Berbicara Terhadap Perkara Yang Tular

Baru-baru ini saya tertarik dengan isu-isu viral yang berlaku di Malaysia dan tular di laman facebook. Namun begitu hal yang paling mencuit hati adalah ketika saya membaca komen-komen rakyat Malaysia baik dari golongan yang professional mahupun yang marhaen.

Mari kita pergi ke subjek pertama iaitu isu-isu tular. Rata-rata isu ini dibangkitkan oleh laman facebook yang tidak ada asal-usul yang dipercayai dan boleh ditulis oleh ahli-ahli yang tidak berkaitan dengan sesuatu bidang itu sendiri. Namun begitu tidaklah saya menolak akan kewujudan laman berikut kerana ‘freedom of speech’ adalah hak semua orang.

Namun begitu dalam berkata-kata eloklah ditapis sebaik-baiknya. Sebelum menularkan sesuatu isu eloklah juga tanya kepada diri sendiri apakah yang kita akan perolehi dengan menularkan isu ini. Selain itu, penularan isu-isu yang menarik perlulah dipantau agar tidak menyebabkan perbalahan sosial. Akan tetapi saya faham ini amatlah sukar kerana ia sangat berpandukan karakter individu yang menulis komen-komen mereka itu sendiri. Justeru, isu tular bukanlah perkara utama dalam confession saya ketika ini.

Pendapat:
Ini adalah isu yang saya mahu tekankan lebih lagi dalam penulisan komen dan penularan itu sendiri. Pertama sekali ialah dalam isu berbahasa. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita menjaga bahasa dan tidak saling berbalas bahasa-bahasa kesat. Kerana ia adalah pemangkin kepada pergaduhan. Sesungguhnya dalam menggunakan bahasa kesat ini juga ada isu yang menarik. Apa yang saya lihat ialah penundingan jari kepada satu sama lain tanpa ada cerminan diri sendiri. Hal ini meliputi semua pihak agamawan, akademik, rakyat marhaen ataupun bangsawan. Mari sama-sama menggunakan bahasa yang lebih indah dan bertutur dengan hormat.

Seterusnya konteks pendapat itu sendiri. Apa yang saya lihat setelah beberapa hari membaca komen-komen rakyat Malaysia ialah sifat ketidakbukaan terhadap perselisihan pendapat. Kita sepertinya tersangkut pada satu kongsep iaitu kita wajib menang dan orang lain wajib kalah. Kita adalah yang terhebat dan orang lain semua salah. Malahan kadang-kadang kita juga malu untuk mengaku kesalahan kita sendiri dan terus-menerus menggunakan hujah-hujah yang tidak lagi relevan. Sifat-sifat seperti ini perlulah dihindari. Berfikiran terbukalah.

Terima bahawa pendapat orang lain itu berbeza. Terima pendidikan orang lain itu berbeza. Pendidikan di sini merujuk semenjak dari buaian lagi. Semua personaliti kita telah dididik dari kecil. jangalah bersikap hasad apabila orang lain berbeza pendapat. Selain itu, terimalah jika ilmu orang lain adalah berbeza dan mungkin memerlukan lebih pemahaman.

Tertarik saya mengulas isu pendidikan itu sendiri dan mengaitkan dengan perubahan zaman. Saidina Ali R.A pernah menceritakan tentang pendidikan di mana anak-anak perlu dididik dan penekanan terhadap berbeza zaman. Bagi sesetengah pihak yang dibesarkan pada zaman yang berbeza mungkin sukar untuk menerima fakta ini. Kerana pada kita apa yang kita alami adalah benar (dan ia adalah benar), namun begitu generasi zaman sekarang juga berhadapan cabaran yang jauh berbeza sekali dengan apa yang generasi dahulu hadapi.

Lihatlah video-video yang terdapat di Youtube tentang kecilikan masyarakat dalam bidang teknologi dan bagaimana remaja zaman sekarang lebih terlibat dan mampu membina komputer mereka sendiri. Adakah hal ini sama seperti remaja 20 tahun dahulu? Tidak. Jadi terbukalah dalam berkata-kata kerana keterbukaan adalah satu bentuk mendekatkan diri kepada remaja zaman kini.

Ilmiah dalam berbicara?
Hal ini sebenarnya amat mudah. Kita rakyat Malaysia suka menggunakan ‘sarcasm’ dan juga bahasa kasar apabila dijentik sedikit. Kita juga suka saling mengeji dan mencarut apabila mengikut perasaan. Eloklah terlebih dahulu tenangkan minda dan tulis komen-komen yang bernas. Yang mampu menampung justifikasi kita terhadap apa yang kita pegang. Kepada penuli-penulis isu tular juga jiakalau orang berbeza pendapat terima lah dengan berbesar hati. Tanyakan kepada mereka kenapa pendapat mereka berbeza. Apa yang mereka lihat sehinggakan itu adalah pegangan mereka.

Janganlah terus mencerca dan menolak ketepi buah fikiran mereka. Tertarik mengulas lebih lajuk tetang menolak buah fikiran adalah bagaimana kita dari kecil dididik perlu mendiamkan diri dan mengikut kata-kata orang tua. Hal kecil seperti ini yang sebenarnya menganggu tumbesaran pemikiran remaja kita sekarang. Mereka ada pendapat dan mereka hendak meluahkan. Namun, kita senang-senang menolak. Tidakkah lebih baik jika kita hendak generasi sekarang lebih kehadapan kita benarkan mereka bercakap dan tegur secara berhikmah dan manis. Menghormati dan dihormati.

Cuma pendapat saya. Maafkan saya kalau tersalah bahasa. Cuma mahu rakyat Malaysia lebih berhikmah dalam memberi pendapat.

_Insan_yang _hendak_menulis_lebih_panjang_

– Luminousity

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit