Berbaloi Ke Nak Berhenti Kerja Kerajaan Sebab PJJ?

Assalamualaikum, sedikit latar belakang. Nama aku Mimi (bukan nama sebenar), umur 28, baru berkahwin tak sampai setahun pun dan sedang dalam pantang anak sulung.

Tujuan aku menulis untuk minta pandangan semua dan membaca pengalaman sesiapa yang pernah resign kerja sbb pjj or family.

Untuk makluman, aku mmg berasal dari pantai timur dan ibu bapa juga masih menetap di sini. Suami aku memang asal pantai barat. Sebelum berkahwin kami dah decide untuk aku berhenti kerja dan ikut dia menetap di sana.

Hujung tahun lepas, Alhamdulillah aku diterima bekerja dalam sebuah badan berkanun. Memang rezeki yang tak disangka.

Cuma yang menjadi isu adalah penempatan aku di pantai timur (mengikut alamat asal sebab mohon semasa belum berkahwin). Suami pula bekerja dengan sebuah GLC dalam bidang kejuruteraan. Jadi bermula lah episod pjj kami.

Dari awal aku memang berat hati nak pergi sebab tak nak berpisah dengan suami dengan keadaan diri yang hamil 3 bulan. Tapi family dan suami pujuk untuk terima atas faktor susah nak dapat kerja kerajaan dan jawatan yang ditawarkan berkait dengan apa yang aku belajar.

Kami sepakat untuk aku tinggal di rumah keluarga aku manakala suami stay di pantai barat. Jarak rumah mak ayah aku dengan tempat kerja aku lebih kurang 40-45 min melalui highway.

Atas faktor hamil, mereka semua meminta aku untuk sewa bilik supaya tak penat berulang alik dan hanya balik waktu weekend sahaja.

Aku sewa bilik untuk 5 bulan pertama sahaja sebab aku stress duduk sorang2 itupun kebanyakan masa aku balik rumah parents jugak walaupun bukan hujung minggu.

Kerja aku Alhamdulillah okay sangat. Kerja tak sibuk sangat, banyak peluang untuk belajar benda baru, kawan2 kerja yang baik dan tak kedekut ilmu even bos2 pun semua okay. Cuma aku yang tak okay.

Kadang2 masa drive aku nangis sebab rindu life dengan husband, scroll phone nampak post orang dengan husband masing2 pun aku sedih, nampak perempuan pregnant jalan dengan husband kat pasar malam sama2 pun aku boleh sebak.

Jujur aku cemburu sebab dulu life aku macam tu sebelum pjj. Malam2 lagi lah, lepas solat maghrib sementara tunggu isyak tu dah macam rutin menangis. 2 minggu sekali husband aku akan balik sini, boleh dikatakan setiap kali dia nak balik aku nangis.

Bukan aku je tak okay, suami pun ada masa nangis sama. Suami aku pun sedih sebab agak susah untuk dia cari kerja sekitar sini memandangkan dia dalam bidang green energy dan terikat dengan bon syarikat. Bukan tak cuba, tapi belum ada rezeki.

Aku ingat lepas bersalin emosi aku akan makin okay. Rupanya tak. Aku lagi banyak menangis. Setiap kali susukan anak, aku sebak sebab aku fikir lepas ni macam mana life aku dengan baby.

Sepanjang dalam pantang ni boleh dikatakan hari2 aku menangis, suami lah yang selalu pujuk. Sekarang suami dah habis paternity leave, lagi lah emosi aku makin tak stabil.

Parents aku dah 65 tahun ke atas, tak sampai hati aku nak susahkan diaorang. Tapi malam2 kalau anak aku berjaga, aku memang tak ada pilihan lain. Mak aku kata awal2 nanti dia boleh tolong jaga kan baby dulu nanti masa aku dah mula kerja.

Aku tak harapkan sangat sebab keadaan mak yang sakit lutut. Mak aku kata kalau nak cari pengasuh, cari yang boleh datang rumah supaya dia boleh pantau baby sama.

Aku dah survey2 harga pengasuh yang offer servis tu. Paling murah RM1200. Aku dah kira kalau aku jadi ambil, lepas tolak komitmen, tol dan minyak, baki ada dalam RM250 untuk aku survive setiap bulan.

Masa ni lah terdetik dalam hati aku berbaloi ke semua ni? Jawatan aku memang boleh mohon untuk ditukarkan ke stesen pantai barat tapi aku perlu tunggu pengesahan jawatan dulu yang mengambil masa dalam 1-3 tahun dan juga bergantung pada kekosongan di stesen tersebut.

Kalau nak hantar ke rumah pengasuh memang akan jimat cuma dengan kes2 sekarang, aku jadi takut.

Kekangan waktu juga bagi aku sebab pukul 7 pagi aku dah keluar rumah dan sampai rumah balik dalam pukul 6 petang. Aku risau tak sempat untuk aku hantar baby ke rumah pengasuh waktu pagi.

Ayah aku memang boleh tolong hantarkan tapi setiap minggu ada hari dia akan outstation sebab ada kerja di luar kawasan. Jadi aku rasa tu bukan 1 solusi untuk aku.

Kerja aku juga memerlukan aku untuk outstation, yang ni lagi buat aku pening fikir. Aku ada bincang dengan suami pasal semua ni dan okay ke kalau aku untuk berhenti kerja dan cari kerja biasa2 je dekat sana nanti.

Suami okay asalkan aku happy, cuma dia kata sayang lah sebab kerja tu memang kena dengan bidang aku.

Jujur aku kata, aku sayang kerja aku sebab jawatan ni memang salah satu impian aku. Tapi aku asyik terdetik dalam diri aku, berbaloi ke semua ni? Pjj dengan keadaan diri tak bahagia, emosi tak okay, nak uruskan anak lagi. Kos suami untuk ulang alik lagi.

Jadi aku mohon pendapat semua sebab aku yakin pembaca iium confessions mampu beri pendapat tanpa bias atau beri cadangan yang lebih baik untuk aku.

Kalau ada yang pernah resign dari government sebab anak or pjj pun please share pengalaman korang. Ada ke rasa menyesal sebab resign? Apa yang korang buat after resign e.g bisnes ke? Terima kasih semua.

Aku dahulu kan dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah permudahkan urusan kita semua. InsyaAllah.

Salam sayang,

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. aku tak baca habis cerita ni. baca tajuk saja. cuma dari pengalaman sendiri yang kerja kerajaan dan pernah pjj ( 5 tahun ), bagi aku, tak baloi berhenti. aku dulu mujur tak berhenti. kalau tak, jenuh nak minta kerja baru. umur dah meningkat. aku dapat tukar kejap je ke negeri suami, lepastu bercerai. alhamdulillah masih ada kerja walaupun hilang suami.

    • dalam hidup kita ni dua je. berpisah hidup atau berpisah mati.. kedua dua nya, selepas kehilangan, kita mesti kena ada kerja tak kisah la swasta ka kerajaan ka. sebab nak sara diri sendiri, anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *