Bercakap Dengan Allah

Salam semua, namaku Noor. Berusia 40 tahun dan alhamdulillah dikurniakan pekerjaan yang stabil, suami dan tiga cahaya mata.

Aku ingin berkongsi betapa bercakap dengan Allah adalah sebaik-baik terapi jiwa.

Walaupun dikurniakan kehidupan yang baik, aku juga tak terlepas ujian dari Allah – seperti kata seorang ustaz, dunia ini pentas ujian.

Dan ujian aku adalah aku tinggal berjauhan dengan suamiku sudah hampir 6 tahun.

Jadi, apabila tinggal berjauhan, tiada komunikasi yang lengkap yang dapat dirasakan setiap hari. Hubungan hanya touch and go, atas kesibukan masing-masing.

Cuma sebagai isteri, ada kalanya terasa sunyi dan sedih apabila merasakan diri tidak “berhak” bersama suami seperti pasangan yang lain kerana dia hanya pulang bertemu aku sebulan sekali, dua bulan sekali. Aku berkongsi dengan negara.

Apa yang aku katakan, Allah itu pengubat jiwa. Apabila selesai solat, aku akan menangis teresak-esak beritahu Allah apa yang aku rasa.

Hingga ada seketika, selepas niat solat, aku bercakap dalam hati, “Allah, aku adukan kesedihanku pada-Mu”, berjurai air mata sebelum bacaan Al-Fatihah. Dan aku sambung bercakap dengan-Nya seusai solat.

Pernah satu hari suami pulang, ada tindakannya yang buat aku berkecil hati. Aku keluar dari bilik, dan melihat siling rumah dan bercakap dengan-Nya! Kebetulan aku cuti haid. Sewaktu itu malam, aku bercakap dengan-Nya dalam English:

“Ya Allah. See, my husband hurts me. He hurt me Ya Allah. You know, he…”

Dan berbual seolah ada “Dia” di depan. Berjuraian air mata… Sewaktu memberitahu-Nya, aku bertanya pelbagai soalan pada-Nya.

Satu jam berbual, rasa seronok – sedangkan sudah lama ingin rasa di hati untuk ke pejabat agama, untuk meluahkan perasaan akibat kurang komunikasi bersama suami.

Aku tidak lagi mencari quote sedih, lagu sedih, apa tah lagi berstatus atau ber-story. Bagi aku, cukuplah kaunselor aku adalah Tuhan, dan rahsia aku bersama-Nya.

Sehingga aku rasa tak sabar untuk bercerita pada-Nya tentang hari-hariku. Cukup melihat langit dan bercakap sepanjang perjalanan ke tempat kerja.

Bila bercakap, “Ya Allah, sedapnya nasi hari ni… Macam-macam Kau beri Ya Allah… Tadi Kau bagi ayam, ni Kau bagi coklat pula… Baiknya Kau padaku, thank You Allah…

I’m sorry Ya Allah, I made a lot of sins. Allah, can You help? Hari ni orang tu cakap macam tu Ya Allah…”

Berjuraian air mata…

“Ya Allah, can You settle this? I don’t know how… Please Ya Allah…”

Begitulah setiap hari rasa bercakap dengan Allah itu is everything. Rasa tenang, tahu Allah akan settle the rest.

“Tak ada duit lah hari ni Ya Allah. Can You give me some rezeki?”

Nampak macam rude, tapi itulah perbualan yang aku ada dengan Pencipta-Ku. Hingga jiwa ku rasa tak kosong sebab ada Dia yang mendengar.

Cubalah bercakap dengan-Nya. Bercakap tentang hal-hal yang baik, hal-hal yang tak baik, adukan pada-Nya.

Dan aku rasa bangga – rahsia aku pada-Nya. Bukan pada rakan-rakan sekerja malah bukan pada suami pun.

Semoga kita selalu membesarkan Allah. Dan hikmah PJJ bersama suami, Allah meletakkan Dia di hadapan, kiri, kanan dan belakangku, untuk melindungi aku dan anak-anak yang masih kecil.

Dan, aku… bergantung sepenuhnya pada Dia. ALLAH…

– Noor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *