Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika sudi siarkan kisah aku yang tak seberapa ni. Nama aku Din, berumur 30 an, sudah berkahwin, menetap di KL dan kakitangan kerajaan.
Bosan² ni aku saja lah taip confession untuk sesiapa yg rase nak baca, sekadar berkongsi je. Selalu aku ni jadi pembaca je. Masa aku taip confession ni aku sedang pantau pekerja aku buat kerja, maaf lah kalau tulisan dan ayat aku ada sikit carca marba, sambil taip ni, mata ni jeling² ke arah pekerja aku buat kerja. Kerja ni hanya kerja part time saja pada hari minggu.
Aku nak share sedikit tentang kejadian yang berlaku pada diri aku dan ajaibnya berbaik dan sedekah, membantu sesama makhluk Allah. Selama ni aku selalu terbaca mengenai ajaibnya sedekah, buat dhuha, tapi jenis aku, aku baca je. Apa yg aku baca aku tak amik port sangat, maklum la hati keras, degil dan ego.
Kakitangan kerajaan macam aku ni sedia maklum gaji pada bulan Disember awal sikit, pada 18 haribulan. Aku ni hanya pekerja bawahan je, gaji cukup² mkn, kadang² sesak, tp selalunya sesak la. Macam aku ni bile gaji awal dah anggap mcm bala sebab nak tunggu next month punya gaji bulan 1 ni 24 haribulan. So, dengan gaji ciput, nak bayar itu ini, confirm tak cukup, nasib baik ada buat part time cleaning.
Yang aku nak cerita kat sini bile kita tolong para makhluk Allah yg dalam kesusahan, tak kira binatang atau manusia. Selama ni kalau pergi makan kat luar dengna wife kalau nampak kucing datang pada kitorang, kitorang bagi je makanan apa yg ada dalam pinggan, aku cuma bagi sahaja tanpa pikir apa².
Minggu lepas, 16/1/19, aku tgk dlm dompet aku hanya ada rm20 sahaja, job cleaning part time tu dah sebulan lebih takde org nak panggil. So secara tak langsung takde la duit, so memang serabut la aku dengan duit dah takde. Gaji lambat lagi, sebelum tu da pow bini buat isi minyak, tak kan nak pow lagi kan, malu beb.
Buat iklan hari² kat fb, tapi takde yg nak close order, smpai sakit kepala nak cari duit, pada malam tu bini aku ajak makan luar, restoran tomyam, tak larat nak masak katanye. Dia nak belanja sebab dia teringin nak maakn bihun tomyam seafood, dah org nak belanja, on je la. Aku lak orderla nasi goreng ayam.
Sedang makan dtg sekor kucing betina bunting minta makan, punya banyak meja org lain, dia tetap nak pilih meja aku dan dtg sebelah aku. Aku pun bagi la ayam² yang ada dalam makanan aku smbil cakap, ‘kau doakan lah aku supaya aku ada duit, ada kerja dan permudahkan urusan aku nanti’.
Tak pernah² aku ckp ngn kucing macam tu. Tibe² hati aku sebak bile tengok kucing tu makan dengan lahap, selalu tak pernah aku rasa mcmni. Last², semua ayam dalam pinggan, aku bagi kat kucing tu. Balik dari makan tu aku ada nampak auntie cina tgh² malam dok selongkar tong sampah, aku rase mungkin dia cari tin atau kotak untuk dijual.
Terdetik aku nk mendekati auntie tu, aku buat² tanya, dia cari apa, dia jwb nk cari tin, sebab dia ckp duit dia takde nak mkn esok. Aku rase tersentuh, tak pikir panjang aku seluk poket aku, aku bagi rm15, aku caakp ‘esok auntie beli la apa², esok je sambung cari tin² tu sbb da pukul 11. Mata auntie tu berair bile terima duit tu, dia cakap ‘semoga adik ada ‘ong’ apa yang u buat, biar u manyak senang n duit banyak’. Aku angguk dan sengih je, aku ckp, ‘saya boleh bagi ini je’. Lepas tu aku terus minta diri nak balik sebab dah ngantok.
Dah sampai rumah sambil nak layan mata nak tidur dengan pikir balance ada lagi rm5, aku sambung lah fikir mana nak cari duit, hati dah resah. Tengah malam tu tengah mengelamun, tiba² ada beberapa mesej whatsapp masuk, org bertanya nak dptkan servis cleaning. Ya Allah, aku macam tak percaya, dah lebih sebulan takde orang tanya pasal servis ni dan tibe² malam tu orang tanya, customer tu terus setuju nak aku cuci rumahnya pada hari minggu nanti.
Pada minggu ni, aku ada 5 rumah yg perlu aku cuci dan kemas, bile kira² tolak itu ini dengan cuci 5 rumah dapatlah dalam rm650, memang cukup sangat nak tunggu smpai gaji. Aku teringat, ada kah kucing tu berdoa untuk aku? Adakah sebab aku bantu auntie cina tu Allah balas dgn rezeki ni? Ini ajaibnya jika kita berbuat baik pada makhluk Allah, peristiwa ni secara tak langsung mengingatkan aku bahawa Allah sentiasa melihat hamba²Nya, cuma aku ni alpa dlm duniawi, Allah cuma hantar kucing dan auntie je untuk menjentik hati aku ni supaya aku bantu pada yg memerlukan dan ingat padaNya.
Aku berdoa semoga aku dimurahkan rezeki, supaya aku boleh terus jaga 5 waktu ku, dilimpahi rahmatNya, siapa yg baca confess aku ni, aku doakan semoga kalian dimurahkan rezeki dan sentiasa lah bermurah pada sesama makhluk. InsyaaAllah, pasti Allah akan bantu kalian.
Okay, tamat sudah apa aku cerita, lenguh jari ni, pekerja pun dah nak siap kerja, aku nak check kerja diorang, jangqn ckp aku goyang kaki, aku pun baru lepas lap cermin sliding door rumah cust ni sebelum nak taip benda ni. Balik kerja nanti nak belanja bini aku makan luar pulak. Sekian, assalamualaikum.
– Din
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit