Berbaloikah Penantian 2 Dekad

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Saya ingin minta pendapat dan pandangan pembaca sekalian. Kisah ini merupakan kisah seorang kenalan saya.

Saya mempunyai seorang kenalan yang sekarang berumur awal 50-an. Kenalan saya merupakan seorang perempuan.

Dia berkenalan dengan seorang lelaki kira-kira waktu mereka berumur awal 30-an pada tahun 2004. Kenal melalui platform online yang famous pada zaman tu.

Perkenalan itu seperti orang yang bercinta. Berkasih sayang, bermesej mesra seperti pasangan kekasih.

Berjanji untuk berkahwin tetapi sehingga 20 tahun berhubungan iaitu sehingga tahun 2014 masih lagi berkasih sayang.

Si lelaki dengan janji-janji manis dan si perempuan terperdaya dan berpegang kepada janji. Tetap setia menanti.

Boleh pembaca sekali membayangkan hubungan selama 20 tahun daripada sama-sama muda sehingga sama-sama memasuki fasa 40-an tapi masih tiada apa-apa ikatan?

Ya memang pelik. Saya sendiri pun tertanya-tanya bagaimana si perempuan boleh percaya.

Oh ya, untuk pengetahuan semua mereka tidak pernah bersua muka, hanya kenal melalui online dan berhubung chating sahaja.

Tidak pernah berjumpa, tidak pernah bercakap di telefon, tidak pernah video call dan sebagainya.

Tidak bersua muka kerana alasan adalah si lelaki bekerja di luar negara dan paling menghairankan selama berkenalan si lelaki tidak pernah bertukar nombor telefon.

Dalam maksud lain, kedua pihak hanya berhubung melalui chating sosial media sahaja.

Secara logiknya kerja di luar negara sekalipun, takkan tak pernah pulang ke tanah air langsung untuk bertemu si perempuan. Itu pendapat kita secara logik tetapi tidak bagi si perempuan.

Masih percaya dan setia menanti janji-janji yang diberikan sehingga menolak untuk berkenalan dengan orang lain.

Chating mereka pun hanya benda kosong.. yang mana most chating mereka hanya flirting sahaja.

Si lelaki juga ada waktu tertentu sahaja akan online pada setiap hari untuk chating. Tidak seperti pasangan normal lain yang boleh chating tidak kira waktu.

Long story short, pada tahun 2017 si lelaki berjanji untuk pulang ke tanah air untuk berkahwin dan minta si perempuan untuk tunggu tetapi sampai ke hari ini pada tahun 2023 lelaki tidak muncul dan menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.

Segala platform media sosial tidak dapat dicari lagi.

Masalah sekarang adalah si perempuan masih menanti si lelaki.

Masih percaya dan berharap si lelaki akan muncul dan menunaikan segala janji-janji selama berpuluh tahun berkasih-sayang melalui sosial media.

Saya sebagai rakan kepada perempuan berasa simpati dan tak tahu cara untuk memberi bantuan dan kesedaran kepada kenalan saya untuk move on dan percaya bahawa lelaki itu penipu sahaja.

Logik kah lelaki itu tak wujud?

Hanya menggunakan nama samaran atau sekadar nak bermain-main. Untuk apa dia menghabiskan masa selama 20 tahun lebih berkasih-sayang? Berchating siang malam.

Seolah-olah sangat serious dalam hubungan lalu meninggalkan segalanya tanpa sebarang alasan dan perkhabaran.

Si perempuan menanti dengan penuh perasaan percaya walaupun si lelaki telah hilangkan diri selama bertahun-tahun sejak 2018.

Apakah pendapat pembaca sekalian dan bagaimana cara untuk saya membantu kenalan saya since berkaitan perasaan ini telah menghancurkan perasaan, hati dan memberi kesan kepada kawan saya sehingga sakit akibat berfikir dan stress.

Apakah pendapat dari tuan-tuan sebagai kaum lelaki.. apa tujuan lelaki tersebut?

Pendapat dan komen dari kalian amat saya hargai.

– Rakan Prihatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *