Berbaloikah Sabar Ini?

Hi semua… Mochi sekadar nak luahkan perasaan di hati dengan harapan dapat meringankan sedikit tekanan ni. Banyak benda yang tak dapat diluahkan kepada orang yang sepatutnya sebab ingin menjaga hati.

Cerita dia macam ni.. Mochi dah berkahwin setahun lebih dan dikurniakan seorang cahaya mata. Suami walaupun dia seorang yang sangat baik dan betul ikhlas sayang dengan Mochi dan baby, jujur dikatakan banyak kali terlintas di benak otak nak berpisah.

Terlalu banyak kekurangan dia yang Mochi terpaksa bersabar sampai satu tahap dah tak tahan lagi dah. Berbaloi ke sabar ni dengan apa yang Mochi kena hadap hari-hari.

Kami kenal tak lama sebelum berkahwin, suami yang minat Mochi dulu, dan kerana masa itu Mochi memang sedang berniat mencari teman hidup, Mochi layankan aje lah sampai lah kahwin.

Hari-hari Mochi doa dengan Allah jumpakan lah dengan jodoh yang terbaik untuk hidup dunia akhirat, tiba-tiba datanglah dia tanpa disangka. Jadi dalam hati Mochi kuat beriman inilah jawapan kepada doa aku selama ini, inilah jodoh yang Allah aturkan.

Suami seorang yang tiada apa-apa. Bahasa kasarnya satu untung pun tiada kahwin dengan dia. Pandai pun tidak, kaya pun tidak, hensem pun biasa-biasa, nak kata beragama, sembahyang pun celam celom lagi.

Sebelum tunang lagi pun Mochi dah tahu realiti ni. Gaji dia kurang lebih separuh dari gaji Mochi, belajar setakat SPM saja dan results pun atas pagar.

Tapi kebaikan dia pun banyak. Suami memang betul sayangkan Mochi dan orang yang baik, pemurah, sabar, gentlemen gitu. Dan kerana Mochi beriman sangat dengan aturan Allah jadinya Mochi kahwin lah dengan dia.

Tapi dari sini lah bermula…..

Keluarga dia, mak cik pakcik sepupu semua boleh dikatakan mempunyai mentaliti orang miskin.

Jenis keluarga yang menyewa tanpa harta kekal, tanah pusaka Atok bagi dijualnya semua, jenis yang tidak memikirkan masa depan langsung, dah tua pun kena kerja lagi sebab masa muda tidak menyimpan.

Kerja pula jenis yang tiada KWSP SOCSO, yang perempuan suri rumah sedangkan boleh je nak kerja.

Jenis keluarga macam ni Mochi tak dapat nak brain sebab terlalu berbeza dengan keluarga Mochi sendiri. Metaliti miskin yang teruk sangat.

Tiap kali balik rumah keluarga suami, memang Mochi tak suka, lagi dengan anak kecil. Rumah pusaka keluarga didiami adik-beradik mak suami. Rumahnya agak usang dan jujur agak jijik.

Bayangkan ada longkang terbuka di dapur dengan aliran air hujan sampah taik and all. Lantai bersimen tanpa tikar, tandas pon hmmmm.

Tambah pula pak cik-pak cik suami jenis merokok dalam rumah. Ada baby pun dia merokok juga macam orang bodoh dan buta. Bila cakap dengan suami minta tegur pak cik dia, boleh kata awak sabar lah kejap je kena rokok, baby ok.

Memang Mochi angkat baby masuk kereta terus, taknak campur dah. Geram sangat. Macam macam lagi perkara lain berlaku tapi Mochi masih tahan sebab kadang2 je jumpa keluarga dia masa raya, weekend ke so tak teruk sangatlah.

Yang buat Mochi hilang sabar adalah apa yang Mochi kena hadap hari-hari. Dulu suami dan parents duduk bersama adik beradik lain di rumah pusaka tapi lepas kahwin suami ajak mak ayah dia duduk bersama di rumah sewa.

Mula-mula kahwin lagi dah cakap dengan suami Mochi memang tak suka duduk dengan mak ayah dia. Tapi suami sikit pun tiada usaha untuk cari rumah asing dengan parents dia. Sebab utama adalah kewangan.

Suami yang bayarkan segala belanja rumah makan mak ayah dia jadinya Mochi offer lah kita sewa rumah lain tapi takpe lah Mochi bayarkan rumah tu. Suami tak setuju then dia paksa Mochi hidup dengan stress hari-hari.

Sebab utama Mochi benci duduk rumah ni adalah ayah dia merupakan ayah tiri, jadi Mochi dalam rumah pun nak kena tutup aurat sentiasa.

Langsung tak bebas, nak masak pun kena pakai tudung. Dahlah toilet ada satu je kat dapur, nak mandi pun hari-hari rasa stress.

Akhirnya Mochi terperuk saja dalam bilik. Nak lepak ruang tamu pun rasa tak selamat.

Mak suami baik, langsung tiada ciri2 ibu mertua dari neraka, dia jaga rumah, masak, jagakan baby kadang2. Tapi yang tak best adalah dia conquer satu rumah tu dengan barang2 dia.

Mochi pun teringin nak deko rumah, nak penuhkan dapur dengan periuk, pinggan mangkuk sendiri, nak bela pokok dalam pasu sendiri, tapi semua impian ni musnah.

Semua pun barang mak dia, pokok mak dia, pinggan mak dia. Dahlah semua barang old school, memang rumah ni rupa rumah orang tua.

Perabot pun letak kerusi atok nenek kita dulu-dulu yang dah patah. Menyampah sangat. Nak fefeeling romantic main masak2 baking kat dapur pun dah hilang.

Lagi satu yang PALING MOCHI BENCI, KUCING BACIN!!! Mak dia membela dua ekor kucing dalam rumah yang banyak berak kencing muntah DALAM rumah juga. Bayangkan jelah satu rumah bau hancingg kucing, balik kerja dah stress, sampai rumah tambah lagi stress.

Nak ajak kawan datang rumah pun malu!!! Bila bincang dengan suami tolonglah buang kucing busuk tu, mesti dia lebihkan mak dia.

Katanya kesian mak kat rumah sorang2 orang lain kerja, biarlah kucing teman. Sanggup ea hidup dalam kekotoran ughhh. Dah setahun lebih hidup macam ni memang Mochi tak tahan.

Nak je pindah rumah lain bawak baby, suami nak ikut ke tak lantak kau sana. Geram. Tak berbaloi sabar ni dengan apa yang Mochi dapat.

Suami langsung tak tanggung Mochi sebab gaji dia memang habis bayar segala keperluan. Nafkah bulanan dalam setahun ni rasanya dua kali je dapat.

Barang baby pun Mochi yang berbelanja lebih. Jealous sangat tengok kawan2 di Instagram honeymoon ke shopping dengan family.

Ni kalau nak dating, tengok wayang, check in hotel ke semua Mochi yang kena tanggung. Selalu rasa macam sugar mommy atau macam bawak adik pergi jalan2. Kalau tak macam tu nak harapkan suami, langsung tak dapat keluar lah ughhh

Mochi selalu jadi sedih bila fikir masa depan sebab suami tak pandai, level otak dia tak sampai nak fikir benda 5-10 tahun akan datang.

Mochi tiada financial partner untuk bincang plan beli rumah, beli aset, investment, tabung pendidikan anak, semua Mochi kena fikir seorang.

Bila Mochi tanya pendapat suami senang je dia lepas tangan kata ohh benda2 ni memang kerja awak, awakkan pandai, abang tak tahu apa2. Ohhh sungguh penat.

Sekarang ni syaitan selalu cucuk perasaan nak pisah,nak pisah. Aku muda lagi boleh kahwin lagi. Andaikan masa boleh putar semula memang tak ingin Mochi kahwin dengan suami. Satu untung pun tiada. At least kalau dah takde duit, takde otak, ada agama pun ok lah.

Yang ni pun ke laut. Kalau tak di ajak memang tak sembahyang, Al Quran pun tak reti baca, habistu siapa yang nak mengimamkan Mochi dan anak2 nanti. Penat sungguh penat.

Mochi takde niat nak aibkan suami tapi sungguh diri ni dah penat bersabar. Selain kekurangan ini suami orang yang baik, Mochi tahu dia sayang sangat dengan Mochi dan baby. Dari segi layanan suami memang terbaik tapi tu lahh

Harap sangat netizen boleh beri nasihat yang membina untuk kuatkan hati Mochi. Mochi sayang suami, tak nak berpisah tapi sungguh Mochi tak tahan dah….

– Mochi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *