Berbuat Baik Berpada-pada

Assalamualaikum hai, bertemu lagi dengan aku Izaa. Pernah aku berkongsi tentang confession di IIUM Confession sebelum ni “Baik biar berpada-pada”https://iiumc.com/buat-baik-berpada-pada/
Boleh baca link di atas, kali ini masih lagi tajuk yang sama, masih tentang Kak Rika. Alhamdulillah komen-komen yang pembaca bagi ok ok sahaja hehe cuma ingin aku ingatkan confession ini panjang. Kalau larat membaca, ok lah. Jangan suruh aku lukis, lukisan aku buruk. Hihi gurau saja. Mula-mula aku taip cerita ni dari tahun lalu, oleh kerana cerita kedua belum ada ending. Malas pulak nak tulis. Tapi dah masuk 2018, Alhamdulillah cerita kedua pasal Kak Rika ni dah ada penghujungnya, jadi aku cuba share lah di samping mengimbas apa yang berlaku.

Ok mari aku mulakan kisah kedua Kak Rika.

Selepas saja Kak Rika dan Kak Nima berpindah. Aku masih lagi menyewa di rumah yang sama dengan penyewa baru. Hubungan aku dan Kak Rika masih akrab biarpun sudah berlainan rumah. Boleh di katakan aku sahaja kawannya yang terdekat. Selepas Kak Rika kerugian, dia pun cuba ikthiar mencari side income lain untuk cover kerugian yang dia alami. Kemudiannya dia cuba buat perkhidmatan ‘carter’ kereta ( Maaf ya klu salah eja). Yang hantar orang pergi kerja dan pulang kerja,khas untuk orang yang tiada transport. Sementara dia masih belum sibuk mengajar, sementara kuliah belum start memandangkan cuti sem. Dia ambil peluang ini untuk mencari rezeki. Kemudian dia mengiklankan perkhidmatan tersebut di facebook. Alhamdulilah ada dua orang anak muda lelaki berminat untuk menggunakan perkhidmatan carter Kak Rika. Dapatlah Rm500(250×2) sebulan dari dua anak muda ini memandangkan jarak jauh rumah mereka dengan tempat kerja.

Dua anak muda ini cukup aku gelarkan Kimi dan Mail. Kimi berusia 21 tahun manakala Mail berusia 23 tahun. Kimi berasal dari keluarga yang berpecah belah, mak bapak bercerai. Tinggal pula dengan bapa yang panas baran. Hidupnya sentiasa ingin memberontak. Kisah silam dia sebelum ni cukup jahat di banding budak seumur dengannya. Kes pecah rumah,kes pecah kereta ,merompak semua sudah di lakukan. Akibat perpecahan keluarga,dia memilih melakukan pekerjaan seperti itu untuk mendapat sejumlah wang yang besar dengan sangat express. Keluar masuk lokap sudah hal biasa baginya. Tapi sampai satu tahap,dia merasakan ingin berubah. Dan pada ketika itu, dia mencari kerja halal bersama rakan baiknya iaitu Mail. Mail? Kisah Mail pula kurang lebih dengan kisah Kimi. Mail hidup bersama ibu dan ahli keluarga tanpa ayah. Ayahnya sudah meninggal semasa dia form 3. Form 4 dia sudah berhenti sekolah. Dia pernah menjadi banduan 3 tahun yang lalu atas kesalahan drugs. Dia disabit kesalahan atas memiliki barang tersebut. Untuk berapa tempoh dia dalam penjara,aku kurang pasti.

Mail dan Kimi ingin berubah, mereka cuba untuk mencari jalan untuk mencari kerja yang halal. Mereka tahu tak banyak majikan yang boleh terima mereka atas kisah silam mereka sebelum ni. Namun berkat usaha mereka, mereka berjaya diterima di sebuah syarikat model telefon terkenal dalam jawatan membaiki telefon atau lebih dikenali technician telefon. Kerja sudah ada,namun transport menjadi masalah keutamaan mereka. Mujur ada Kak Rika yang menawarkan perkhidmatan carter. Demi mencari sesuap nasi, Kak Rika bersetuju untuk menghantar dan mengambil mereka pulang atas charge sudah dipersetujui. Setiap pagi Kak Rika mengambil mereka ke kerja, boleh dikatakan tiap-tiap pagi jammed itu lah mereka saling bercerita latar belakang hidup mereka. Memandangkan Kak Rika berpengalaman mengajar 10 tahun, jadi dia sangat berpengalaman dalam mendekati jiwa anak muda seperti mereka ini. Anak anak seperti ini perlu di berikan perhatian. Mereka tiada tempat mengadu, mereka juga sering di pandang jahat. Kak Rika merasa sangat kasihan melihat keadaan mereka, kadang-kadang nak makan tiada duit,sebab belum gaji dan baru bekerja. Ada waktu Kak Rika bawak aku mengenali mereka, berkenalan dan bersahabat dengan mereka. Cukup aku tahu kisah-kisah mereka,dan berikan dorongan kepada mereka. Kak Rika mereka anggap sebagai Kakak. Hanya Kak Rika boleh melihat mereka sebagai orang yang ingin berubah berbanding tanggapan orang lain yang masih menganggap mereka budak jahat.

Okey cukup begini panjang aku menceritakan pendahuluan. Mari aku ceritakan plot nya. Selepas beberapa bulan Kimi dan Mail ikut carter Kak Rika, Kimi berhenti kerja sebab dia tak tahan gaji yang sedikit dan komisen di tangguh-tangguh oleh company. Kemudian Kak Rika juga undur diri dari perkhidmatan carter oleh kerana komitmen mengajar makin padat. Mail juga mengambil keputusan berhenti kerja di company tersebut dengan sebab yang sama dengan Kimi dan tidak mempunyai transport lagi.

Sebulan selepas itu, Kak Rika mendapat idea untuk menjalankan lagi sebuah perniagaan. Oleh kerana dia kasihan dengan Mail yang susah mendapatkan pekerjaan, lalu dia menawarkan sebuah tawaran yang hebat untuk Mail. Kak Rika ingin membuka sebuah bisnes kecil membaiki telefon bimbit,disamping ingin membantu Mail mempunyai masa depan yang bagus. Mail seorang budak yang bagus, positif orang nya dan bekerja keras berbanding Kimi yang masih kebudak-budakan. Kadang-kadang Kak Rika stress..Mail lah yang bagi semangat dengan Kak Rika. Kak Rika berpendapat bahawa Mail boleh jadi bisnes partner yang bagus, dia ada potensi yang besar untuk memajukan perniagaan tersebut.

Macam biasa, Kak Rika akan mengeluarkan modal terlebih dahulu sebagai permulaan, dan Mail pula mengeluarkan tenaga kerja untuk menjalankan bisnes tersebut. Setelah selesai mencari kedai kecil untuk menyewa dan beli beberapa tools, kedai kecil serba kekurangan itu memulakan perniagaannya. Mail lah paling eksited sebab dia sudah merasa ada perniagaan sendiri. Kak Rika bantu dia buat lesen perniagaan atas nama Mail. Kiranya sebagai permulaan, Kak Rika yang mengeluarkan modal semua. Bila nanti kedai sudah maju, Mail akan bayar Kak Rika semula. Kiranya Kak Rika tolong Mail untuk ada perniagaan sendiri lah. Aku tahu niat murni Kak Rika ni,tapi itulah perangai orang boleh berubah.

Cerita bermula, apabila Mail menuduh Kak Rika tidak mempercayai nya soal duit. See pasal duit, boleh bergaduh. Dia kata Kak Rika mengintipnya dari jauh pada ketika itu untuk melihat pengurusan kewangannya walhal pada ketika itu, Kak Rika baru dalam perjalanan dari tempat kerjanya ke kedai Mail untuk menghantarnya pulang ke rumah. Kak Rika dah tentu speechless. Apa kena budak ni tetiba sentap emosi bagai dan hantar whatsapp cakap, tak percaya dia soal duit? Siap suruh Kak Rika cari pekerja lain lah kalau tak percayakan dia. Sejujurnya pada ketika itu, Kak Rika takde pun datang intip Mail sebab Kak Rika dah serahkan soal kedai ke Mail. Kak Rika malas nak bertekak pasal benda remeh ni ,dan hantar Mail terus ke rumah. Kemudian Kak Rika call aku dan luahkan apa yang berlaku sebentar tadi. Aku cuma dapat memintanya sabar.

Kemudian Mail dah mula tunjuk belang. Buka kedai dah start lambat. Buka jam 11pagi tutup 4 petang. Korang rasa macamana kedai nak maju? Kak Rika tak kisah tutup awal. At least buka lah awal. Baru rezeki masuk. Buka pukul 9 ke 9.30 ke. Dah cakap kat si Mail ni. Tapi alasannya lambat bangun la, apa la. Nak cakap kerja sampai lewat takde pulak. Pukul 4 pukul 5 dah tutup. Kami syak dia start ambik ‘barang’ tu, dia berhalusinasi. Kami memang tahu dia pernah bergelumang dengan ‘barang’ tu dulu. Tapi yelah. orang yang nak berubah,tak patut pikir masa silam dia. Keep support dia. Tapi kes si Mail ni, entahlah. Tapi itu tanggapan kami pertama. Mungkin juga dia stress. Jadi Kak Rika minta tolong aku lah untuk tengok-tengokkan kedai tu. Maksudnya dia minta aku part time sabtu ahad kat kedai tu, untuk bantu-bantu si Mail dalam pengurusan kedai. Mail tak pandai sangat dalam billing dan hal2 lain. Yang Mail tahu, fix handphone saja. Ok aku on la since Kak Rika akan bayar aku juga. 3 , 4 hari jugalah dorang dingin. Akhirnya Mail pergi minta maaf dengan Kak Rika. Dia cakap dia stress, family dia tak peduli dia sangat. Dia kurang perhatian. Kak Rika lagi yang selalu sibuk dengan kerja lain sampai tak ambik tahu pasal kedai. Macam aku mention kat atas, Mail sangat anggap Kak Rika macam Kakak kandung. Sebab satu-satunya orang yang sedia dengar masalah dia, orang yang support dia, orang yang percaya dia bahawa dia juga boleh berjaya. Jadi bila Kak Rika tak ambik peduli pasal dia dan kedai, dia rasa macam Kak Rika dah berubah. Part ini aku assume yang si Mail ni memang sangat perlukan perhatian. Kak Rika dah mula sedar hal ini. Dan dia pun mula jarakkan diri sedikit dari si Mail sebab dia rasa dia terlalu manjakan Mail sampai Mail dah hilang rasa hormat sedikit pada dia.

Selepas kejadian tu, aku ada part time sabtu ahad kat kedai Mail. Kedai Mail ni kecil je, memang Mail sorang je kerja. Tools pun takda lah lengkap sangat tapi ada untuk repair-repair handphone. Mail merungut lah itulah tak cukup ini tak cukup. Aku paham situasi Mail. Tapi tak bermakna kau kena malas Mail. Memang awal-awal pembukaan kedai, banyak sangat yang tak cukup. Memandangkan modal bukan banyak,dan Kak Rika sendiri yang keluarkan modal semua. Sepanjang aku kerja kat situ, Mail sibuk melayan movie. Nak cakap stress kerja? Takda kerja pun dia buat. Handphone customer banyak bertimbun di meja. Aku diamkan saja dan tengok sejauh mana dia punya malas tu.

Dia punya moody teruk semakin menjadi-jadi apabila satu kejadian ni. Masa tu kami bertiga berchat dalam whatsapp group kedai Mail. Kak Rika baik gitu-gitu ja dengan Mail. Kak Rika inform part-part telefon yang murah yang boleh Mail survey. Aku pun ada dalam group tu biarpun part time. Kak Rika tetap nak aku tahu soal kedai ni sikit. Aku pun iyakan lah. Ada satu part tu, aku inform dengan Kak rika yang aku tak dapat join dia pegi makan malam sebab aku cakap aku gi keluar tengok wayang dengan geng perempuan aku dalam whatsapp group kedai. Kak Rika pun memang kaki wayang, dia pun nak join sekaki lah. Aku on sajalah. Time tu rancaklah aku dan Kak Rika dalam whatsapp group kedai cerita nak tengok wayang apa tanpa kami sedari yang sebenarnya ada yang mencemburui kami. Haha ini lawak ok. Mail cemburu aku dan Kak Rika pergi tengok wayang? Yes betul dia cemburu. Sebab Kak Rika buat Mail macam orang luar, macam hubungan business partner. Bukan Kakak yang sayangkan dia. Masa ni aku tak tahu pun Mail cemburu. Tapi bila aku scroll moment wechat aku, aku terbaca status Mail. Dia berbunyi macam ni:

“janganlah terlampau kejar kebendaan sampai hal lain pun tidak mahu ambil tahu. Orang yang berada di ATAS ni tak kan pandang orang di BAWAH. Dorang syok-syok tengok wayang, aku pulak disini bekerja.”

Actually,not 100% begini ayat dia. Cerita tahun lepas, aku lupa-lupa ayat dia macamana tapi maksud dia lebih kurang begini lah. Dia cakap seolah-olah kami pergi enjoy tanpa mengambil tahu pasal dia dan kedai. Kalau kami tak ambik tahu pasal kedai, apa kejadahnya Kak Rika minta Mail survey part-part murah. Tak da bendanya Kak Rika sibuk nak apply kan lesen kedai ni atas nama dia si Mail tu. Dan tak payah Kak Rika sibuk nak berurusan nak apply internet streamyx untuk memudahkan Mail buat kerja berkaitan software telefon. Dan aku pun tak payah susah-susah turun kerja sabtu dan ahad untuk teman dan pantau dia pengurusan kedai. Dan Mail tak faham! Dia nak semua tumpukan perhatian kepada dia,sayang dia,fahami dia.

Lepas aku nampak status Mail kat wechat tu, aku ceritalah dengan Kak Rika. Kak Rika geleng kepala saja, tak tahu dia nak buat macamana dengan budak sorang ni. Dah bagus ditolong, dia pulak buat perangai. Kak Rika pergi tanya Mail. Apa sebenarnya dia tak puas hati. Mail keep cakap Kak Rika dah berubah. Kak Rika tak macam dulu lagi. Kak Rika dah tak dengar masalah dia, yang boleh duduk stay lepak kat kedai mamak. Kak Rika dah serabut. Mail dah tuduh macama-macam. Sebenarnya banyak pertuduhan yang Mail buat sehinggakan Kak Rika dah tawar hati nak teruskan perniagaan repair handphone tu. Aku malas nak sebut satu-satu tuduhan Mail ni. Lama kelamaan, bisnes Kak Rika dan Mail makin merundum. Mail dah makin malas kerja. Kami dah yakin Mail start ambil ‘barang’ tu. Dia dah malas kerja, hp customer dah banyak tertunggak, cepat emosi,sensitive dan cepat marah. Sebelum jadi apa-apa, kot-kot si Mail ni letak drugs or barang-barang terlarang kat kedai tu, Kak Rika ambil langkah undur diri dulu sebelum apa-apa jadi dan bertambah rugi.

Keputusan Kak Rika nak undur diri dari business bertambah buat hubungan mereka renggang. Apa-apa informasi mereka melalui aku sahaja. Aku jadi orang tengah, aku lah menyampaikan apa-apa pesanan mereka. Kak Rika pesan dengan Mail, kalau nak teruskan juga kedai tu, teruskan sahaja sendiri. Tapi modal yang Kak Rika keluarkan untuk kedai tu perlulah dia bayar sikit-sikit. Kalau tak boleh teruskan kedai, kitaorg decide nak tutup saja kedai tu. Sewakan kedai kepada orang lain dan pulangkan hp customer. And Mail cakap, dia pun tak tahu nak buat keputusan apa. So kami lah decide nak tutup kedai. Kami minta Mail pulangkan balik kunci kedai sebab kami nak pulangkan hp customer dan ambik semua tools. Mulanya memang Mail akur nak pulangkan semua. Tapi haaa, part ini lah buat keadaan kami tambah complicated. Oleh kerana Kak Rika taknak tengok muka si Mail ni, so Kak Rika upah sorang runner ambik kunci dan laptop ( Kak Rika pinjamkan laptop dia untuk Mail buat hp software problem) kat tempat Mail. Tapi time ni, Mail cuma pulangkan laptop je, kunci dia tak pulangkan. Itu yang buat parah, kitaorang takut je si Mail jual semua hp customer and tools-tools kedai. Kami merayu dah suruh Mail pulangkan kunci. Tapi dia tak makan saman punya budak. Dah hampir 1 minggu Mail degil nak pulangkan kunci, Kak Rika minta owner kedai tu pecahkan kunci mangga kedai tu untuk lihat keadaan kedai. Tapi seperti sangkaan kami, kedai tu kosong! Satu hp customer langsung tiada dan semua tools dia dah kebas! Kosong dan lenyap! Tiada satu pun tinggal. Allahu..terduduk Kak Rika melihat keadaan tu. baru ja Kak Rika nak plan jual semua tools untuk cover kerugian.

Dan part paling worst, seminggu kemudian. Ada sorang bekas customer Mail, aku namakan dia Bob la. Bukan nama sebenar. Bob ni pernah hantar iphone 6s dia kat Mail, suruh Mail fix. Tak ingat apa rosaknya. Tapi Mail tak pulangkan hp Bob dah dekat sebulan. Bob pun mengamuk lah, sebab dia dah bayar full payment kat Mail dalam Rm600. Yerlah kalau kita jadi customer pun, memang mengamuk lah kan. Tapi kau nak mengamuk, mengamuk lah dengan si Mail. Sebab dia yang berurusan dengan Mail dan bagi payment dengan Mail, bukan dengan kami. Then boleh pulak, Bob pegi whatsapp KaK Rika minta ganti rugi. Ewah ewah…dia ingat kami ni cop duit ke. Kak Rika cakap baik-baik, yang dia takda kena mengena dengan Mail, dorang dah awal-awal separate semasa Bob berurusan dengan Mail. Then Bob cakap, Mail yang suruh minta ganti rugi dengan Kak Rika. Time ni la aku nak maki-maki Mail!
Bab* budak Mail. Tak habis-habis menyusahkan. Si Mail ni dah rembat barang satu kedai, dia suruh pulak customer dia minta ganti rugi kat kami. Si Bob ni pun satu hal, dah cakap kami takda kena mengena dengan Mail, dia tetap degil nak ganti rugi. Sebab dia cakap Kak Rika ni adalah bos kedai tu, jadi dia juga harus bertanggungjawab. Kak Rika menafi sekeras-kerasnya bahawa dia boss kedai tu, tetapi dia hanya lah rakan bisnes.

Dah si Bob ni degil tak nak dengar penjelasan, dan Si Mail pulak menghilang. Kak Rika buat keputusan nak buat report polis. Actually dia tak nak libatkan polis. Dia redha dengan kerugian kedai. Tapi dah masuk part Mail guna nama Kak Rika,untuk minta ganti rugi telefon-telefon customer. Dia kena juga buat report. Dalam report tu, Kak Rika menjelaskan bahawa dia cuma sekadar bisnes partner. Dan tiada urusan pembayaran kepadanya mengenai telefon customer bernama Bob. Dia juga buat report mengenai barang lesap kedai dan kunci tidak di pulang kepadanya.

Hari berlalu pergi,makin ramai customer whatsapp Kak Rika minta ganti rugi. Serius weh dah dekat lebih 10 orang minta ganti rugi hp di kebas oleh Mail. Kak Rika bertegas yang dia tiada kena mengena dengan penipuan Mail. Dan dia juga menerima nasib yang sama dan lebih teruk kerugian berbanding mereka. Progress mengenai kes Mail, masi tiada apa-apa perkembangan. Report hari tu sekadar laporan penafian saja. Mail masih bebas.

Pastu ingat lagi satu hari tu, Bob bertegas nak jumpa Kak Rika dan Mail. Dia taknak berurusan melalui whatsapp. Kak Rika setuju,dan mereka brjumpa di sebuah restoran di persetujui dua pihak. Bob bawak geng pacik-pacik dia yang gagah perkasa. Taklah gagah sangat, cuma mereka semua berbadan besar. Dalam 3, 4 orang gitu. Acah macam gangster nak kutip hutang. Kak Rika takda kawan berbadan besar nak backup dia, dia just bawak boifren dia sajalah untuk menemani.

Dalam tengahari gitu, mereka semua berkumpul Restoran XXX. Kak Rika, Bob and the gang dan Mail pun ada juga. Mail buat muka tak bersalah lah. Kak Rika dah menyampah tengok muka Mail tu. Hati dia dah membuak-buak. Rasa nak lempang pun ada.
Mulalah sesi tuduh menuduh, backup meng-backup..Mail cakap hp si Bob ni ada kat dalam kedai tu, dan kunci kedai ada dengan Kak Rika. So dalam hal ni, Kak Rika lah harus bertanggungjawab dan membayar ganti rugi kepada Bob. Walhal, apa yang Mail cakap tu tak benar sama sekali. Masa ni, betul-betul Mail putar belit cerita. Dia banyak pusing cerita. Kak Rika membidas lah apa si Mail cakap, Mail cakap lagi Kak Rika segaja nak perangkap dia, nak game dia. Saja nak kenakan dia. Mail cakap dia dah serahkan semua dalam kedai tu dan kunci dengan Kak Rika. Dah banyak drama ketika tu, banyak mulut dah bertengkar. Salahkan itu ini..terus boifren Kak Rika hentak meja restoran dan cakap
“ SUDAH! SEMUA PERGI BALAI. PERGI BALAIIIIII …..” haaa..aku dah boleh imagine macamana bf Kak Rika sound semua orang. Dengan muka ketat dia tu. haha..terus semua setuju pergi balai selesaikan hal disana. Kak Rika dan Bob pergi balai polis yang sama, manakala Mail dan kawan-kawan dia pergi berlainan balai. Masing-masing buat laporan.

Kali kedua Kak Rika buat laporan dan dipanggil siasatan oleh pengawai penyiasat polis. Kak Rika call aku dan minta ke balai bersama-sama untuk beri keterangan juga. Aku pun okey dan meminta keluar awal dari office. Setiba di balai, setelah siap buat laporan. Kak Rika di panggil ke sebuah bilik oleh seorang inspector. Dalam bilik tu lah, Kak Rika cerita dari permulaan. Macamana dia kenal Mail,macamana bermula bisnes. Semua kak Rika cerita sampai dia nangis ke akhirnya. Mujur inspector tu faham cerita dan masalah ini.

Yang ini aku ingat inspector tu pesan dengan Kak Rika.
“Saya harap awak belajar dari pengalaman ini. Awak tolong orang, tapi ada orang tolong awak?”

Aku sangat setuju dengan Inspector. Aku tahu Kak Rika baik hati, tapi itulah..kadang-kadang orang tak hargai apa yang kita buat untuk mereka. Selepas sebulan dari insiden ini, aku dan Kak Rika ingat dah settle. Tapii takkk guys! Time ni isu dah semakin redah. Bob pun dah tak desak-desak minta ganti rugi. Customer lain pun begitu juga. Mail tak kena tangkap, entah lah kenapa..bukti tak cukup mungkin atau ia perlukan ramai buat laporan pasal dia. As long, dia tak kacau kami. Kak Rika malas nak perang lagi. Tapi kali ni, Mail dah melampau. Dia minta salah seorang kawannya gangster pegi ugut dan mengancam Kak Rika melalui whatsapp. Orang tu voicenote dan hantar whatsapp kat Kak Rika. Dia cakap macam ni..

”Bersenang-senang lah kau ya dik..Kau sudah buat ‘taik’ dengan anak buah aku. Kau tunggu..rumah mu aku tahu, tempat kerjamu aku tahu, kereta mu pun aku tahu..hati-hati la ya..”

Lebih kurang begini dia cakap, aku dan Kak Rika gerun dengar. Rasa terancam. Rasa macam di perhatikan. Kebetulan masa tu aku dan Kak Rika baru nak keluar. Apalagi kami pecut lah pergi balai. Buat laporan lagi kena ugut. Pastu sekali lagi, satu voicenote dari orang tu. dia cakap kalau kitaorg report polis pun, dia tidak takut. Haa sah orang tu ekori kami! Masa tu kami dah keluar dari balai.
Then, kami pergi makan kejap kat restoran. Time kat kedai tu, Kak Rika asyik termenung ja. Mungkin dia terkejut, dan stress. Makanan pun dia tak sentuh, aku masa tu makan ja tak ingat situasi cemas tadi, sebab aku lapar sangat.

Sesudah kami habis makan, kemudian kitorg nak gerak la. Dah naik kereta, tiba-tiba ada seorang lelaki yang mencurigai beberapa meter depan kereta. Lelaki tu sangat mencurigai, dia tenung isi dalam kereta kami. Oleh sebab cermin kereta Kak Rika tinted, jadi kami boleh nampak apa lelaki tu tengah buat. Serius kami dah betul-betul cuak time tu. Kemungkinan besar, lelaki tu lah yang hantar voicenote kepada Kak Rika petang tadi. Kak Rika pun reverse cepat-cepat dan pecut lari ke rumah kakaknya berdekatan. Lelaki tadi pun macam lari nak ambik motor dia, dan nak kejar kami. Mujur saja Kak Rika bawak kereta laju. 1st time Kak Rika bawak kereta begitu laju. Aku dah gegar kat tempat duduk sambil tengok cermin sisi kereta. Takut kot-kot lelaki tu dapat kejar kami.

Nasib baik kami terlepas dari creepy man tu. Dan kami bersembunyi di rumah kakak Kak Rika. Seumur hidup Kak Rika dia tak pernah imagine dapat dugaan sebegini. Tolong orang yang salah sampai di ganggu ketenteram. Bayangkan rumah sewa dia, dia tak boleh tinggal buat seketika. Kereta dia hantar balik kampung, dia tak boleh keluar bersendirian. Dia takut dan dia trauma. Dan kami dah laporkan pada polis. Tapi polis cakap ignore whatsapp orang creepy tu, dia hanya takutkan Kak Rika. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, Kak Rika menumpang rumah kakak kandungnya buat sementara waktu. Dia hanya pergi kerja menaiki uber atau grab saja.

Buat satu tempoh, Kak Rika mengalami tekanan yang amat dahsyat. Mungkin korang rasa benda ni small matter, not serious mungkin tapi bagi Kak Rika, ini impak yang besar dalam hidup dia. Tiap hari dia berdoa, dia tak mampu melawan dengan kekuatan yang dia ada tapi dia minta balasan dari Allah sendiri. Biar Allah membalasnya saja. Benar lah doa-doa orang yang teraniaya di makbulkan oleh Allah.

Selang beberapa bulan, Mail sendiri whatsapp Kak Rika..dia selitkan sekali gambar dia kemalangan. Muka dia teruk habis aku tengok. Mail sendiri minta maaf dengan Kak Rika, dia cakap dia menyesal buat Kak Rika terluka. Dia minta ampun. Kak Rika tak reply, dia direct tanya kakak kepada Mail sendiri apa yang terjadi pada Mail. Dengar cerita dari kakaknya, Mail accident dalam bas mini yang dia naiki. Yang lebih memeranjatkan, cuma Mail sendiri saja yang mengalami kecederaan teruk even driver bas pun tak mengalami kecederaan bersama penumpang lain. Aku rasa inilah balasan dari Allah, the power of Doa’ kan..muka Mail bengkak dan cedera teruk, macam kena pukul beramai-ramai. Mula-mula aku sangka, Mail kena kronyok beramai-ramai, sebab pernah dalam 2 bulan tu..muka dia je kena viral dalam group gara-gara tipu customer dan bawak lari handphone customer. Tapi tak, dia accident..dan koma dalam beberapa hari. Sampai sekarang, aku tak faham kenapa Mail masih bebas. Adakah kesalahan dia tak cukup untuk mengheret dia ke penjara semula? Kalau tak masuk penjara, at least dia masuk pemulihan,kira dah okey lah.

Kami bukan tak nak bangkitkan isu ni, dan nak Mail terima balasan setimpalnya. Tapi serius, penat wei. Kami mengalami fasa-fasa yang sukar dalam isu ni. Mungkin aku hanya kena tempias, tapi Kak Rika lah paling sengsara aku tengok. Aku tak sanggup tengok dia bersedih, berduka dan stress atas isu ni.
More information, memang Kak Rika dah maklumkan isu ini kepada keluarga Mail. Kak si Mail lah dah sedia maklum perangai setan adik dia, dan dia turut memohon maaf atas semua masalah yang dah Mail timbulkan. Jalan terbaik, kak Rika dah serahkan bulat-bulat hukuman untuk Mail kepada keluarganya. Terpulang lah nak buat macamana. Dah Mail pilih jalan itu. Biarlah Mail hidup begitu, bukan dia tak nak tolong. Dia dah pernah cuba tapi menemui jalan buntu dan permulaan kisah hidupnya yang sengsara buat sementara waktu.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Kak Rika percaya segala perancangan Allah sentiasa baik untuk hambanya. Dia belajar bersabar, dia percaya kuasa doa orang yang teraniaya. Alhamdulillah,kehidupan Kak Rika bertambah baik dan di limpahkan rezeki. Kini aku tinggal bersama Kak Rika,sebab aku satu-satunya kawan yang dia boleh percayai. Kak Rika tak tahu pun aku hantar cerita pasal dia, dan dia pun jarang baca confession macam ni. Huhu . Nak cakap Kak Rika ni bodoh ke, lurus bendul sangat biarlah..orang tak berada dalam situation Kak Rika. Aku kenal sangat hati budi Kak Rika, dia cepat sangat kasihankan orang huhu..tapi kali ni dia dah betul-betul belajar dari pengalaman ni. Dan dia bersyukur Allah masih melindunginya. Aku juga begitu. Aku berharap Kak Rika di murahkan rezeki, di permudahkan perjalanan PHD nya dan di jodohkan orang baik-baik.

Dah panjang sangat aku cerita ni. Entah korang paham ke tak, aku pun tak tahulah. Tapi pointnya kat sini, kalau orang berbuat baik kepada kita, maka begitu juga kita. Jangan jadi macam si Mail yerr. Berbuat baik berpada-pada lah, berhati-hati dengan semua orang. Bukan semua orang berhati mulia seperti kita. Bila kita di hujani dugaan, berbaliklah kita pada Allah. Mohon lah bantuan dari Allah, nescaya Allah membantu kita. Jangan pernah mempertikaikan apa yang terjadi. Allah tidak pernah menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya. Terima kasih para readers kalau baca hingga ke hujungnya. Mohon maaf kalau cerita berterabur atau penceritaan kurang memuaskan. Semoga Allah merahmati kalian semua, Assalamualaikum saya akhiri semua.

– Izaa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit