kena denda mungkin RM1,000 atau boleh jadi Penjara.
Itu jika ada 1 pertuduhan saja.
4) Kamila hilang kerja. Ada rekod buruk. Terpaksa berjauhan dengan anak dan keluarga sekurang kurangnya 7 hari.
Berbaloi ke penderitaan Kamila?
Jangan sesekali beri kat ATM, NO PIN pada sesiapa pun.
Tujuan posting ini adalah untuk beri nasihat dan iktibar pada semua.
– Shada Mazan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit