Berbaloikah Sihir?

Hi semua. Ini adalah kali pertama saya menulis di sini. Lately saya banyak tengok orang post pasal sihir di media sosial sehingga ada yang jadikan sihir sebagai gurauan setiap kali tidak puas hati dengan seseorang.

Pada saya yang cetek agama ni, sihir bukan lah benda yang boleh dipandang enteng dan dibuat main. Selain menganiaya sesama muslim, dalam masa yang sama juga bersubahat dengan syaitan dan menyekutukan Allah.

Jadi tulisan pendek saya ini adalah kepada yang pernah ada intention untuk menyihir orang yang tak disukai, sama ada anda di pihak yang benar atau salah. Jadikan my mom’s story ni sebagai pengajaran.

Mak pernah disihir satu masa dulu dan bila berubat ustaz pernah cakap penghantar sihir hanya mahu lihat mak terseksa jadi dia hantar setakat yang level main2 saja. Ayat lain ‘seksa hidup2 saja tak sampai nak buat mati’

Hari demi hari kami sekeluarga dan mak ikhtiar pergi berubat dan mak pula sangat jaga ibadahnya sehingga pada satu masa kami dengar mak berdoa,

“Ya Allah, aku tahu ujian ini tidak seberapa, tapi ia sakit yang amat Ya Allah. Andai sakit ini tak mampu aku tahan, kau tarik lah nyawaku”.

Pada awalnya kami adik beradik menyapa mak bila terdengar doa sedemikian. Kerana kami sangat sayang mak. Lebih2 lagi kami empat beradik ni semua anak mak. Dan saya pula sorang saja perempuan dalam family. Tak dapat imagine bagaimana hidup tanpa mak.

Hari demi hari keadaan mak semakin teruk dan kami tak sanggup lagi tengok mak menahan sakit. Sakitnya pula kerap menyerang lewat malam bila mana semua orang dah tidur, mak terpaksa menangis tahan sakit sorang2.

Abah lah yang paling banyak berkorban dan menjadi sebaik2 suami kepada mak. Memandangkan tahun itu tahun saya ambil SPM, abah mengambil alih semua kerja dapur dan minta saya hanya fokus pada study.

Kami sekeluarga cuba jadi yang terbaik untuk jaga mak hinggakan tidur kami tak pernah cukup, makan sekadar alas, pelajaran terabai sebab nak pulihkan mak.

Akhirnya kali ketiga kami terdengar doa yang sama dari mak untuk pergi, tetapi kali ni kami reda sebab yang rasa sakit tu mak, kami tidak tahu bagaiman rasa sakit tu. Dan dengan izin Allah s.w.t, mak pergi tinggalkan kami sekeluarga.

Setelah berbulan mak terseksa dengan sakit akibat disihir, kali ni kami menyaksikan sendiri sakaratul maut mak dipermudahkan sehingga abah langsung tak perasan bila mak hembuskan nafas terakhir.

Mak hanya kelihatan seperti terlelap tanpa sedikit pun bunyi dia menahan sakit.

Untuk pengetahuan, mak ‘terlelap’ di pangkuan riba abah. Dan kematiannya disertakan dengan senyuman manis yang terukir.

Siapa2 saja yang melawat mak masa tu semua terpana lihat wajah jenazah. Senyuman arwah mak bukan setakat di bibir, tapi satu wajahnya sehingga pipinya naik.

Dan setelah arwah mak pergi, aku kuat merasakan arwah adalah antara para solihin dan sedang berbahagia di alam akhirat.

Sementara itu, orang yang menghantar sihir pula, kami sekeluarga dapat tahu dia dari segemuk2 orang, sekarang dah jadi kurus kering kerana ‘benda’ tu telah memakan dirinya.

Dirinya pula ditimpa bermacam2 masalah selepas mak pergi, sehingga dia sekarang kelihatan terkontang kanting termasuk diceraikan suami dan dipulaukan keluarga.

Disitu Allah sedang menunjukkan kuasaNya asbab REDA kami sekeluarga. Sekarang, happykah awak dengan kepuasan sementara?

Berbaloikah sihir? Back to the case, antara mak saya dan awak, siapa sebenarnya yang peroleh kemenangan?

– Adriana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *